Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet. Papar semua catatan

Khamis, 5 Februari 2015

DETOX WATER

Assalamualaikum

Selamat malam Malaysia, Melaka dan Perak yang jauh nun di sana. Orang Perak dah makan ke belum? Menu apa agaknya ye? Mesti sedap menu mak mertua......makan sambil pejam mata hehehe.......Anak2 mak di sini tak makan, cuci mata jer tengok menu2 orang malam nie........on diet gamaknya, InsyaAllah........(sebenarnya dah makan roti nan petang tadi, kenyang lagi hehehe......)

Bercakap pasal diet nie, saya ada terbaca kat fb kawan saya post pasal Detox Water. Apa Detox Water tu? Saya memang failed tak tau apa2. Katanya banyak kebaikan meminum Detox Water. Saya memang tak pernah dengar, tapi bila tengok ramai yang komen, terpanggil pulak untuk mencuba. Bila saya google, barulah saya nampak betapa banyaknya kelebihan yang kita dapat dengan mengamalkan Detox Water nie. 


Kelebihannya, bergantung pada jenis air yang kita minum dari bahan2 yang kita buat. Ada juga diterangkan kegunaan dan khasiat2nya bagi sebarang penyakit. Saya buat 2 jug Detox Water, satu untuk saya dan satu lagi untuk suami. Untuk saya, saya buat campuran buah strawberry, oren dan lime. Katanya bagus sebab starwberry penuh dengan anti- oksidan dan limau bagus untuk anti-penuaan. Sementara suami saya punya, campuran oren, halia, lemon dan serai. Katanya bagus untuk magrain. 


Bagi mereka yang menghadapi sebarang masalah badan, boleh mencuba. Apa2 bahan yang nak dicampur terpulang pada keinginan masing2. Tapi saya suka juga cara begini, sekurang2nya dapat menggalakkan saya untuk lebih banyak minum air. Kadang2 kerana terlalu leka bekerja, saya lupa untuk minum dan saya juga jarang mengambil buah2an. Bila ada cara begini, saya lebih berdisiplin untuk lebih kerap minum air. Kadang2 beli buah tapi terbiar sajer tak makan. Silap2 tak berusik pun. Lepas nie bila rasa malas nak makan buah, kita potong2, campur2kan........jadikan Detox Water. Walaupun rasanya mungkin tidak seperti yang kita harapkan tapi demi kesihatan badan, apa salahnya kita mencubakan.........tak rugi pun.


Satu untuk awak, satu untuk saya........dan hasilnya........pasti tidak sama kerana badan berbeza2. Mungkin untuk pertama kali tidak nampak hasilnya tetapi kalau diamalkan tidak mustahil ia amat2 memberi kesan yang mendalam. Jom kita sama2 amalkan cara hidup yang sihat.......






Rabu, 19 November 2014

SARAPAN NASI LEMAK, SIHAT KE?

Assalamualaikum

Dah agak lama juga saya tak berkongsi cerita pasal kesihatan di sini. Saya pun dah semakin lama meninggalkan amalan2 sihat nie. Kalau sebelum nie memang saya amalkan diet2 yang disyorkan oleh doktor ataupun tip2 dari Kelvin sendiri. Tapi sekarang nie saya semakin jauh pulak, tu yang badan rasa macam dah tak muat jer nak pakai baju tapi bila timbang naik hanya 1 kg saje........Musykil betul dah sekarang nie!!!!!!!!


(dari google)

Saya rasa terpanggil hari nie untuk berkongsi mengenai tabiat pemakanan iaitu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Apalagi kalau bukan nasi lemak dan teh tarik. Semalam, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dengar radio sinar, mereka membincangkan tentang makan nasi lemak dan teh tarik. Majoriti pemanggil sinar akan menyebut nasi lemak sebagai makanan pilihan. Banyak juga yang memberi pandangan dan nasihat mengenainya. Saya juga antara seorang penggemar nasi lemak lebih2 lagi nasi lemak berlauk. Memang tak dapat nak dinafikan akan kesedapannya. Kalau sebelum ini saya memang memilih apa yang saya akan makan tetapi semenjak kebelakangan ini, bila rehat di opis pilihan saya pagi2 nasi lemak atau bihun sup. Itu sahaja yang selalu saya dok hadap, sebab tak ada pilihan kot hehehe.......

