Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 30 September 2016

SEOUL KOREA...............HARI KETIGA

Assalamualaikum

Hari nie, saya sambung lagi perjalanan di Seoul Korea. Hari ke 3 perjalanan, kami menuju ke Kim-chi School & Korean Traditional Costume Han-Bok, Everland Theme Park, National Ginseng Centre, Amethyst Factory dan Dongdaemun Market.

1. Kim-chi School



Ini suasana di depan pintu masuk hotel kami. Selepas bersarapan di hotel, kami check out terus, kemudian kami terus menuju ke sekolah Kimchi untuk belajar bagaimana membuat kimci. Walaupun saya sudah pernah buat sendiri kimci tapi perlu juga tahukan bagaimana cara kimci yang sebenarnya disediakan. 



Bagi yang berminat makan atau nak merasa kimci, muka masing2 memang teruja. Tapi yang tak gemar atau tak nak rasa memang nampaknya terpaksa relalah kan nak join buat kimci. Kalau tengok bahan2 yang disediakan memang banyak yang berlainan dari yang pernah saya buat. Yang saya buat kat rumah, ikut resepi di fb, yang pastinya ikut selera orang Malaysia ler kan yang dah diolah. Kalau yang asli di Korea tak pedas pun dan tak ummmphhh......buat sendiri lg sedap kot hehehe........nanti nak buat lagi tapi tambah buah2an macam resepi asal orang Korea letak.



Ini antara bahan yang digunakan. Nak buat nanti boleh agak2 jer ikut citarasa tekak masing2. Botol yang dia pegang tu bahan perisa, tak isi pun tak apa kot........saya pun tak ingat apa benda tu, mungkin resepi rahsia dia.......


 

Dah puas lumur kobis tu, ini hasil kerja keras tangan saya hehehe........dah siap boleh simpan dalam fridge, tak lama lagi boleh makan. Kimci nie boleh simpan bertahun2. Tapi tak payah simpan lama sangat kot, seminggu jer dah boleh bedal dah cukup sebati. Lagipun saya masak rebus2 jer nanti. Lain ler nak simpan lama, baru boleh makan terus macam sayur jeruk.

2. Korean Traditional Costume Han-Bok



Lepas dah belajar buat kimci dan makan kimci, kita turun tingkat bawah shopping sikit sudu dgn chopstick. Murah je dalam 2 ribu won, kalau kat luar 2 kali ganda rasanya.



Lepas tu turun lagi untuk mencuba pakaian traditional Korea. Haru biru nak pakai, jadi tak menarik sebab bukan saiz masing2. Saiz yang besar dah kena rembat dulu. Pakai je la apa yang tinggal. Posing bukan main banyak lagi tapi kat kamera orang lain, yang dekat kamera bos belum bagi lagi. Yang ada cuma kenangan bersama Mia yang comel nie yang pot pet pot pet hihihi..........comel Mia.....

3. Everland Theme Park


Masa sampai di Everland hujan pulak. Walaupun hujan renyai tapi saya sejuk sampai terketar lutut, tapi tengok orang lain macam steady jer........macam mana nak datang winter macam nie. Nampak gaya macam kena berbungkus sakan ler.......



Banyak tempat yang boleh dilawati dan permainan. Walaupun hujan tapi orang tetap beratur untuk menunggu giliran. Beratur macam ular kena palu je gayanya, memang ramai umat mungkin sebab cuti hujung minggu. Standard la kan di mana2, kalau cuti sekolah memang sesak. Tak banyak yang dapat kami sertai, kekangan waktu. Kalau nak join semua rasanya satu hari belum tentu cukup........



Sampai2 je terus tuju cable car, padahal boleh jer nak jalan kaki hihihi.........Tak banyak gambar saya di sini sebab dalam kesejukan, tangan terketar, jadi posing kat kamera orang je la. Main redah jer kamera sape2. Tak per, harap2 nanti dia orang share kat bos, bos pasing pulak kat kita. Jadi tunggu je la.......



