Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Makanan Laut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Laut. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2016

KETAM MASAK MERAH

Assalamualaikum
Salam jumaat buat semua. Menu apa tengahari tadi? Saya cuma masak Ketam Masak Merah, yang mudah2 sajer untuk makan sorangkan.........Ketam nie adik dan pakcik yang bagi masa pergi Sabah hari tu. Dah 3 hari balik dari sabah, dari malam selasa lagi , baru masak hari nie. Tak sempat katakan, bila bercuti lama jadi bila nak start gear semula memang geng 'M' tu rajin ler datang. Letih berjalan2 pun belum hilang lagi bah.........sejuk kat kaki gunung kinabalu masih terasa bah...........

Bila dah lama ketam tak dimasak, jadi dah tak berapa manis, nasib masa kat Kundasang dah main masak2 jadi dah dapat ler rasa ketam yang segar, sedapppp yummmyyy!!!!!........Hari nie saya masak 2 ekor jer untuk saya makan sorang. Suami saya tak berapa nak makan sebab alergik, takut nanti gatal2 badan. Tu yang saya tak beli seafood kat sabah, cuma ehsan dari orang jer baru dapat ngapp........Saya nie memang hantu ketam, memang suka sangat2. Kalau nak makan ketam kena masak kat rumah. Kalau nak makan kat laur suami dah warning tak boleh order sebab nanti saya makan seekor ketam tu jer ambil masa sampai sejam baru boleh habis makan hahaha........lama kan, maunya dia tak hangin. Jadi kalau nak makan ketam, kena ler masak sendiri kat rumah......baru boleh makan dengan tenang........
KETAM MASAK MERAH

2 ekor ketam - cuci bersih, potong dua
serbuk kunyit
garam
sedikit tepung jagung
2 tangkai daun kari

- Lumur kan ketam dengan serbuk kunyit dan garam. 
- Kemudian letak tepung jagung
- Goreng ketam hingga masak. Letak daun kari semasa menggoreng untuk mendapatkan aroma

3 sudu besar cili kisar
1 biji labu bawang besar - hiris
2 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci halia* - * ditumbuk halus
1 batang serai
2 helai daun limau purut

4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
sedikit kicap manis
garam (jika perlu)
gula

- Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar, tumis hingga masak
- Masukkan semua sos dan kicap manis. Letakkan sedikit air dan biarkan mendidih
- Masukkan ketam, daun limau purut, gula dan garam. Kacau sebentar dan angkat.






Jumaat, 23 Mei 2014

UDANG GORENG TELUR MASIN

Assalamualaikum


Salam Jumaat buat semua Muslimin dan Muslimat. Apa menu makan tengahari nie? Saya masak untuk hari nie simple jer, satu lauk dah cukup untuk makan seorang sebab suami tak balik makan tengahari. Masak Udang Goreng Telur Masin......serius cakap memang sedap lauk nie. Sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji hahahaha.....boleh gitu.....tapi betul memang sedap. Saya selalu kalau makan kat Restoran Cina Muslim, memang menu nie akan saya order. Bila dah selalu makan, jadi kita pun dah jatuh cinta.......apa lagi masak ler sendiri bagi makan puas2.

Saya masak pun tak banyak, cukup untuk sekali hadap makan sambil gatah2 yang lebihnya. Memang tak cukup nasi, bertambah saya makan hehehe..........Saya memang dah selalu masak lauk nie cuma baru hari nie nak buat n3. Adik2 saya semua suka lauk nie, sedap katanya.............tak pe nanti kita berkumpul lagi ramai2 kita masak lauk nie ye......


Ada tak yang meleleh ayoq lioq tengok nie.......hehehe.....Saya makan pun rasa tak puas, terasa lemak manis masinnya, ditambah dengan cili api memang terangkat2 punggung makan hahaha......Ada tak kawan2 yang nak kan resepi nie. Senang je nak membuatnya, bahan pun campak2 je.......cepat, mudah dan sedapppppp!!!!! Moh tengok resepinya........


UDANG GORENG TELUR MASIN

Bahan2
10 ekor udang - sederhana besar
2 biji telur masin - direbus dan ambil kuning telur dan sedikit putih - hancurkan kasar
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 tangkai daun kari
1 inci halia - hiris halus
Garam
Serbuk kunyit
Butter

Cara2
1. Lumurkan udang dengan garam dan serbuk kunyit
2. Panaskan butter dan goreng udang. Goreng sekejap sahaja. Angkat.
3. Kemudian tumis bawang putih, halia dan daun kunyit hingga naik bau.
4. Masukkan susu dan cili padi hingga kuah mendidih. Masukkan telur dan udang, kacau rata. Angkat.





Ahad, 30 Disember 2012

SIPUT SEDUT BEREMPAH

Assalamualaikum

Siput Sedut Berempah......masak minggu lepas resepi adik saya Roziyah tapi baru hari ini berkesempatan nak buat n3, ye lakan asyik buat n3 kek2 tempahan hari tu atas permintaan kawan2 yang nak saya poskan resepi kek2 tu juga. Harap2 dia orang puas hati. 