Kelvin ada memberi tip makan nasi lemak secara sihat. Boleh tengok di sini. Kalau tengok dari jadual kelvin tu memang tinggi kalori yang saya ambil . Saya memang tak suka teh tarik tapi kalori untuk nasi lemak sahaja tetap juga tinggi, bertambah2 pulak dengan set yang lengkap dan berlauk lagi. Makan nasi lemak sahaja pun dah tinggi, macam mana tu? Jadi lepas ini nasi kena ambil separuh ataupun makan nasi putih sahaja seperti cadangan kelvin. Kalau nak selamat beli nasi lemak bungkus, sah2 ler memang sedikit sahaja kandungannya. Kalau nak selamat makan setahun sekali............boleh ke???????? hihihihi

Kalau ikut tip kelvin, masih juga tinggi tapi kita boleh kurangkan, ambil sahaja set nasi lemak yang perlu (tanpa berlauk la!!!) . Makan nasi lemak dengan sambal pun dah ok rasanya.......Tepuk dada tanya selera. Apa2 pun yang kita makan pastikan ianya sihat untuk tubuh badan. Semoga hidup kita tetap sihat dan ceria selalu.......yang penting senyummmmm!!!!!


Khamis, 17 Julai 2014

MAKANAN YANG TIDAK MENGGEMUKKAN

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana hari ini sudah masuk hari yang ke 20 Ramadan bagi tahun ini. Syukur sangat2 di beri kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah ini. Semoga kita akan dapat melaksanakannnya hingga ke akhir Ramadan.....AMINNNNNNN.....


Bagaimana dengan menu berbuka tadi? Pasti mewah2kan makanan yang terhidang. Saya di akhir2 Ramadan nie biasanya dah susah nak telan nasi melainkan lauk2 yang ada tu memang kegemaran saya. Sekarang nie balik kerja dah tak sempat nak masak, suami beli jer. Dia pun dah tak lalu nak tengok makanan kat Bazaar Ramadan. Bukan dah jemu tapi selera dah berkurangan, cuma minum jer yang macam2 tak cukup 2 jenis, kadang2 tu sampai 5 jenis air hehehe..........

Ok, kita tutup kisah makanan berbuka. Kita terus kepada tajuk utama yang nak dikongsikan iaitu mengenai Makanan Yang Tidak Menggemukkan. Kalau sebelum ini saya ada buat n3 mengenai Makanan Yang Menggemukkan tapi malam ini saya ingin kongsi pula pengetahuan tentang Makanan Yang Tidak Menggemukkan . Pasti semua orang sudah sedia tahu apa makanan yang tidak menggemukkan tapi saya nak juga kongsikan di sini untuk rujukan saya sendiri dan juga kawan2. 

Seperti biasa rujukan saya semestinya di blog Kelvin. Beliau memberi 5 contoh makanan yang tidak menggemukkan. Tapi menurutnya walaupun ia bagus untuk diet tetapi jika diambil berlebihan akan menyebabkan kegemukan. Jadi, bagi mereka yang betul2 ingin menguruskan berat badan, saya rasa kena berhati2 dengan pengambilan bijirin dan juga makanan yang lain. Jom kita tengok apa 5 perkara tersebut................(gambar pakcik google)


1. Bijirin Oats 

Oats seperti yang kita sedia maklum, adalah bijirin yang popular dan mudah diperolehi dalam bentuk cereal, bubur, biskut dan sebagainya. Ia mengandungi serat dan juga karbohidrat. Bagi bijirin dalam bentuk cereal mahupun snek pula ia mengandungi gula. Jadi kalau makan cereal setiap hari pagi dan petang, jangan marah kalau berat badan tak turun. Ini belum masuk lagi snek bijirin yang kita makan tak kira waktu. Bermacam2 bahan lagi yang kita tak tahu isi kandungannya. 


Ingatkan makan bijirin tu boleh menurunkan berat badan, rupanya2 merugikan silap2 boleh kena kencing manis pulak kalau kita tidak kawal pengambilannya. Lepas nie kena betul2 faham apa kandungan2 yang terdapat dalam makanan kita. Kalau boleh lepas nie kena ambil bijirin yang original bukan yang telah diolah macam cereal atau roti bijirin dalam diet kita.

