Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 24 Januari 2014

TALAM SUJI

Assalamualaikum



Selamat pagi semua. Bersiaran pada pagi Jumaat nie memang menyamankan betul sebab tak ada gangguan hihihi...... Almaklum ler, jumaat saya cuti suami pulak keje, jadinya tenang setenangnya pagi nie nak mengadap komputer. Dah bersarapan ke belum? Apa menu pagi nie? Sarapan saya pagi nie cuma Talam Suji jer sebab nak habiskan stok tepung suji yang ada tapi sebenarnya subuh2 lagi tadi dah bedal nasi goreng cili padi. Kiranya talam nie sampingan je la ye......

Resepi talam nie saya ambil di Mai Share recipe tapi dah tak jumpa pulak resepinya. Jadi tak boleh nak link kan resepi asalnya. Ikut cara saya pun ok juga, sedap je rasanya.......



TALAM SUJI
Resepi : Mai Zura 

Bahan Bawah :
1 cawan tepung suji
1/2 cawan gula
secubit garam
3 cawan santan cair
pewarna kuning

- Campurkan semua bahan hingga sebati. Kacau dalam kuali, agak2 likat tuang terus ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik di atas pengukus yang telah mendidih. Sediakan bahan atas pula.


Bahan Atas: (saya buat 1/2 adunan saje dr resepi nie)

1 cawan tepung gandum

3 sudu besar tepung jagung

1/2 cawan gula

3 cawan santan pekat

secubit garam

pewarna hijau


- (cara kak mai sama macam cara atas, tapi saya tak buat). Saya 

campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Setelah bahan 

bawah agak keras sedikit, cakar2kan dan tuang ke atas bahan atas. 

Kukus selama 20 minit. 



Ahad, 19 Januari 2014

KRIM PAF

Assalamualaikum



Hari nie bersendirian lagi...........suami pergi Shah Alam, ada pameran motor. Jadi sebab Johor cuti hari nie, kerana cuti umum jumaat lepas sempena Thaipusam digantikan pada hari ahad. Maka tinggal ler kita sorang2......Disebabkan kena tinggal, jadi hari nie malas nak masak. So, kita mengepaf hari ni ye nak ye!......

Cream Puff nie saya pernah buat dulu. Untuk resepi kali ini saya rujuk buku Belajar Memasak oleh Chef Norzailina Nordin. Resepi sama sahaja cuma inti kastard Chef Lina guna bahan sikit saja dan sedap. Untuk resepi nie saya buat cuma dapat dalam 12 ketul je, jadi kalo family yang gamai tu boleh gandakan. Jom tengok resepinya........


CREAM PUFF
Resepi : Chef Lina

Bahan2:
65 gm tepung gandum
secubit garam
50 gm mentega
150 ml air
2 biji telur - pukul sedikit

Bahan2 Inti: (buat 1/2 jer sebab dapat banyak)
350 ml susu segar
150 ml krim putar
70 gm gula kastor
50 gm tepung kastard

Cara2:
1. Jerang air dan mentega. Kacau atas api perlahan. Bila mentega cair kuatkan api, biarkan mendidih kuat selama 1 minit.
2. Satukan garam dan tepung gandum. Tuangkan tepung gandum ke dalam periuk berisi mentega.
3. Padamkan api dan kacau hingga menjadi adunan yang sebati.
4. Bila adunan suam, masukkan sedikit demi sedikit telur. Kacau hingga rata.
5. Masukkan adunan ke dalam piping beg dengan nozzle bentuk bintang. Picitkan ke atas tin pembakar berlenser mentega, berjarak 5sm.
6. Bakar pada suhu 210C selama 25 minit. Ketepikan.
7. Inti Kastard : Campurkan tepung kastard dan gula pasir. Tuangkan susu segar dan dikacau sebati.
8. Kacau atas api perlahan hingga pekat. Biarkan sejuk.
9. Putar krim hingga kental. Satukan dengan kastard tadi. Picit ke dalam krim paf.




Isnin, 13 Januari 2014

TALAM ROTI PAUN

Assalamualaikum

Selamat malam dan Salam Maulidur Rasul seluruh umat Islam dimana jua berada. Esok cuti, jadi malam nie nak berehat awal sikit sebab esok nak merayap keseluruh melaka. Nak tengok perarakan kat bandar melaka. Malam nie kita layan n3 saya iaitu Talam Roti Paun. Saya memang suka kuih talam, dan seperti biasa rujukan saya mestilah dapur yatie si cantik manis. Kuih talam yang yatie postkan memang tak menghampakan saya. Boleh dikatakan yatie nie antara chef talam hihihi........

Untuk talam roti nie resepi asalnya ialah dari ChefAsma. Sukatan telah diolah oleh yatie jadi senang sikit nak buat. Jom kita tengok resepinya.......



TALAM ROTI PAUN
Resepi : ChefAsma
Rujukan : Yatie

Bahan2:

Lapisan Bawah

13 keping roti putih gardenia - dicarik2 
2 biji telur
50 gm raisin - saya tak letak
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
150 ml santan pekat
300 ml air
1/4 sudu kecil esen vanila
pewarna merah - saya tambah

- Satukan semua bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut) . 
- Masukkan dalam loyang 10 x 10 x 2 (sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik). Saya letak pewarna dan kacau sedikit.
- Kukus selama 25 minit.
- Apabila masak, angkat dan cakar dengan garfu.( Jika terdapat sedikit air pada permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu @ kertas tisu. Selepas itu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah) .

Lapisan Tengah

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
pewarna hijau & perisa pandan

- Satukan semua bahan, kacau rata dan tapiskan ke dalam periuk.
- Masak hingga naik wap, guna api sederhana sahaja. Masa ini sentiasa kacau guna whisk sahaja, jangan terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat sahaja.
- Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit. Apabila masak, cakar dengan garfu. Saya tak masak tapi terus tapis atas lapisan bawah dan kukus. 