Tempat pertama yang saya tuju adalah Safari sebab tu je yang buka dulu tapi dia punya beratur, Ya Allah....tak tahu berapa lama kami beratur. Masa nie masing2 dah berpecah ikut haluan masing2 mana nak dituju. Dalam safari nie cuma ada singa, harimau, dubuk yang besar dan liger dimana kacukan antara harimau dan singa



Muka tak boleh blah........macam berlagak jer.......tak paling2 langsung muka dia. Statik jer pandang depan, macam hensem hahaha........Suami cakap ni kawan lama dia. Ntah bila masa jadi kawan tak tau ler........Lepas tu dia pernah cakap nak bela sekor huhuhu........gamaknya dia tak tau ke, dia dah bela kat rumah satu hihihi..........Yang liger tak dapat nak snap, masing2 berebut nak ambil. Ada kawan yang dapat kot. Kalau ada nanti saya tepek kat sini.



Pandai beruang2 nie berinteraksi dengan driver bas tu. Dia faham apa oppa tu cakap........dia akan buat aksi atas apa yang oppa suruh. Nampak berdiri dalam gambar kecil jer tapi sebenarnya lebih tinggi dari kami yang duduk dalam bas tu. Bila dia berdiri kat sebelah, rasa meremang bulu tengkuk hehehe.......

Sebelum balik kami sembahyang di sini, berdepan dengan safari. Surau kecil jer terpaksa bergilir2 dengan kaum adam.

4. National Ginseng Centre

Masa di sini tak boleh bergambar jadi tak ada gambar kenangan di sini. Mungkin yang lain dapat kot ambil secara curi2.

5. Amethyst Factory



Antara kebaikan batu nie yang sering diperkatakan ialah mampu menyembuhkan sakit kepala, tekanan darah, insomnia, tekanan serta untuk peredaran darah yang baik. Saya dulu ada beli kat Melaka, warna hijau dan putih tapi dah lama tak pakai takut putus sebab dah longgar. Nak tukar tali asyik lupa jer.......


tapi saya dapat juga lah snap 2 keping dalam kedai, senyap2, konon2 tengah main handphone. Cantik2 cincin kat sini, memang berkenan yang amat. Nasib tak ambil kad suami kalau tidak sretttttt............


 
Nie antara kakak yang berjaya merembat cincin dan seutas rantai. Cantikkan, saya berkenan yang cincin tu tapi tak ada pulus. Dapat tengok orang beli pun cukup ler, dapat tumpang happy......

6. Dongdaemun Market



Sampai di Dongdaemun, kami terus tuju ke kedai souvenir tapi tak ingat kat tingkat berapa. Nama kedai Arirang Souvenir Shop. Memang sepenuh2nya orang kat dalam kedai sampai berlaga2. Saya pula dah rambang mata nak beli sebab duit memang tak bawa banyak. Beli cukup untuk anak2 buah sahaja, itupun orang yang terakhir sekali beratur bayar. Nie jer barang yang dapat saya rembat, tak banyak sebab bajet untuk shopping di Korea dah lari untuk benda lain huhuhu.......



Selepas bershopping perhabiskan rm, kami menuju ke mana tak tau tapi yang saya tahu kami nak tengok persembahan 'fantastic Show" kalau tak silap. Dapat ambil gambar pun dah last persembahan, dilarang..........terhibur dengan persembahan dia orang, mantap..........

Dah habis nonton, kami makan malam di Korean Seafood Restaurant dan terus check in di hotel yang mula2 menginap, L'Art Hotel. Di sini kami bermalam selama 2 malam.













Rabu, 28 September 2016

SEOUL KOREA..........HARI KEDUA

Assalamualaikum

Ok, hari nie kita sambung lagi sembang pasal Korea nie ye hehehe.........untuk simpanan memori di Korea, sebagai kenang2an melawat negara orang. Next time kalau nak pergi sendiri dengan kawan2 dah boleh ler pilih tempat2 menarik yang boleh dijelajahi, itu pun kalau menjadi nak pergi secara backpackers, konon2....... Tapi tak semua tempat ler boleh pergi sebab jauh2 perjalanannya.



