Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 25 Februari 2014

TALAM KELEDEK

Assalamualaikum.......


Selamat malam
Bertalam kita kali nie ye........ Saya buat Talam Keledek malam nie sebab nak habiskan keledek yang lebihan buat keria jumaat lepas. Resepi asal adalah Talam Keladi. Masa saya tengok dapur yatie, saya ternampak talam keladi. Nampak macam menarik jer.......saya ubah jadikan talam keledek memandangkan saya takut nak makan keladi, takut mabuk......

Saya kalau buat apa2 talam dari resepi yatie, memang saya amat berpuas hati. Yatie memang pakar buat talam. Macam saya nie kiranya pencopet resepi talam yatie hihihihi........mohon kongsi ye yatie resepi talam kat sini........


TALAM KELEDEK (ASAL TALAM KELADI)
Resepi : Chef Asma
Rujukan : Sinar Kehidupan

Bahan : Lapisan Bawah (A)
220 gm tepung beras (yatie guna 2 cawan)
40 gm tepung ubi (yatie guna 3 sudu besar)
1 1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula pasir (yatie tambah, suka manis sikit kuih ni)
300 ml santan pekat
700 ml air

(B) 250 gm keledek (keladi) - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh, (basuh dengan air garam supaya tidak hitam), potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus baru timbang)

Cara2nya :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati.
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B .
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10' x 3".
4. Kukus selama 25 minit.


Bahan : Lapisan Atas
150 - 180 gm tepung gandum (yatie guna 1 1/2 cawan)
250 gm gula halus
3 - 5 biji telur (yatie guna 3 biji)
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna

Cara2 :
1. Bancuh semua bahan , tapis ke dalam periuk.
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah.
3. Kukus selama 30 minit. (Lap 5 minit sekali)


Isnin, 24 Februari 2014

NASI MINYAK

Assalamualaikum

Selamat malam semuanya. Kabareiiii, waras? Wah.......menjawa kita malam nie ye......poyo je, saje je pun, bukan tau pun cakap jawa. Bukan apa, saya teringat pulak masa masuk kelas siang tadi. Bila tanya2 sembang2 dengan budak2, dia orang bukan main loyar buruk lagi. Bila saya cakap hawau je!!! terkeluar perkataan ganas orang melaka, ganas sikit la........dia orang bantai balas cakap jawa pulak.....cehhhh!!!! saje je kan nak kenakan pengajar dia. Mentang2 dia orang gamai anak2 jawa termasuk cina jawa india jawa hihihi.........memang kelakar budak2 nie tapi bila datang perangai degil rasa macam nak kunyah je dia orang tu.

Dah lah! kita lupakan kisah pelajar2 tu. Kalau nak citer pasal pelajar2 nie memang sampai lusa pun tak habis. Hari2 pengajar masuk kelas, hari2 ler dengo pengajar citer macam2. Sian budak2 nie.........macam2 feel, boleh buat cik nye histeria hihihi.........Kita lupakan seketika cerita pelajar2 ilp nie, kita beralih pulak pada n3 saya malam nie........


Post malam nie resepi nasi minyak. Nasi minyak nie saya masak lawan dengan kurma ayam hari tu. Saya kalo nasi selain nasi putih macam ade kureng sikit. Makan memang makan tapi kata orang sekadar merasa sahaja bukan makan sungguh2 macam makan nasi putih. Kalau nasi ayam saya memang suka sangat2.

Nasi minyak nie pun saya main campak2 jer, janji suami saya suka rasanya, kira ok ler tu. Bahan2 pun yang mana ada. Suami saya memang suka kalo apa2 jenis nasi selain nasi putih. Dia memang berselera dan tak kisah dengan apa yang saya masak, tak cerewet. Cuma kalo masak apa2 sayur dia tak suka sebab dia tak minat makan sayur, sampai saya pun dah terikut2 stail dia tak makan sayur. Tapi saya suka makan ulam2an, wajib ada.......kalo tak nanti makan tak kenyang mandi tak basah kata orang hahaha.........layan kan jerrr..............


NASI MINYAK

Bahan2:
3 cawan beras 
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar kismis
1 helai daun pandan - siat2 dan simpulkan
3 sudu besar susu cair
Air
garam

Bahan tumis:
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia* (*dihiris)
1 batang serai - dititik
sedikit kismis
bawang goreng

Cara2:
1. Basuh beras macam biasa dan tapiskan.
2. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis hingga berbau wangi.
3. Masukkan beras dan kacau rata.
4. Masukkan susu cair, air, kismis daan garam. Sukatan air ikut macam biasa ditanak.
5. Setelah masak hidangkan bersama kismis dan bawang goreng.





KURMA AYAM

Assalamualaikum


Salam Berbahagia semuanya. Post hari nie n3 yang tertunda. Menu hari sabtu yang lalu. Tak sempat nak postkan. Saya tak berapa gemar sebenarnya masak kurma, kurengggg sikit tapi sebab che abang nak makan, gagahkan juga walaupun masa tu sakit2 badan tak apa janji suami saya suka. Suami saya tak kisah makan apa pun tapi sebab dah lama dia nak makan kurma ayam, tu yang saya buatkan.  

Menu saya tak berapa lengkap sebab tak ada acar mahu pun ayam masak merah. Cuma nasi minyak, kurma ayam dan ayam goreng kunyit untuk saya hihihi........masak simple2 dah tak larat nak teruskan sebab tak berapa sihat . Suami pulak hari tu pergi servis motor tak balik2 lagi, so tak ada orang nak tolong masak. Nanti2 baru ler ayam masak merah pulak ye.......


KURMA AYAM

Bahan:
500 gm ayam
4 sudu besar rempah kurma*
1 sudu besar serbuk ketumbar*
1 sudu besar serbuk jintan manis*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu kecil serbuk lada hitam* (*campur jadikan pes)
1 biji kentang (saiz besar) - potong 4
1 labu bawang besar - potong 6
1 biji tomato - potong 4 (tak letak sebab x der)
2 biji cili hijau / merah
1 biji cili merah
1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping asam keping
minyak
garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(* tumbuk halus)
1 inci halia - dititik
1 batang serai - dititik
1 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga


Caranya:
1. Tumis bahan tumis hingga naik bau .
2. Masukkan pula bahan campuran rempah kurma .
3. Setelah rempah tumis pecah minyak, masuk ayam, asam keping, garam, kentang dan santan cair. Gaulkan sebati. Masak hingga mendidih .
4. Selepas itu masukkan santan pekat, cili dan bawang besar. Setelah kuah mendidih, sedikit pekat dan kentang telah empuk, boleh tutup api. Hidangkan .


ini sajer lah menu saya........jemput makan


untuk resepi nie saya main redah je, seriusly saya memang tak tau masak kurma sebab saya tak berapa suka makan. Apa yang terlintas saya nak bubuh saya letak jer. Bila suami suka ok lah saya berpuas hati. Kalau orang lain mungkin lain kot caranya, ikut selera......





Jumaat, 21 Februari 2014

SNOW SUGAR PUFF PASTRY

Assalamualaikum

Selamat malam semua.....
Dah makan malam ke? Malam nie saya malas nak makan malam. Penat sangat tak larat satu badan sakit2. Bukan apa petang tadi pergi join senamrobik kat Bukit Serindit Bukit Baru, tu yang sengal satu badan. Dah 2 tahun juga saya tak join mahunya tak sakit2 sebab dah lama tak bersenam .

Walaupun tak nak makan malam itu tak bererti mulutku akan berhenti mengunyah ye hihihi........sumbat tetap sumbat tapi yang ringan2 je. Malam nie saya cuma buat Snow Sugar Puff pastry. Saya memang selalu buat tapi tak sempat nak post bagai sebab selalunya tak sempat nak snap dah habis kena rembat. Yang ini pun bahagian saya sebab saya buat banyak. Kudapan nie saya tengok di fb dari LinaKz Shaari. Kudapan yang paling mudah dan senang disediakan.


