Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 4 April 2012

SUKAN STAFF ILJTM ZON SELATAN 2012

Assalamualaikum.....

Salam tengahari...selamat beristirehat buat teman2 semua. Tamat sudah Sukan Staff ILJTM Zon Selatan 2012 di ILP Mersing, Johor semalam. Hampir 4 hari perlawanan berlangsung dan kita akan jJumpa lagi pada 2014 di ILP Selandar, Melaka selaku tuan rumah yang akan datang. Semoga semua kawan2 yang menyertai dapat berehat sepenuhnya dan kembali bekerja seperti biasa.

Nampaknya, kali ini saya tidak berjaya membawa sebarang pingat. Mungkin kerana latihan yang agak singkat dan mungkin juga faktor2 tertentu, ye la sebab kecederaan saya yang tak dapat dielakkan. Tak apa kawan2 ku, untuk sukan yang akan datang kita perlu lebih bersedia. Kita perlu lebih bekerja keras dan cukup bersedia apabila tiba masanya...cayok cayok!!!!
Harap2 kawan2ku dapat beri komitmen pada setiap sukan yang disertai agar dapat kejayaan tapi susah juga kan bila tiada kerjasama dan kalau lakukan sesuatu kerana terpaksa memang lah sukar nak dapatkan hasil yang baik. Lepas nie saya malas nak fikirkan orang lain...sapa2 yang berminat untuk menyertai dia kena lah rela hati, malas dah nak fikir2....lantak lah....
Bagi kawan2 saya yang berjaya saya ucapkan tahniah terutama sekali rakan2 seperjuangan dari ILP Ledang yang bertungkus lumus untuk membawa kemenangan. Saya pun bawa balik pingat....hanya dapat pingat kecederaan walaupun ramai yang cedera sebenarnya ye la kurang latihan dan stamina, tu yang terpeleot  bila main.

 

shidah yang cedera ketika bermain bola jaring....di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru

Terseliuh tu bukan sebab apa, masa buat latihan ping pong tak perasan lantai basah, cuma tergelonsor sikit, nasib tak terduduk...kalau tak lagi jadi kes berat. Tengok gambar kat atas tu, kawan saya Shidah cedera masa main bola jaring, kecederaannya agak serius. Semuanya berlaku bila dia terjatuh masa cuba berebut bola dengan pihak lawan. Memang saya sedih sangat tengok dia, doktor cakap tulang tangan dia patah dan ada masalah sikit dengan urat tangannya....silap2 haribulan dia cakap kena masuk besi. Memang tragis betul......Moga Shidah sihat seperti biasa...


tengok la kaki ku yang bengkak....nak pakai kasut pun separuh kaki jer yang muat....:(


mulatnyeeee....lurus macam batang besi......ada sapa2 yang sudi nak tolong urutkan....geramnyaaaaaa, tomeiiiii..hahaha


walaupun kaki nie bengkak tapi tak terasa sakit pun...tu yang tak perasan pun kaki dah bulat...tau2 jer pakai kasut dah tak muat, orang lain pulak yang tegur kaki nampak bengkak..ishhhhh!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan