Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label pastri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pastri. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Februari 2014

SNOW SUGAR PUFF PASTRY

Assalamualaikum

Selamat malam semua.....
Dah makan malam ke? Malam nie saya malas nak makan malam. Penat sangat tak larat satu badan sakit2. Bukan apa petang tadi pergi join senamrobik kat Bukit Serindit Bukit Baru, tu yang sengal satu badan. Dah 2 tahun juga saya tak join mahunya tak sakit2 sebab dah lama tak bersenam .

Walaupun tak nak makan malam itu tak bererti mulutku akan berhenti mengunyah ye hihihi........sumbat tetap sumbat tapi yang ringan2 je. Malam nie saya cuma buat Snow Sugar Puff pastry. Saya memang selalu buat tapi tak sempat nak post bagai sebab selalunya tak sempat nak snap dah habis kena rembat. Yang ini pun bahagian saya sebab saya buat banyak. Kudapan nie saya tengok di fb dari LinaKz Shaari. Kudapan yang paling mudah dan senang disediakan.


SNOW SUGAR PUFF PASTRY

Bahan:
Puff Pastry
Kuning telur
Gula icing

Ambil sekeping puff pastry dan potong 8 bahagian secara memanjang. (saya canai sedikit, suami saya suka sebab bila bakar agak garing). 
Griskan loyang, twistkan pastry dan lekatkan bahagian hujung. Susun di dalam loyang dan sapu atas puff pastry dengan kuning telur. 
Bakar pada suhu 170C selama 20 minit. 
Biar pastry sejuk dahulu, baru taburkan gula icing.




Ahad, 19 Januari 2014

KRIM PAF

Assalamualaikum



Hari nie bersendirian lagi...........suami pergi Shah Alam, ada pameran motor. Jadi sebab Johor cuti hari nie, kerana cuti umum jumaat lepas sempena Thaipusam digantikan pada hari ahad. Maka tinggal ler kita sorang2......Disebabkan kena tinggal, jadi hari nie malas nak masak. So, kita mengepaf hari ni ye nak ye!......

Cream Puff nie saya pernah buat dulu. Untuk resepi kali ini saya rujuk buku Belajar Memasak oleh Chef Norzailina Nordin. Resepi sama sahaja cuma inti kastard Chef Lina guna bahan sikit saja dan sedap. Untuk resepi nie saya buat cuma dapat dalam 12 ketul je, jadi kalo family yang gamai tu boleh gandakan. Jom tengok resepinya........


CREAM PUFF
Resepi : Chef Lina

Bahan2:
65 gm tepung gandum
secubit garam
50 gm mentega
150 ml air
2 biji telur - pukul sedikit

Bahan2 Inti: (buat 1/2 jer sebab dapat banyak)
350 ml susu segar
150 ml krim putar
70 gm gula kastor
50 gm tepung kastard

Cara2:
1. Jerang air dan mentega. Kacau atas api perlahan. Bila mentega cair kuatkan api, biarkan mendidih kuat selama 1 minit.
2. Satukan garam dan tepung gandum. Tuangkan tepung gandum ke dalam periuk berisi mentega.
3. Padamkan api dan kacau hingga menjadi adunan yang sebati.
4. Bila adunan suam, masukkan sedikit demi sedikit telur. Kacau hingga rata.
5. Masukkan adunan ke dalam piping beg dengan nozzle bentuk bintang. Picitkan ke atas tin pembakar berlenser mentega, berjarak 5sm.
6. Bakar pada suhu 210C selama 25 minit. Ketepikan.
7. Inti Kastard : Campurkan tepung kastard dan gula pasir. Tuangkan susu segar dan dikacau sebati.
8. Kacau atas api perlahan hingga pekat. Biarkan sejuk.
9. Putar krim hingga kental. Satukan dengan kastard tadi. Picit ke dalam krim paf.




Selasa, 12 November 2013

FRUIT TART

Assalamualaikum......

Selamat pagi semua. Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat. Juga selamat menghadapi peperiksaan SPM bagi adik2 yang dikasihi. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Apa n3 kali nie agaknya ye? Saya malas nak masak semalam untuk makan malam, sebab che abang pun tak nak makan. Jadi malamnya kami ngap2 je benda yang mudah2 dimakan ikut selera. Memandangkan buah2an pun ada sedikit lagi dalam peti dan kulit tart lebihan hari tu pun ada lagi masa buat tart buah dan cheese tart. Maka dengan itu malam ini kita makan fruit tart. Ini kali ke tiga saya buat fruit tart, tak jemu2 le pulak. Ikut resepi CMG nie memang senang, mudah, cepat dan sedappppp!!!!! Saya makan tak berhenti2 macam makan nasi pulak, menyelerakan sungguh...........kalau boleh nak sekali masuk je dalam mulut nak ngap, tapi mulut kecik pulak hahaha........

Sebelum nie ada gak buat guna resepi kastard yang buat cream puff tu tapi yang ini lagi ummpphhhhh!!!!! Untuk kawan2 yang ingin mencuba boleh lah layan resepi nie.......adiossssss!!!!!!!


FRUIT TART
Resepi : CMG

Bahan Kulit Tart :
150 g tepung halus / gandum
25 g gula aising - diayak
70 g mentega
1 biji telur - dipukul sedikit
1/2 st esen vanila

Bahan2 Kastard :
1 cawan susu segar
1 1/2 sb tepung kastard
1 1/2 sb gula halus
1 st esen vanila
1 sb mentega
sedikit coklat susu - dicairkan
Buah2an - kiwi, strawberry, anggur dll

Cara2 :
1. Untuk Kulit Tart :-
- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk sehingga menjadi seakan2 serbuk roti, guna hujung jari sahaja.
- Tuang esen vanila dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan doh sekejap.
- Sediakan acuan tart, terap dan kemaskan tepinya. Cucuk dengan garfu pada dasar doh dan bakar pada suhu 180C selama 25 minit.

2. Untuk Kastard :-
- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanila dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga sebati. Masak atas api kecil sehingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanila dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
- Ambil kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya (supaya tart tidak mudah lembik). Sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah2an yang telah dipotong. Hidangkan.



Sabtu, 31 Ogos 2013

SKON APRICOT BERKEJU

Assalamualaikum........



SCONE? Betullll........tak tipu, memang saya tak pernah makan. Selalu dengar dan tengok tapi tak pernah pun rasa nak makan. Bila tengok kat blog Che Mat terus tergoda dan bila dah mula ngap ngap, apa lagi.........lepas tu terus terusan tergoda. Memang buat sesaje tak jemu2. Kawan2 pun ramai yang suka. Dah buat banyak kali baru kali nie saya buat n3. Kemalasan melanda sebenarnya......Yang CMG buat letak apricot tapi saya letak asam manis, dah tu jer yang ada stok kat rumah.

Bagi kawan2 yang teringin nak cuba, boleh cuba resepi nie. Saya buat nipis jer tak tebal dan comel2. Sajer jer.........boleh cuba resepi nie...... 



SKON APRICOT BERKEJU
Rujukan : tiffinbiru

Bahan2nya:-
350 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
140 g mentega
100 g krim keju (cream cheese)
Secubit garam
30 g gula halus (gula kastor)
10 keping aprikot kering, didadu kecil
3 camca besar UHT whipping cream
1 biji telur*
2 camca besar susu segar*(*disatukan dan kacau sedikit)