SNOW SUGAR PUFF PASTRY

Bahan:
Puff Pastry
Kuning telur
Gula icing

Ambil sekeping puff pastry dan potong 8 bahagian secara memanjang. (saya canai sedikit, suami saya suka sebab bila bakar agak garing). 
Griskan loyang, twistkan pastry dan lekatkan bahagian hujung. Susun di dalam loyang dan sapu atas puff pastry dengan kuning telur. 
Bakar pada suhu 170C selama 20 minit. 
Biar pastry sejuk dahulu, baru taburkan gula icing.




Jumaat, 14 Februari 2014

SALAM PERPISAHAN BUAT MAHARANI (M)

Assalamualaikum, salam Jumaat dan salam ukhwah

gambar oleh hadi staff M

Salam perpisahan buat teman yang dikasihi Maharani Mohd Haled atau lebih mesra disapa sebagai M@kak M. Beliau merupakan ketua bahagian di Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian di ILP Ledang dan akan berpindah ke ADTEC Batu Pahat. Pada saya ILP Ledang kehilangan orang yang begitu banyak menaburkan jasa. Seperti kata pengarah, apa saja yang diarahkan dia akan lakukan, tidak menolak. Walaupun dia tidak berpuashati atau ada masanya dia membantah tapi dia tetap melakukan juga kerja tersebut hingga memberi kepuasan di hati Pengarah. Memang ramai yang terasa kehilangannya sebab dia orang yang tidak berkira dan sentiasa memberi kerjasama. Oleh sebab itu dia amat disenangi oleh semua orang.


comel je hadiah.....cantik i like, cer teka apa?

Selama 4 tahun saya mengenali M, dia memang seorang yang bertanggungjawab terhadap bengkelnya dan juga kakitangan dibawah seliaannya. Tak hairan la, pelajar2 juga begitu menghormatinya. Orangnya tegas, peramah dan sentiasa ceria, ada masanya kelakar sangat. Biarpun ada masanya panas hati tapi sekejap sahaja, tidak disimpan di dalam hati. Dia memang baik sangat2. Sayang sungguh bila kehilangan orang2 yang amat disenangi ni. Berkecil hati, bermasam muka itu adat sebagai manusia biasa tidak akan terlepas dari kesilapan. Moga M akan terus sukses ditempat lain.


ni masa sambut kat bengkel IT, kami unit pun tumpang sekaki makan2 masak sendiri....best


staff wanita IT


kek sponge bluebarry, potong2 tau tau dah hilang, nasib dapat rasa sikit


cantik tak, i minat cincin macam nie


suku dari staff yang ada, yang lain2 ada kat bilik sebelah je, malas nak amik pic


sedihnya M dah tak ada di mata, moga2 M tetap dihati. Budi dan Jasamu akan tetap dikenang. Tahniah M untuk baby yang kedua...

JUMPA LAGI!!!!!!


Jumaat, 7 Februari 2014

APAM PISANG CHOCMILO

Assalamualaikum



Selamat petang
Dah petang nie baru sempat nak pos n3 Apam Pisang Chocmilo. Apam nie pagi tadi buatnya, nak post pagi tadi tak sempat.........banyak urusan yang nak kena selesaikan hari nie. Maklum ler, Melaka hari jumaat hari bekerja jadi kita buat apa2 urusan yang nak kena selesaikan, kita selesaikan hari nie. Tu le untungnya bila Johor cuti hari jumaat hehehe............

Resepi nie saya jumpa di dapur Noorsha . Tengok apam dia menarik jer hati nie nak mencubanya. Kalau tengok resepinya lebih kurang sama jer dengan resepi apam pisang coklat cuma di olah jer koko & milo dan rasanya tetap sama, sedap........Terasa kegebuannya, masuk dalam mulut tak berhenti2 saya makan sampai terasa dah tersangkut kat tekak baru ler saya stop hihihi.........saya memang hantu resepi2 pisang yang berkukus nie, memang tak boleh nak tahan........

Bagi saya apam pisang nie manis sikit bila dah makan banyak2. Kalau yang tak berapa suka manis, boleh kurangkan sukatan gulanya. Saya guna gula perang pun dah terasa manis. Jom kita tengok resepinya..........

