Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 29 April 2017

MIBC, BOWLING MITC MELAKA

Assalamualaikum
Alhamdulillah, dapat juga bersantai2 bersama adik2 dan anak2 buah, main bowling di MIBC MITC Melaka. Dah lama nak main bowling dengan dia orang, akhirnya plan kali ini berjaya juga akak join. Kalau tidak tak pernah nak dapat peluang, selalunya ada sahaja halangan. Plan akak kali ini berjaya juga lah. 
Plan kali ini sempena meraikan kejayaan kaklong Syirah sempena konvokesyennya semalam. Tahniah kaklong, lepas nie boleh sambung master plak. Jangan tunggu2 lagi bila peluang sampai. Pasal jodoh, nanti2 ada la tu.......semua tu kan perancangan Allah.
Semoga kaklong Syirah dibawah rahmat Allah S.W.T. selama2nya. Doa juga buat arwah ibu.......Tahniah juga buat kak long Jedah dan juga Nana atas kejayaan masing2 dengan result yang gempak. Semoga semuanya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. 
Ada rezeki, kita main lagi. Main sampai puas, sampai pandai.....konon2 la hehehe.......
Nampaknya akak dapat jugak menang. Setahun sekali main, dapat point macam nie rasa kembang pulak akak hehehe. Agaknya kalau akak main tiap2 minggu mesti akak jadi pro hahaha.......terperasan sekejap. Apa yang penting, dapat happy kan semua orang ok lah. Next time orang lain yang nak join tu akan dialu2kan bagi meramaikan majlis katanya....^__^





Khamis, 20 April 2017

SUKAN MUHIBBAH WILAYAH SELATAN 2017

Assalamualaikum
Ya Allah Alhamdulillah segala jer di permudahkan. Tamat sudah Sukan Muhibbah Wilayah selatan 2017. Sukan kali ini ILP Tangkak menjadi penganjur. Sekalung tahniah bagi yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya, lain masa cuba lagi. Sukan akan datang akan diserahkan ke ILP Pasir Gudang. Harap2 hari itu akan tiba juga........

Pejam celik pejam celik....dah lama rupanya saya tak update blog saya. Kekangan waktu yang membataskan.........banyak urusan yang perlu dibuat, banyak aktiviti yang dibuat tapi tak dapat nak kongsi sebab tak sempat nak godeh2 blog. Nak tengok blog2 jiran pun tak dan........
Antara sukan yang dipertandingkan bola jaring, badminton, ping pong, bowling, memanah dan dart. Memanah hanya untuk pengarah2 sahaja manakala untuk sukan2 yang lain kakitangan dan pensyarah dan hanya dibenarkan sertai satu permainan sahaja. Yang atas tu pasukan bola jaring kami, pinky gitu.......sebelum berlawan harus posing dulu bagi team lain terbakau hehehe.......

Ini beregu badminton. 2 beregu lelaki dan 2 beregu wanita. Ada gambar lagi tapi tak sempat nak snap, bermainkan jadi harapkan cameraman jer. Jadinya minggu depan ler baru akak tepek kat sini sebagai kenang2an......