Cara membuatnya:-
Masukkan mentega dan keju krim dalam mangkuk adunan, ayaj tepung naik sendiri ke dalam mangkuk adunan tadi. Masukkan secubit garam dan gaul ramas menggunakan hujung jari sehingga menjadi seakan2 serbuk roti.
Masukkan krim dan cincangan aprikot. Gaul hingga rata. Tuang bancuhan telur dan susu sedikit demi sedikit sambil digaul pantas hingga menjadi doh lembut tetapi tidak melekat di mangkuk dan tangan. Tak usah bimbang jika bancuhan telur dan susu tidak habis.
Alihkan ke atas papan pencanai yang telah ditabur sedikit tepung. Canai setebal 2 cm dan terap dgn acuan bulat berdiameter 6cm. Susun atas dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung.
Sapu dgn lebihan bancuhan telur dan susu tadi. Bakar dalam oven pada suhu 200C, selama 13 - 15 minit. Alih skon yang telah masak ke atas redai dan sejukkan. Hidang bersama jem kegemaran..


sedap!!!!!!!!!! betullllll!!!!!!!......kalo tak sedap, maknanya ada something wrong somewhere hahaha.........


SELAMAT MENCUBA

Khamis, 22 November 2012

CROISSANT......MENJADI KE?

Assalamualaikum........

N3 kali nie mari jamu mata dengan Croissant yang saya buat hari tu. Senang jer nak buatnye pun. Tengok rupa memang menjadi tapi bila dah bakar, bahagian hujung2nya tu hitam pulak. Bila makan memang rapuh dan lemak2 gitu tapi kenapa masin. Dalam resepi memang kena letak garam tapi saya letak sikit jer, masinnya terasa kat lidah. Bila tengok cara2nya tak der pulak letak garam, haiiiiii!!!!

Tanya kawan2 kat fb, majeri pastri tu masin ke? semua tak tahu sebab tak pernah buat lagi. Tak pe lah, mungkin next time bila nak buat kena rasa dulu majerin pastri tu masin ke tak. Atau memang saya terlebih garam kot....hihihi, entah apa2 ntah. Kalau ada kawan2 yang teringin nak cuba membuat boleh mencuba resepi Chef Norzailina nie.........


CROISSANT
Resepi : Chef Norzailina Nordin
Sumber : Belajar Memasak 2

Bahan2 :
400gm tepung roti
150gm susu segar
11gm yis segera
15gm gula kastor
garam secukupnya
40gm majerin
225gm majerin pastri
1 biji telur + 1 sudu besar susu segar (bahan glis)

Cara2 : (gambar saya amik dalam buku)
1. Gaul tepung roti, susu segar, yis, gula kastor dan majerin. Uli hingga jadi doh. Tutup dan biarkan selama 30 minit.
2. Canai doh nipis berbentuk empat segi panjang.
3. Alas majerin pastri dengan plastik dan canai sebanyak 2/3 saiz doh.

4. Letak majerin menutupi 2/3 doh. Ketepikan plastik.
5. Angkat doh dan lipat menutupi setengah majerin.
6. Angkat pula sebelah kanan ke hujung doh.
7. Canai semula pada bentuk empat segi panjang yang asal.
8. Angkat sepertiga doh dari kanan bawa ke tengah.
9. Lipat bahagian baki kanan ke hujung kiri.
10. Canai semula pada saiz asal. Simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Ulangi proses melipat ini sebanyak 4 kali.
11. Potong dua dari kiri ke kanan.
12. Potong bentuk tiga segi yang sama besar.
13. Toreh dua garisan di setiap penjuru tiga segi.
14. Gulung dari bahagian bawah ke hujung yang tirus.
15. Atur atas tin pembakar berlenser majerin. Sapukan glis dan bakar dalam ketuhar pada suhu 210C hingga keperangan.


inilah hasil tangan chef norzailina, cantikkan.....nmpak gebussssss
ini hasil tangan saya, walaupun tak nampak gebussss....tapi ok ler untuk pertama kali.....

* Info Chef :
- croissant bersaiz kecil lebih rangup daripada saiz besar.
- croissant bersaiz besar lebih gebu dan empuk.
- pastri jenis ini boleh juga dimasukkan inti buah2an dan digulung atau dilipat.






Sabtu, 28 April 2012

PUFF SARDIN

Assalamualaikum.......