Perjalanan hari ke dua kami kali ini adalah ke Nami Island dan Mt. Sorak National Park. Bila sebut Nami Island masing2 dah tersenyum2. Ye la kan, kat situ lah dulu salah satu tempat yang menarik semasa cerita Winter Sonata ditayangkan. Kalau pelancong datang ke Korea memang tak sah kalau tak menyinggah di Nami Island.  

1. Nami Island


Perjalanan untuk ke Nami Island boleh dengan menaiki feri ataupun nak adventure sikit, flying fox. Nak ke pulau pun lebih kurang dalam 10 minit jer tapi untuk tunggu turn tu memang beratur panjang berjela2. Memang ramai sangat2. Nampak tak tu yang buat flying fox memang tak ramai tapi sentiasa ada yang buat aktiviti tu. Memang sentiasa nampak burung terbang melayang depan mata hihihi..........

 

Sampai2 jer nampak laluan pejalan kaki. Kalau masa musim Autmn atau pun winter, mesti cantik laluan nie. Sejuk mata memandang........musim panas pun dah nampak menarik. Kalau ada rezeki nanti nak datang dengan suami pulak, pergi masa musim winter baru nak bermula........mesti best......^__^


Nampak tak bendera mana tu.......^__^......bangga tak? bangga lah kan, bendera negara Malaysia ada di Nami Island huahua........


Yang ini pulak patung ais yang dipakaikan baju kebangsaan..........bukan patung ais betul tau........


 

Ini pulak, tugu peringatan sebagai penghargaan terhadap hero dan heroin cerita Winter Sonata yang menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia suatu masa dahulu. Ini antara kenangan2 terindah winter sonata dan diabadikan di pulau ini. Kat cafe pun banyak juga tapi segan nak snap, malu takut kena tegur hihihi.........

 

Cantik tak lorong di laluan pokok2 nie? Musim summer pun nampak menawan, kalau musim winter mesti sejuk mata memandang, memutih jer sepanjang lorong tu.........alahaiiiiii.......rasa macam nak datang lagi jer. Datang dengan che abang mesti romantik gitu......aummmm!!!! hehehehe........kalau musin autmn pun mesti cantik jugakan.......mmmmmm........


Sudah tiba masa untuk pulang, untuk pergi ke destinasi yang seterusnya.....Mt Sorak. Ramaikan umat manusia........yang datang melancong ke Korea, Nami Island destinasi wajib dikunjungi.......mesti!!!!!

2. Mt Sorak National Park



Memang jauh nak datang ke Mt Sorak nie, dengan sesak lagi nak naik ke atas bukit. Dah sampai di atas, kena tunggu turn pulak untuk naik ke Mount Sorak dengan naik cable car. Nampak tak gambar atas tu, sayup mata memandang begitu juga sayupnye rasa hati saya.........huhuhu.......kuatkan hati kuatkan semangat. Memang dalam mimpi ler naik cable car nie. 

Kat Langkawi pun tak nak naik, sanggup pergi tempat lain cuci2 mata walaupun sorang2. Tapi kat sini terpaksa redah sebab saya nie gayat sikit, mabuk......... Bila fikir dah kena tinggal sorang kat bawah, memang tak ler.......keraskan hati join jer semua orang. Tapi bila dah bergerak ke atas, alahai..........x de apa2 rasa pun cuma rasa gayat jer tapi saya pandangan sehala jer, pandang puncak bukit jer sampai ler dekat hentian cable car.......lega.......hihihi


Pemandangan bawah puncak, sayupppp.........rasa badan melayang2 ke bawah hehehe.......gayat tak hilang2 lagi rupanya.Minta kawan snap gambar cepat2 sebab tak boleh nak tengok lama. Mata pun dok hala ke depan jer, tembus sampai ke Malaysia gamaknya hahaha...........tapi kami tak lama di atas, dah kena turun sebab dah gelap.



Dah duduk dalam bas, saya tidur jer sampai ler ke Korean Seafood Restaurant untuk makan malam. Selepas makan kami check in pula di IIsung Seorak Condominium.Tak sempat nak snap hotel, dah letih sangat2. Ok nanti sambung pulak untuk hari yang seterusnya.