 


APAM PISANG CHOCMILO
Resepi : Zuraina Abdul Latip
Sumber : Noorsha


Bahan2
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar milo
1 sudu besar koko
1 sudu teh garam
1 biji telur - pukul sedikit
1 cawan minyak - saya guna butter cair
1 cawan gula perang - boleh kurangkan 3/4 cawan jer
1 cawan pisang lenyek
1 sudu besar susu cair @ susu segar
coklat chip secukupnya
hirisan pisang untuk hiasan - saya tak letak

Cara2
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2. Ayak bersama tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, garam, milo dan koko. Ketepikan
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lenyek, butter cair, telur, gula dan susu. Kacau sebati hingga larut.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan pisang tadi sedikit demi sedikit sehingga rata semua bahan.
5. Sudukan adunan dalam paper cup @ mould jelly @ loyang sehingga 3/4 penuh.
6. Taburkan coklat chip diatasnya dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
7. Kukus dengan api sederhana selama 15 - 20 minit.



Khamis, 6 Februari 2014

PAVLOVA

Assalamualaikum........


N3 Pavlova nie n3 yang tertunda sebenarnya. Saya buat masa raya cina hari tu. Sebelum nie pernah buat guna resepi dari Che Mat Gebu. Untuk resepi yang kali ini saya masih ikut resepi yang sama. Dah lama nak makan tapi asyik terlupa jer nak buat.

Masa ronda2 kat dapur Rahel, ternampak pulak pavlova dia......wahhhh!!!! cantik betul tengoknya. Deko pun dah macam kek saje, tu yang tergoda sangat2 memang tak boleh tahan. Saya buat pun saya makan sorang, memang saya lepaskan geram betul2. Memang puas hati giler......dapat makan sepuas2nya tanpa gangguan dari pihak lain hihihi.........sebenarnya adik nak datang tapi tak jadi so, depa tak dapat rasa la........

Kalau nakkan resepinya boleh tengok di sini ye.....klik pada dapur Rahel pun ok juga.....


Ahad, 2 Februari 2014

SERI MUKA PULUT HITAM

Assalamualaikum

Selamat pagi. Salam berhujung minggu. Hari ini saya bersiaran awal sikit sebab nanti kejap lagi nak balik kampung tengok mak. Dah lama tak jumpa mak, maklum ler semenjak kena kerja hari ahad nie memang dah susah nak gerak ke mana2. Nak jalan2 dengan suami pun dah macam malas jer........nak duduk rumah jer kalo boleh, nak hadap muka laki puas2 hihihi........ Nie dah cuti dapat lah balik kampung sekejap.

Sarapan apa pagi nie? Saya pagi nie teringin pulak nak makan seri muka, tu yang godeh2 kat internet mencari kelainan resepi kuih seri muka. Bila terpandang kuih seri muka ita nampak macam menarik jer warnanya, Seri Muka Pulut Hitam. Memang sebelum nie tak pernah makan, membuat jauh sekali. Bila dah rasa memang tak menghampakan. Jom........


SERI MUKA PULUT HITAM
Resepi : Kak Rose
Sumber : ita masam manis

Lapisan Bawah :
3 cawan santan cair
1 cawan pulut hitam
1 cawan pulut putih
1 sudu teh garam

Cara2nya :
1. Rendam pulut hitam dan putih secara berasingan selama 3 jam.
2. Gaulkan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang, kukus hingga masak.
3. Sapukan sedikit minyak di dalam loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi, kukus semula dan gariskan pulut dengan garfu (ini perlu supaya pulut bercantum dengan lekat nanti bila dah letak lapisan atas)

Lapisan Atas :
2 cawan santan pekat + jus pandan +sedikit kaler hijau - saya letak pewarna hijau + pandan emulco
4 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
3 sudu makan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh garam

Cara2nya :
1.Gaul rata semua bahan dan tapis.
2. Tuang perlahan2 ke dalam loyang pulut tadi.
3. Kukus selama 30 minit. Sejukkan dulu baru potong.