2. Buah Kurma


Buah kurma biasanya kita makan ketika kita ingin berbuka puasa dan juga diwaktu bersahur. Pengambilan juga sama seperti bijirin kerana ia penuh dengan serat. Ia juga mengandungi berbagai khasiat dan vitamin untuk kesihatan. Sama juga seperti bijirin, jika pengambilan kurma yang berlebihan boleh mengakibatkan kegemukkan. 

Saya juga pernah baca, terdapat juga berbagai jenis buah yang perlu dielakkan ketika berdiet dan juga buah yang boleh diambil semasa diet. Antara buah yang perlu dielakkan ialah pisang, mangga, durian dan nenas kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi . Sementara itu buah kiwi dan lemon mengandungi kandungan gula yang rendah. Pisang........saya hantu pisang, macam mana nie........nanti difikirkan!!!!

3. Minyak Zaitun

Seperti yang kita selalu diberitahu, minyak zaitun adalah minyak yang sihat. Ia dikatakan dapat membantu mengawal kolesterol di dalam badan, mencegah penyakit barah, meningkatkan metabolisma dan juga membantu kawalan insulin. Walau bagaimanapun pengambilannya juga harus dikawal kerana ia juga berkalori.

4. Diet Coke / Coke Light


Minuman Diet? Serius......saya memang tak tahu kewujudan minuman ini sebab saya memang tak minat coke dan lagipun saya tak berapa gemar air bergas. Bagi penggemar coke tentu pernah minum air nie. Ia dikatakan tidak mengandungi gula tetapi diganti dengan pemanis tiruan.......macam mana tu? Tetapi ada yang menyatakan bahan pemanis itu memberi kesan negatif pada jangka masa panjang pada kesihatan kita. Hanya mereka yang pakar sahaja yang tahu, namanya pun dah pemanis.......apa2 je la janji saya tak suka, selamatttttt......

5. Sayur-sayuran


Memakan sayur-sayuran ketika berdiet amat2 lah digalakkan kerana ia mengandungi serat yang tinggi, terdapat juga pelbagai vitamin di dalamnya. Sayur menggemukkan? dah tentu lah tidak, tiada kawalan ketika memakan sayur. Berapa banyak pun kuantiti yang kita ambil, ia lebih memberi kebaikan pada kesihatan kita. Lebih2 lagi jika sayur itu dibuat ulam, bukan sahaja ia segar tetapi khasiatnya dapat terus dikekalkan. 

Oleh kerana sayur mengandungi kalori yang rendah, pemgambilan diet yang lain juga perlu untuk memperolehi tenaga bagi melakukan sebarang kerja. SELAMAT BERDIET.............





Sabtu, 12 Julai 2014

MAKANAN YANG MENGGEMUKKAN

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana sudah 14 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga kita mendapat puasa yang Mabrur dan ganjaran pahala dari Allah SWT. Perbanyakkanlah amalan2 di bulan Mulia ini, Insya Allah kita akan mencapai ketaqwaan dan keredhaan Allah SWT. 


Hari ini saya ingin berkongsi satu ilmu mengenai makanan yang menggemukkan. Saya dapat info ini dari blog KevinZahri yang sentiasa menjadi rujukan saya. Seorang Cikgu Fitness Malaysia. Saya rasa semua orang kenal kot dengan Kevin, seorang yang telah berjaya membentuk beribu2 orang rakyat Malaysia yang menghadapi masalah berat badan mahupun mereka yang menghadapi masalah diet yang tidak seimbang. Begitu banyak program bagi menurunkan berat badan yang beliau anjurkan untuk melahirkan rakyat Malaysia agar dapat hidup secara sihat. Tak rugi pun untuk ikut tips dan nasihat dari Kevin. Kalau berminat nak tahu boleh ke Blog Kevin, macam2 info dia bagi untuk manfaat kita bersama. Maklumat yang saya nak kongsi ini juga dari blog beliau, sekadar untuk perkongsian kita semua. 