Lapisan Atas

1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/8 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
pewarna kuning/oren (tak letak pun ok)

- Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan dan tapiskan.
- Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
- Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit. Cara saya sama macam kat atas.
- (cara yatie - sentiasa lap tutup pengukus setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin. 
- Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila telah sejuk, potong guna pisau plastik.  


Jumaat, 3 Januari 2014

DONUT LABU

Assalamualaikum

Selamat petang dan Salam Jumaat. Hari nie pertama kali bermulanya cuti kerja pada hari Jumaat bagi negeri Johor. Rasa macam blurrr pulak sekejap, dok pikir juga lagi pagi2 keje ke tak hari nie, hari nie hari jumaat ke? blurrrrrr.........Mula2 dulu pikir macam tak best je cuti jumaat tapi syok juga sebab boleh buat banyak urusan, sebab kita dok Melaka, jadi bank semua buka.......jadi apa2 kerja sebelum nie senang diuruskan tanpa perlu mohon cuti rehat ataupun pelepasan keluar sekejap dari bos. Jadi lepas nie, apa2 juga hal urusan bank boleh buat pada hari jumaat, jimat cuti tahun yuhuuuuuu........

Disebabkan hari ini bersenang lenang untuk pertama kalinya cuti jumaat, saya mendonut hari nie. Saya buat donut labu. Sedap rupanya donut labu nie jika nak dibandingkan dengan donut kentang. Memang sedap sangat. Ramai yang dah mencubanya antaranya madihaa, ita, yatie dan ramai lagi. Rata2 menyatakan kesedapan donut labu nie. Untuk resepi nie saya buat cara saya sendiri tapi masih mengekalkan resepi yang asal, saya olah je ikut cara saya.......jangan mare ye!!!!!!


DONUT LABU

Bahan2:
1/2 cawan labu lenyek (dikukus)
1/2 st yis
1/2 cawan air suam
1 sb gula
3 cawan tepung gandum
1 sb butter
2 sb susu pekat
garam
gula kastor

Cara2:
1. Kukus labu (untuk elakkan doh menjadi terlalu lembik), kemudian lenyek.
2. Campurkan yis dan gula dengan air suam dan biarkan seketika hingga berbuih.
3. Di dalam mangkuk, campurkan tepung, garam dan butter. Ramas butter hingga sebati dengan tepung.
4. Kemudian masukkan labu lenyek, yis dan susu pekat manis. Uli sebati hingga menjadi doh yang lembut. Tutup bekas doh dan perap doh hingga naik dua kali ganda. (jika doh melekat di jari, sapu tepung pada jari supaya mudah untuk menguli)
5. Setelah doh naik dua kali ganda, ditumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Kemudian bulatkan doh dan leperkan. Buat lubang ditengah2nya dan susun di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung.
6. Setelah doh agak naik sedikit goreng dengan minyak yang banyak dan api yang kecil. Angkat dan toskan. Salut donut dengan gula kastor.


Rabu, 1 Januari 2014

LOTUS DESARU BEACH RESORT, AGAINNNN.....

Assalamualaikum

Ni n3 yang tertunggak, tak sempat nak hadap banyak urusan konon2nya. Kalau n3 yang lalu cerita pasal ke Tanjung Sepang Beach Resort Johor, selepas itu kami ke Lotus Desaru Beach Resort . Kami pernah pergi dulu semasa tempat kerja suami ada buat Family Day, awal tahun 2013. Tempatnya memang cantik, 
kalau nak tengok lebih lanjut boleh tengok sini . Dengan bayarannya memang amat berbaloi. Bagai yang nak melancong dan bermandi manda dengan anak2, Lotus Desaru nie memang puas hati. Saya pun tak puas2 lagi bersantai di sini.

On the way balik, singgah ke JPO. Suami saya shopping sakan, saya malas nak membeli, jamu mata jer sebab dah penat sangat. Cuma beli coklat2 jer........


Ini tempat pendaftaran bersebelahan dengan kolam renang dan tempat Funfair beserta kedai cenderahati dan tempat makan. Gymnasium pun ada, jalan sikit dah sampai kat tepi pantai. memang best........


yang atas tepi tu bilik kami, kalau nak tengok dalamnya boleh tengok kat sini, 2 tingkat.......yang bahagian bawah ruang tamu dan di tingkat atas katil dan bilik air, boleh berendam dalam tab puas2 hihihi.....


ini kolam yang besar sikit. Kat hotel nie ada banyak kolan renang. Ada 2 kolam kat area sini, yang depan nie besar sikit........boleh berkuak kat dalam nie ramai2, yang kat sebelahnya ada kolam kecik sikit dan ada buah kelapa yang akan memuntahkan 'air kelapanya' nanti..........;)


tu dia...... air kelapa dah muntah keluar, kat bawah dah ramai yang terjerit seronok, bukan budak sajer.......mak bapak budak pun terjerit sekali, saya yang dok tepi pun jerit sekali hahaha.......


Ini kolam renang yang dekat dengan tempat pendaftaran dan Funfair. Kolam kat sini agak dalam sikit tapi takder dalam sangat dan untuk bahagian kanak2 disediakan juga. Di kawasan nie memang orang penuh sesak sebab banyak aktiviti berada di dalam kawasan yang berdekatan sahaja..........


ini pulak di kawasan pantai, ombak besar sikit sebab baru lepas hujan. Ada yang berani mandi, ada yang berani tengok je........dari jauh, saya la tu hihihi.........


ini antara pakej2 aktiviti pantai yang disediakan.........


kita enjoyyyyyy!!!!!!!!