Memang sedap resepi campak2 adik saya nie. Kalau masak pedas2 lagi sedap giler tapi hari tu mak tak bagi masak pedas2. Jadi tak berapa nak kick la.....kalau kawan2 nak masak buat pedas2 tau baru boleh terjungit mulut tu hihi.....

Nak masak pun mudah je, kejap dah siap. Kira nie makanan emergency juga lah. Saya lagi suka kalau gatah2 macam tu jer. Dia punya rasa lebih kurang macam makan kat kedai Ikan Bakar Sri Duyung Melaka tapi kat situ dia letak cili api. Giler meroyan kalau makan, pedas gilerrrrrrr!!!!!!! Kawan2 boleh cuba ye resepi nie.....




SIPUT SEDUT BEREMPAH
Resepi : Roziyah Mad Sidek

Bahan2 :
1 kg siput sedut
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah cili api jika suka pedas
3 biji bawang besar* 
4 biji bawang putih*
2 inci halia* 
3 batang serai* 
3 biji buah keras* (* dikisar)
2 helai daun kunyit
Garam 
Kicap

Bahan2 rempah :
2 sudu besar lada hitam- dikisar
1 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk kunyit 

Cara2 :
1. Tumis bahan2 kisar sehingga garing. 
2. Masukkan cili, goreng hingga naik minyak. Masukkan bahan2 rempah dan tumis hingga masak.
3. Masukkan siput sedut dan kacau hingga rata. Masukkan kicap , garam dan air.......biarkan sehingga siput masak dan kuah sedikit pekat. Angkat.


SELAMAT MENCUBA 





Sabtu, 17 November 2012

SEAFOOD TOMYAM

Assalamualaikum..........

Makan malam saya malam ini hanyalah Tomyam Seafood. Bukan sebab nak berdiet tapi sebab memang dah lama nak meratah2 tomyam seafood nie. Dah puas meratah2, lebihan kuahnya cicah pulak dengan roti gardenia.......memang ngam ler....




SEAFOOD TOMYAM

Bahan2:
1 ekor ketam - potong 2
5 ekor udang
5 ekor sotong
2 batang serai - dititik
10 biji cili api - dititik
2 ulas bawang putih - dititik
2 biji tomato - blend
3 helai daun limau
2 sudu besar pes tomyam
seketul lengkuas
1 biji bawang besar - potong 8
1 batang Daun Saderi
Bunga kobis
1 biji carrot
1 biji tomato - potong 4
3 biji limau nipis - ambil jusnya
Air
Gula
Garam

Cara2 :
1. Masukkan air, cili api, tomato blend, serai, bawang putih, pes tomyam, lengkuas, garam, gula dan daun limau. Masak hingga mendidih.
2. Setelah itu masukkan ketam, daun saderi, bawang besar, bunga kobis, tomato dan carrot, biar kuah didih seketika. Kemudian masukkan udang dan sotong.
3. Setelah sotong dan udang masak, masukkan air perahan limau nipis. Hidangkan







Sabtu, 2 Jun 2012

STEAMBOT

Assalamualaikum........

Selamat petang semua.......Dah masak untuk makan petang? Apa menu makan tengahari hari nie? Saya tak masak tengahari cuma buat steambot simple sahaja hari ini atas permintaan che abang le.....

Bagus juga kan sebab pagi tadi dah sarap nasi lemak dengan sambal sotong dan paru berlada. Jadi untuk makan tengahari, cukup sekadar makan steambot saje. Untuk minum petang saya baru buat keria......macam biasa lah saya memang hantu keria...hari2 pun tak pe...hihihi


STEAMBOT

Bahan2 Kuah Tomyam :
1 ekor rangka ayam - potong kecil2
1 biji bawang besar - potong 6
2 biji tomato - potong 4
2 batang serai - titik
2 ulas bawang putih - titik kasar
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi - titik kasar
3 sudu besar pes tomyam
1 batang celery - potong kecil2
Air
Garam

- Masuk semua bahan dalam periuk kecuali tomato & celery, masak hingga mendidih. 
- Selepas itu baru masukkan sotong, udang, tomato dan celery. Kemudian masukkan bahan2 sampingan yang disediakan.


Ini antara bahan2 sampingan yang saya sediakan. Masukkan aja semua tu...kasi leburrrrr...lepas tu ngap2...kasi habisss. Kalau nak tambah, boleh tambah salad, lobak, fish ball...apa2 spesis ball pun belasah...ikut selera. Saya tak letak banyak bahan sebab nanti tak boleh nak habiskan....berdua sahaja kan....

Sos Steambot 

Bahan2 :
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar*
segenggam udang kering* (*tumbuk halus)
1 sudu besar limau nipis - pilihan (ada org letak jus oren, lagi sedap kot)
Gula
Garam
Minyak

- Tumis bahan tumbuk dan cili. Setelah cili masak masukkan garam, gula dan air limau. Untuk sos nie saya masak pekat sikit.


