Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 26 September 2014

PUDING KIWI

Assalamualaikum


Salam Jumaat kepada Muslimin dan Muslimat.........Panas Melaka hari nie, jadi kita sejukkan tekak kita sekejap dengan menjamu selera bersama Puding Kiwi. Masam2 manis rasanya, bagi mereka yang tak berapa suka kiwi boleh tengok sajer ye........Ini kali yang ke 3 saya buat baru berkesempatan nak buat n3. Resepi nie saya tengok di sini, macam biasalah tempat rujukan saya bila nak menggodeh apa2 resepi.......Resepi nie tak dapat banyak, jadi mana2 yang keluarga ramai tu boleh la gandakan resepinya. 


PUDING KIWI

5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambah jika sika manis)
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend bersama 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi - untuk hiasan

Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan kiwi yang telah diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuang ke dalam acuan yang sudah dibasahkan dengan air.
Bila puding telah sejuk, masukkan dalam peti ais.
Biarkan sejuk, baru dihidangkan dengan hirisan buah kiwi










Selasa, 9 September 2014

SUKAN STAFF ILJTM ZON SELATAN 2014............KAMI JUARA!!!!

Assalamualaikum


Alhamdulillah, Sukan Staff ILJTM Zon Selatan 2014 telah pun menutup tirainya semalam. Kami, ILP Ledang telah menjadi JUARA Keseluruhan untuk sukan staff pada tahun ini. Memang tak disangka2 yang kami begitu cemerlang pada kali ini terutamanya pada team wanita @ gugurl. Bola tampar gugurl menjadi naib juara setelah bermati2an, berhempas pulas beraksi untuk memenanginya tetapi kami tewas juga kepada ILP Selandar, johan bertahan. Walau apapun kami tetap bersyukur sebab sukan2 sebelum ini team ledang gugurl memang akan menjadi 'santapan' pihak lawan tapi tidak pada kali. Bagi bola jaring, walaupun gugurl jatuh no 4........tapi tetap menunjukkan kemajuan apabila mara ke final. Syabas pada gugurl ILP Ledang..............


Sukan staff pada tahun 2016 nanti, ILP Ledang telah dipilih sebagai tuan rumah. Di harap Ledang akan terus sukses. Semoga kerjasama dan ukhwah yang terjalin akan terus memantapkan lagi sukan ILP. Dikesempatan ini team gugurl ingin mengucapkan tahniah sekali lagi dan ucapan terima kasih kepada mereka2 yang membantu terutama Abang Fuu & the geng, yang tanpa jemu melatih kami untuk bermain bola tampar dengan cara yang betul. 



Dah menang besaukan........apalagi, makan besau le kite gamai2.....


Luaskan kuasamu ILP Ledang 2016


Inilah kejayaan besar kami, ILP Ledang......berjumpa lagi 2 tahun akan datang, AWAS!!!!!!!!




Isnin, 8 September 2014

SUKAN STAFF ILJTM ZON SELATAN 2014 11

Assalamualaikum

Tahniah!!! Tahniah!!!! ILP Ledang telah berjaya membuka taringnya untuk sukan staff kali ini. Semoga sukan akan terus berjaya dimasa2 akan datang. Terima kasih diucapkan atas kerjasama dan komitmen yang padu dari semua para pemain. Uacapan tahniah juga pada team bola tampar wanita yang telah berjaya merangkul naib johan dan sekaligus dapat membantu ILP Ledang mengumpul pingat bagi memperolehi jumlah pingat yang terbanyak setakat ini . Maju Sukan untuk ILP Ledang.......









Jumaat, 5 September 2014

SUKAN STAFF ILJTM ZON SELATAN 2014

Assalamualaikum



Sukan Staff ILJTM Zon Selatan, datang lagi setelah 2 tahun menanti. Sukan staff tahun ini diadakan di ILP Selandar. Kehangatan, kemeriahan dan keterujaan dapat kami rasai dalam diri kami ketika melalui saat2 getir ketika permainan berlangsung. Yang paling ketara sudah tentulah debaran yang sentiasa menemani kami. Debaran yang datang bukan sedikit yang terpaksa kami lalui, keperitan debaran rasanya macam dah tak tertanggung. Kalau ikut kata kawan2, rasa macam dah terkeluar usus......hihihi....boleh gitu.......tapi Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berjaya ke peringkat separuh akhir setelah berjaya sebagai naib johan dalam kumpulan. 

Saya memang gembira sangat sebab julung2 kalinya team bola jaring ILP Ledang berjaya ke semi. Selalunya kami akan menjadi 'lauk' pada team2 yang lain, syukur sangat2......tahniah kawan2. Bukan bola jaring sahaja yang berjaya ke semi tapi takraw, pingpong, bola tampar lelaki dan badminton juga berjaya. Esok pagi semua akan bersaing untuk ke final. Semoga Ledang akan berjaya.........








Rabu, 3 September 2014

APAM LABU

Assalamualaikum


Apam Labu.........sedapnyaaaaa!!!!! Tak terkata saya. Dua hari saya asyik makan apam labu, rasa sampai dah kembong perut. Memang sedaplah resepi nie, apamnya lembut je masuk kot tekak. Labu memang sedap masak apa pun........buat donut pon sedap......

Masa saya cari resepi untuk labu, terpandangkan Apam Labu ni, memang saya dah terbayangkan kesedapannya. Memang tak rugi mencuba, memang ternyata sedap!!!! Tek jemu2 saya makan apam nie, bestttttt!!!!!! Kalo ada yang berminat boleh mencuba resepi ini...........


APAM LABU
Resepi : Apam Keledek Kak Ummi
Rujukan : Ita masam manis

Bahan A
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu besar air suam - saya guna air biasa

Bahan B
240 gm labu - dikukus/ rebus - saya kukus
150 gm gula kastor
1 biji telur
150 ml santan pekat

Bahan C : (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder


Cara2nya :
1. Campurkan bahan2 A dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
3. Kemudian campurkan semua bahan2 B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar , sedikit demi sedikit dan kacau rata.
5. Masukkan pula bahan2 A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (tutup mangkuk adunan).
6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan2 kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah jingga masak, anggaran dalam 15 minit. 
7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


jemput makan semua........


memang sedap, rugi kalo tak mencuba