Ok lah, kita pergi kepada tajuk utama kita iaitu mengenai Makanan Yang Menggemukkan. Negara kita memang terkenal dengan berbagai variasi makanan dengan berbagai kaum yang ada. Semua makanan tu antaranya memang dah menjadi makanan seharian kita, maklum ler lidah orang Malaysia lebih2 lagi yang lidahnya, tekaknya tak tolak apa2 pun....bedal semahunya hihihi........Ada banyak makanan yang menggemukkan tapi Kelvin senaraikan 10 makanan yang paling menggemukkan yang telah dikongsi dan ada antaranya yang memang saya tak berapa gemar jadi dah selamat sikit kat situkan......

Mari kita lihat paparan berkaitan Makanan Yang Menggemukkan. Ada 10 makanan yang paling menggemukkan, antaranya : (gambar dari google)

1. Roti Canai


2. Nasi Lemak


3. Fast Food


4. Local Fast Food a.k.a Mamak - bagi Kelvin Local Food di Malaysia adalah Kedai Mamak, tak pasti pulak saya. Mungkin kandungan dalam masakan mamak kot.......

5. Donut


6. Pisang Goreng


7. Minuman Bergula


8. Teh Tarik


9. Kuih Muih


10. Nasi


Amacam!!! Tergoda tak!!!!!......Mesti lah tergodakan kalau dah memang makanan kita seharian. Jadi mulai saat ini kita kena memilih sedikit apa yang perlu kita makan dan yang perlu kita kurang atau kita jauhi terus. Kalau ikut dari senarai nie, ada antaranya yang saya memang tak berapa gemar seperti no 3, 4, 7, dan 8. Kiranya saya dah selamat 4 perkara. Yang no 1, 2 dan 6 saya suka tapi saya kurangkan pengambilan tapi no 6 memang saya susah sikit nak elak, hari2 saya mahu bedal kadang2, Rasa macam ketagih pulak kalau tak dapat makan pisang goreng atau yang berkaitan dengan pisang.........:(

Tak pe, semua tu kita mulakan dengan perlahan2, lama2 nanti pasti kita dah biasa. Semoga kita berjaya merealisasikan impian kita untuk hidup secara sihat. SEMOGA KITA BERJAYA!!!!!!!










Rabu, 11 Disember 2013

MAKANAN TIDAK SIHAT SEBENARNYA SIHAT??????????

Assalamualaikum

564464-Food-1371496722-698-640x480

Makanan tidak sihat tetapi sebenarnya sihat? Pelik nie, pelik ke? Tapi kita kena tahu juga apa yang dimaksudkan dengan makanan yang kita panggil tidak sihat tapi sebenarnya makanan yang kita makan tu sihat. Nanti saya kongsikan sumber dari apa yang saya baca dan apa yang diperkatakan oleh Kelvin . Pada saya , semua makanan yang kita makan adalah baik tapi jika mengambil di dalam kuantiti yang banyak, ia akan menyumbang kepada sesuatu yang kurang baik. Berdasarkan apa yang saya faham, jika kita melakukan sesuatu kerja memerlukan tenaga yang banyak jadi perlu ler mengambil makanan yang mengandungi kabohidrat tinggi bagi ditukarkan kepada tenaga tapi kalau makan makanan yang mengandungi kabohidrat tinggi tapi kerja setakat mengadap komputer, tenaga itu akan ditukarkan menjadi lemak. Betul tak!!!!!!!! hihihihihi..........kalau salah betulkan ye......

Sebelum ini saya ada juga buat n3 pasal makanan yang perlu dielakkan ketika berdiet. Tapi n3 saya kali ini seakan2 sama tapi lebih kepada bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan diri. Memang amat2 berguna info ini bagi mereka yang menitik beratkan kesihatan diri. Kata orang mencegah itu lebih baik dari merawat tapi kalau dah kena itu kuasa Allah SWT yang mahu menguji umatNya, memang kita tak boleh nak elaklah.........tapi sekurang2nya kita telah pun berusaha ke arah kebaikan. Sama2lah kita berdoa untuk kebaikan diri kita dan orang sekeliling kita....AMINNNNNN!!!!!

Berbalik semula kepada n3 saya kali ini, apa yang mampu saya terapkan di dalam diri saya, makanlah mengikut keperluan dan kemampuan badan kita. Sudah pasti hasilnya dengan izin ALLAH SWT akan menjadi lebih baik..........jom kita baca :


1. KEJU :

Keju tinggi dengan kalori dan lemak? Benar, akan tetapi terdapat juga kelebihan disebaliknya. Pastikan kita membicarakan mengenai keju yang berkualiti tinggi. Pengambilan produk tenusu dalam pemakanan seharian dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan kencing manis. Ia juga boleh membantu proses diet kerana ia tinggi dalam protein dan sumber kalsium yang baik.