    


   

   





Isnin, 14 Mei 2012

SOTONG MASAM MANIS

Assalamualaikum.......

Selamat malam semua. Dah makan malam ke? Saya hari nie puasa jadi masak yang ringkas sahaja sebab tak ada selera nak makan. Mungkin sebab penangan makan banana smoothie semalam kot. Sahur pun pagi tadi dengan segelas banana smoothie lagi, tu yang rasa kenyang jer memanjang, walaupun kadang2 rasa nak pitam....lapo kot!!.

Jadi berbuka malam nie sekadar buat Sotong Masam Manis sahaja dengan ikan kering kurau. Jadi lah kan dari masak banyak2 nanti tak habis pula. Sudah le che abang pergi kursus, dah tentu tak ada sapa2 nak habiskan lauk. Makan sekadar jamah2 saja.


SOTONG MASAM MANIS

Bahan2 :
3 ekor sotong sederhana besar
1 biji bawang besar - potong 8
1 biji timato - potong 6
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
4 biji cili padi
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar soso tiram
1 sudu besar sos ikan
2 keping daun limau 
Air
Gula
Garam

Bahan2 Tumis :
3 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 batang serai - titik
1 inci halia - titik

Cara2 :
1. Potong sotong kasar2, cuci dan bersihkan.
2. Tumis bahan tumis hingga naik bau wangi. Masuk pula sotong, cili hijau, cili merah, cili padi, daun limau, semua jenis sos, gula dan air.
3. Setelah kuah sedikit pekat masukkan bawang besar dan tomato. Kacau sebentar dan angkat .





Jumaat, 20 Januari 2012

SAMBAL SOTONG

Assalamualaikum.......

Sebelum saya melakukan n3 saya nak bagitau, petang tadi saya dapat berita dari kawan tempat kerja lama dimana penyanyi Khirul Izwan Pilus telah meninggal dunia lebih kurang dalam jam 6.15 petang kerana jangkitan kuman (dari cerita lain ada yang menyatakan mungkin kena kencing tikus). Mari kita bersama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah agar rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang Berimann. Kakak Izwan adalah teman sekerja saya di tempat lama dulu....


Alhamdulillah.....saya baru balik dari rumah mak. Rumah mak tengah renovation, dalam 20% lagi nak siap, tu yang jadi tunggang langgang. Semak samun, nak duduk pun tak tahu nak dok mana, banyak bebenor barang2nya. Masak pun bersila..hehehe, kelakar la pulak sambil memasak sambil bergosip2...hehehe.....

Oklah, berbalik pada n3 saya hari ini adalah Sambal Sotong. Saya suka sambal sotong, suka sangat2...hari2 pun tak kisah. Tapi tak boleh makan selalu tau takut nanti benda yang tak diundang datang...hehehe....Resepi saya masak biasa2 jer. Ingat malas nak n3 tapi Tak pe la nanti kalau Che Abang nak masak senang dia nak rujuk. Jom......
SAMBAL SOTONG

Bahan-bahan :
10 ekor sotong - sederhana besar, kelar2 badan sotong
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah*
1 inci belacan* (ditumbuk lumat)
1 biji bawang besar- hiris bulat
Air asam jawa secukupnya
Garam
Gula

Cara2nya :
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk halus. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak. Masukkan garam dan gula secukupnya .
2. Setelah cili masak, masukkan air asam jawa dan biar mendidih .
3. Setelah kuah mendidih dan sedikit pekat masukkan sotong dan kacau rata. Selepas itu masuk bawang besar hiris dan tutup api. 


Ahad, 27 November 2011

UDANG MASAK LEMAK NENAS

Assalamualaikum.....
Menu apa hari nie....saya masak simple jer sebab nak pergi jemputan orang bersunat.....maklumlah musim cuti sekolah jadi banyaklah jemputan...kenduri kesyukuran, kahwin, bersunat, qiqah ...dan banyak lagi la...tiap2 minggu dok 'makan freee' jer...hihihi....jadi hari nie masak udang lemak nenas dan tulang ikan masin (ikan merah). Jom.....


UDANG MASAK LEMAK NENAS

Bahan-bahan :
15 ekor udang sederhana besar
1 biji nenas jepun (hiris kasar)
2 sb bawang merah kisar
1 sb bawang putih kisar
3 sb cili kisar
santan kara (secukupnya)
air (secukupnya)
sedikit garam
sedikit gula
2 asam keping (untuk rasa masam yang lemak2 gitu - x letak pun tak pe)

cara-cara :
1. Campurkan semua bahan (kecuali udang) dan masak hingga mendidih .
2. Masukkan udang dan didihkan hingga udang masak dan rasa.


* Goreng tulang ikan masin dan goreng hirisan bawang besar. Hidangkan.