Selamat pagi semua. Apa sarapan pagi nie? Saya sarapan yang paling2 ringkas atas permintaan che abang. Sebenarnya che abang nak sardin roll tapi roti dah habis pulak. Memandangkan roti paratha ada, saya guna jer roti paratha untuk buat puff sardin.

Senang dan cepat.....ringkas2 jer, nak keluar dah nie nak pergi pasar kejap. Lepas tu nanti nak pergi shopping pulak....pastu nak pergi servis kereta.....pastu nak kuar dengan adik pulak, tak pasti lagi jadi ke idok.....depa dok senyapppp jer. Banyak perancangan yang nak dibuat weekend nie...harap2 semuanya berjalan lancar.

Memandangkan hari selasa cuti sempena Hari Pekerja, jadi saya cuti hari isnin. Bila dah bercuti panjang nie, banyak ler perancangan yang bersarang dalam kepala nie......kita tunggu je la masa dan ketikanya.....(^__*)


PUFF SARDIN

Bahan2:
3 keping paratha jenama kawan
2 tin sardin tin kecil 
2 biji labu bawang besar - hiris dadu halus2
2 biji cili merah - hiris dadu halus2
Garam
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji kuning telur

Cara2:
Di dalam mangkuk, campurkan semua bahan kecuali paratha. Hancurkan ikan dan gaul sebati kesemuanya . 
Letakkan inti ke atas paratha dan buat ikut kreativiti masing2. 
Kemudian sapu atasnya dengan kuning telur.
Bakar pada suhu 175C selama 20 minit @ hingga puff menjadi perang. 




yang ini che abang punya, dia nak yang gelap sikit tapi tergelap pulak....



Isnin, 5 Mac 2012

STRAWBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum.....

Selamat pagi dan Salam satu malaysia semua. Syukur Alhamdulillah  diberi kehidupan seterusnya, dapat lagi saya menghadap blog nie. Dapat la lagi saya skodeng blog2 kawan yang lain dengan coretan2 yang menarik dan juga sudah pastinya dengan resepi2 yang menambat jiwa.....dan...dan macam2 lagi lah yang mereka kongsikan. Boleh tengok resepi, mana yang berkenan boleh lah di cuba.......

Hari ni tak der kelas, ditunda pada hari Jumaat, jadi kerja sambilan yang lain semuanya dah settle, jadi dok sibuk kacau kerja orang pulak....sambil2 tu saya nak n3 resepi Strawberry Cheese Tart yang saya buat malam tadi. Resepi nie saya cilok kat dapur ita masam manis...yang kejap2 masam kejap2 manis..huahua!!!Jangan marah ye ita...mohon kongsi resepi na.....Ini first time buat dan saya telah berjaya melaksanakannya dengan hasil rujukan yang begitu terang dan jelas dari ita. Terima kasih ita diatas perkongsian tu. Memang dah lama nak buat dan adik pun asyik tanya bila nak buat dia nak rasa, dan akhirnya...BERJAYAAAAA!!!!

Resepi asal ita Blueberry tapi saya buat guna Strawberry...dah tu jer yang ada. Saya buat separuh dari adunan ita sebab ita buat dapat dalam 70-80 shell untuk 1 adunan cheese....tapi rupa2nya saya buat dapat 20 ketuii jer....mesti shell ita tu kenit2 jer kot. Dapat lah makan sikit jer, tak boleh nak bagi semua kawan2 rasa. Sori ye kawan2 lain kali je la ye. Tapi tak per shell ada byk lagi, boleh simpan lama. 

Jom tengok resepinya......


STRAWBERRY CHEESE TART
Resepi : Azita
Sumber : Azlita Masam Manis


SHELL @ CRUST


Bahan :

170 gm marjerin atau butter
50 gm gula aising
1 biji telur Gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara2 : 

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.


 CREAM CHEESE FILLING

Bahan2 :

250 gm cream cheese
50 gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.


Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yang kita inginkan.

Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah. 

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... 

ini untuk che abang sayang.....makan ye jangan banyak komplen.....manis ke, masam ke, tawau ke...telan jer lepas tu bagi isyarat...i feel gooddddddd...!!!!!!

 * mungkin shell saya besar kot tu yang 1/ 2 adunan cheese dapat dalam 20 je....mesti shell ita kecik jer tu yang dapat banyak....tapi tak pe yang penting sedappppp!!!!


Sabtu, 4 Februari 2012

CREAM PUFF

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua. Saya hari cuti ni tak ke mana2, duduk rumah saja tengok tv. Petang tadi keluar sekejap je pergi pasar malam nak beli barang dapur sikit. Badan tak berapa sihat, demam dah baik tapi batuk dan selsema dah seminggu tak baik2 nie. Ubat dah habis, malas pulak nak pergi jumpa doktor lagi. 
Tak dapat mc sebab panas badan dah kurang cuma hidung jer tak baik2 lagi. Kena pula duduk dalam office yang air cond dia jangan cakap la, badan nie seram sejuk dibuatnya, hidung tersumbat sampai tak boleh nak bernafas, dengan batuk lagi...gatal tak boleh nak kata, rasa macam nak masukkan jari kat dalam batang leher tu lepas tu garu..uhhhhhh!!! mesti bestkan...

Sebelum keluar pergi pasar malam tadi sempat la juga saya buat cream puff sikit. Resepi saya ambil dari dapur ita. Dah lama nak buat tapi tak terbuat2. Nie kali ketiga saya buat baru nak n3. Itu pun tak berapa nak cantik bentuknya sebab tak boleh nak buat hidung nie meleleh jer dengan batuk2 lagi tapi nak juga buat sebab dah lama sangat nak buat. Dapat sepiring je, makan dengan che abang sorang 6 ketul..jadi lah buat hilang kempunan. 

Mohon share kat sini ye ita. Jom tengok resepinya.....
CREAM PUFF

by : Yani
Sumber : masam manis

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana, kemudian kuatkan hingga mendidih. Bila mendidih tutup api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
Masukkan telur, kacau cepat-cepat. (saya biarkan adunan suam baru masukkan telur sebab takut telur nanti masak pulak sebab saya tak boleh nak kacau cepat2 macam ita, tangan tak kuat sakit)
Masukkan adunan ke dalam piping bag.


Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm.
Pipe kan ke atas dulang.
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2. Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin. (saya masak atas dapur saja)


Rabu, 11 Januari 2012

PIE EPAL.....HARU PUNYA...AMPUN CMG!!!!

Assalamualaikum....Selamat pagi semua...Selamat melakukan tugasan harian. Kali nie nak n3 satu resepi Pie Epal dari CMG. Tapi sayangnye resepi itu telah ku rosakkan...telah ku porak perandakan...sungguh haru jadinya. Kalau la tuan punya badan tau nie maunye terkeluar biji mata dia....tengok resepinya telah dilunyaikan oleh si Khairiah nie. Ampun la CMG ye....bukan nak menderhaka tapi...bila orang yang tak pandai ke dapur dan nak mencubanya buat kali pertama...lepas tu buat kerja kelam kabut nak cepat...last minit...so hasilnya jadilah hasil org yg tak ikhlas...cincai buncai je ....tapi nak cakap gak. ppsstttt..rasa tetap sedap ye...walaupun rupanya tak secantik CMG punya..:(...