2. KOPI :

Kopi adalah sumber tenaga yang baik tetapi hadkan pengambilannya dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan pengambilan gula berlebihan dan tidak mencampurkan dengan susu pekat manis. Amalkan minum kopi kosong yang mengandungi berbagai kelebihan yang kita tidak ketahui. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan dan fungsi kognitif umum. Ia juga boleh membantu membakar lemak dengan merangsang sistem saraf pusat anda dan meningkatkan metabolisme. 


3. DURIAN :

Buah yang tinggi lemak dan tinggi dengan kalori ? Benar, tetapi pengambilan yang tidak melebihi kalori harian bukanlah penyebab untuk kita terlepas dari mendapat kebaikan Raja buah ini. Durian tinggi dengan nilai seratnya. Ia mengandungi vitamin C & B6 serta folat. Juga tinggi dengan pottassium dimana dapat membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.


4. TIRAM :

Tiram tinggi dengan sumber zinc, di mana ia merupakan sumber mineral penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon seks. Selain itu, ia tinggi sumber protein tanpa lemak, tinggi dengan Omega 3, magnesium dan Vitamin E dimana dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral yang dapat menghalang tumor daripada membentuk dalam tempoh masa yang panjang.


5. DAGING MERAH :

Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Kajian di Jepun mendapati bahawa lemak yang tepu mereka makan, lebih rendah risiko strok. Selain itu, daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.

6. GHEE :

Sesetengah kajian mengatakan penggunaan ghee yang berlebihan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan tersebut, elak dari berlebihan penggunaan. Dari segi Ayurveda, minyak ghee dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan daya ingatan. Ia penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Ia mengandungi asid linoleik conjugated (PTK) iaitu asid lemak antioksidan yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan.


7. HATI LEMBU :

Organ dalaman sememangnya tidak digalakkan untuk diamalkan. Akan tetapi, hati lembu juga terdapat kelebihannya walaubagaimanapun, hadkan pengambilan agar tidak berlebihan. Hati lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc, vitamin B12 dan A. Ia adalah sumber protein yang baik. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit berbahaya. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan dan mengoptimumkan sistem imun anda.


8. KENTANG :

Sumber karbohidrat ini selalunya dielakkan pengambilannya oleh mereka yang diet. Benar, kentang tinggi dengan karbohidratnya. Akan tetapi, jika anda sudah mengira jumlah pengambilan karbohidrat harian anda, anda harus mengambil sumber tersebut daripada kentang. Jika anda ingin mengurangkan berat badan, makan makanan yang rendah Indeks Glisemik (GI). Kentang dikenalpasti sebagai tinggi dalam GI. Tetapi, kajian yang dijalankan, tahap GI kentang berbeza dari segi penyediaannya. Gi kentang lebih rendah apabila dimakan sedikit sejuk daripada panas dan apabila direbus dan dimakan keseluruhan dan bukan dilenyekkan. 


9. SOS TOMATO :

Pasti ramai yang mengetahui, sos adalah bahan proses yang tinggi kandungan gula dan garam. Pastikan anda menggunakan sos tomato yang berkualiti tinggi. Bahan utama penyediaan sos adalah sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS). Ia merupakan pemanis yang murah dan mudah didapati yang boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan obesiti. Untuk mengelakkan pengambilan HFCS yang tinggi, sos tomato Heinz adalah sos yang kurang guna HFCS. Kelebihan memakan sos ini, dimana ia mengandungi lycopene yang merupakan antioksidan yang 100 kali lebih berkuasa daripada vitamin E. Ia berguna untuk merawat penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis, osteoporosis dan kemandulan lelaki.


10. DAUN GANDUM :

Selain bau yang kurang menyenangkan, daun gandum ini amat pahit dan kurang enak. Tetapi, khasiat yang terdapat pada daun ini sangat berguna kerana ia mengandungi klorofil yang dapat mengurangkan kadar kanser kolon dan ia juga boleh menjadi terapeutik untuk ulser kolitis.

kalau memerlukan info yang lebih baik, boleh tengok di sini