Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 7 Februari 2014

APAM PISANG CHOCMILO

Assalamualaikum



Selamat petang
Dah petang nie baru sempat nak pos n3 Apam Pisang Chocmilo. Apam nie pagi tadi buatnya, nak post pagi tadi tak sempat.........banyak urusan yang nak kena selesaikan hari nie. Maklum ler, Melaka hari jumaat hari bekerja jadi kita buat apa2 urusan yang nak kena selesaikan, kita selesaikan hari nie. Tu le untungnya bila Johor cuti hari jumaat hehehe............

Resepi nie saya jumpa di dapur Noorsha . Tengok apam dia menarik jer hati nie nak mencubanya. Kalau tengok resepinya lebih kurang sama jer dengan resepi apam pisang coklat cuma di olah jer koko & milo dan rasanya tetap sama, sedap........Terasa kegebuannya, masuk dalam mulut tak berhenti2 saya makan sampai terasa dah tersangkut kat tekak baru ler saya stop hihihi.........saya memang hantu resepi2 pisang yang berkukus nie, memang tak boleh nak tahan........

Bagi saya apam pisang nie manis sikit bila dah makan banyak2. Kalau yang tak berapa suka manis, boleh kurangkan sukatan gulanya. Saya guna gula perang pun dah terasa manis. Jom kita tengok resepinya..........

 


APAM PISANG CHOCMILO
Resepi : Zuraina Abdul Latip
Sumber : Noorsha


Bahan2
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar milo
1 sudu besar koko
1 sudu teh garam
1 biji telur - pukul sedikit
1 cawan minyak - saya guna butter cair
1 cawan gula perang - boleh kurangkan 3/4 cawan jer
1 cawan pisang lenyek
1 sudu besar susu cair @ susu segar
coklat chip secukupnya
hirisan pisang untuk hiasan - saya tak letak

Cara2
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2. Ayak bersama tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, garam, milo dan koko. Ketepikan
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lenyek, butter cair, telur, gula dan susu. Kacau sebati hingga larut.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan pisang tadi sedikit demi sedikit sehingga rata semua bahan.
5. Sudukan adunan dalam paper cup @ mould jelly @ loyang sehingga 3/4 penuh.
6. Taburkan coklat chip diatasnya dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
7. Kukus dengan api sederhana selama 15 - 20 minit.