Kalau tengok kat CMG punya pie rasa mcm dh tak boleh nk control tekak nie, tertelan2 air liur jer....nampak gebuuuuuusssss..sangat2. Sape2 yang nak resepi gie la ke dapur CMG tu byk yg boleh tengok...segan pulak nk letak resepi kalo gupernye dh mcm hampehhh...:(
Tengok je la hasilnye...udah le tak pandai nk buat tp jgn la sampai buruk bebenor gupernye...nk cepat sampai terlupa nk sapu kuning telur...bertambah2 la 'hencemnye'
Yang nie...inti dia...sedapp!!! nie je la yg boleh teman senyum...inti nye saya tambah peach sikit...
ini tunggu masa nak ngap....yang atas tu lebihan tepung...nak tutup x cukup doh jadi ku hancur2 kn doh tu dan tabur atasnya...sajer jer nk bg tutup jgn terdedah....:)                
buat pakai acuan pie yg kecik jer....potong 6 sekejap dh habis...laporrr. Makan tutup mata jgn tengok gupernye....tutup mata sambil masuk kt dlm mulut...terasa nikmatnya..aaahhhhhh!!!

Lain kali nak buat yg betul2 punya ...mesti nk jd macam CMG punya...hehehe

Jumaat, 6 Januari 2012

CREAM CUSTARD TART

Assalamualaikum.....Selamat malam. Mungkin ada yang sudah pun beradu dengan mimpi2 yang indah. Saya kejap lagi nak tidor dah mengantuk nie, tapi nak n3 sekejap. Malam tadi sempat buat cream custard ambil dari dapur ita sementara crust nye dah buat malam semalam pun resepi dari dapur ita juga. Jom layan cream custard....
CREAM CUSTARD
By : Honey
Sumber : masam manis

Bahan-bahan :


1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
 sedikit pewarna kuning - ita tambah
 Cara2nya:

Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2. Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin. (saya buat cara ini, campurkan semua dan kacau atas api sederhana hingga adunan pekat).
 

Rabu, 4 Januari 2012

TART SHELL

Assalamualaikum....Dah makan malam semua? Saya makan nasi dengan sup daging je sama telur dadar, cukup la untuk orang yang tak ada selera makan. Habis sepinggan nasi...hihihihi tapi sekejap jer rasa macam nak termuntah pulak asyik terbatuk2 je.

Lepas makan rehat2 sekejap, sekejap jer lepas tu ke dapur nak buat crust@shell untuk buat egg tart, kononnya la... Memang dah lama dok perap resepi dari ita nie, tu yang demam2 pulak baru terasa nak buat. Tak pe la, ita kata crust nie boleh simpan lama bila nak buat tart nanti buatkan intinya saja. Bagus juga kan stand bye kata orang. Kalau sapa2 yang nak belajar boleh tengok kat dapur ita tu siap buat step by step lagi. Saya pun dok belajar kat situ jer tak payah nak pergi belajar kat luar cikgu ita dah ajarkan. Kalau nak cara mendeko tart pun ada, cayalah.....Moga Allah merahmati ita dunia dan akhirat. Aaaaaminnnnnn!!!!!

Banyak yang boleh diskodeng kat dapur ita nie, tak jemu2 menengoknya sampaikan terlupa yang dapur tak berasap lagi...ishishishhhh!!!! Tapi yang sebenarnya kalau saya tengok gambarnya pun rasa macam dah kenyang perut....bagus tu boleh la diet..hahaha. Kalau cakap kat che abang nie mesti dia senyum senget punya, tak bagi semangat lansung.....nak diet nanti2 la. Sekarang nie tengah semangat nak makan macam2. Sebelum nie badan saya kurus juga la tapi lepas operation bulan Jun hari tu, sebulan lepas tu selera makan naik mendadak, lepas tu dok pulak main blog2 nie jadi macam2 la yang dicuba buat apalagi gedebak gedebuk la badan. Baru je 3 bulan berblog tup2 badan dah naik 20kg...Ya Allah!!!! yang benar.....adoiiiii kena la diet jugak, nanti mak mertua tengok pengsan dia dah montel..hehehe...semangat2. Akaan ku pastikan badan ku kembali ke asalnya 50kg. Cayok2.....!!!!!!

Membebel pulak...jom la tengok resepi crust nie.....Mohon share ye ita...muahhh!!!
SHELL @ CRUST

Bahan-bahan :

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
 
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.