Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Makan-makan...... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan-makan...... Papar semua catatan

Sabtu, 26 Mac 2016

LANJUT GOLDEN BEACH & GOLF RESORT

Assalamualaikum 
https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/12321322_566414970175629_3029185186798260561_n.jpg?oh=84d70f384bff294693eb91b91c565157&oe=5781E5F6
Family Day ILP Ledang pada tahun ini, kami berjimba di Lanjut Golden Beach & Golf Resort........terletak di Rompin, Pahang. 
Minta maaf ler, gambar depan resort tak dapat nak ambil. Masa tu dah letih sangat walaupun dok sebelah jadi mem......mata pejam celik pejam celik tapi tetap penat hehehe.........Ini bilik kami, villa 1. Kami berdua jer tapi dapat duduk bilik besar gini, memang rezeki kami la. Cantik bilik nie, luas sangat. Kalau datang dengan keluarga yang ramai pun tak de hal punya. Bilik pun boleh berhubung dengan bilik sebelah, ada pintu tapi jangan ler buka nanti orang lain skodeng plak hahaha........
Ini bilik kami yang mengadap ke laut tapi lautnya nun jauh di sana. Bila malam selepas dinner, ingatkan nak jalan2 di tepi pantai tapi gelap yang amat sebab lampu resort jauh dari pantai. Jadi terlepas hajat untuk berdating ditepian pantai. Dapat ler perhati dari anjung bilik jer......tapi tak apa, boleh lepak2 kat belakang bilik sambil hirup udara pantai yang sojuk amat......
 https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xaf1/v/t1.0-9/12919649_566411853509274_578698875919225814_n.jpg?oh=d6e307335ecef1588828f610c4e3fcfd&oe=57954AC2
 https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xlp1/v/t1.0-9/12923108_566411916842601_1424624298860890059_n.jpg?oh=8b3f84e8077dcaa28a9044fd1b826a33&oe=57817BBC
 https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xat1/v/t1.0-9/12924473_566411740175952_6522429358441026494_n.jpg?oh=05bf1e95ca6d630cebb05b7a3395e992&oe=5779927E
Ini antara aktiviti2 yang dijalankan sepanjang family day yang berlangsung selama 2 hari. Saya malas nak turut serta, letih badan........suami pun tak keluar bilik, berehat jer kat villa. Bagus semua dia orang nie, sporting habis. Bukan sahaja anak2 yang setia menanti untuk games dia orang, mak2 bapak2 pun dok tak sabar nak join sama. Sekadar untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada.
Semasa perjalanan untuk hampir sampai ke resort, kami singgah makan dulu di kedai makan udang galah yang dikenali ramai. Kedainya betul2 dekat simpang tiga untuk ke arah resort. Orang tak berapa ramai lagi masa kami datang sebab baru lepas habis sembahyang jumaat. Kami tak tunggu lama, keluar je masjid terus tuju ke kedai nak makan.Tak lama lepas tu, memang ramai ler yang datang, tak putus2 orang datang makan udang galah. Saya tak makan, suami saya jer yang tak sabo2 nk ngap..........saya dah jemua makan udang kat rumah mak, makan sampai nak termuntah2 tapi bukan udang galah ler hihihi.......
Tu dia, besaq punya udang.......ambil sekor je tak boleh lebih2 sebab suami saya kalau makan lebih2 takut gatal2 plak.......jadi berjaga2.........gatal rm hehehe.......tak puas katanya jadi hari nie masa nak balik nanti dia nak makan lagi kat tempat yang sama. Makan je la bang, kat Melaka tak jumpa nanti walaupun ada je orang jual udang galah kat melaka tu. 
Ini hadiah cabutan bertuah yang saya dapat malam tu. Memang kebetulan saya tak ada maker nie, kira lepas nie dah tak payah beli ler......cuma nak memulakan operasi tu tak tahu ler bila akan bermula......lepas nie kena lah cari resepi waffle yang sedap2.......







Selasa, 1 September 2015

MEE BANDUNG UDANG GALAH.......SEDAP KE?

Assalamualaikum
 
Mee Bandung Udang Galah, sedap ke? Ikut selera masing2 ler kn......ada yang suka dan ada yang tak gemar. Kedai yang saya makan nie di Taman Krubong Perdana, Melaka. Kalau ada yang berminat nak mencuba, boleh la datang ke taman perumahan nie. Jalan dari bandar melaka menghala ke Alor Gajah mengikut jalan krubong. Kedainya betul2 tepi jalan sebelah kanan, memang tak susah nak cari.
 
Saya datang petang, jadi memang tak ramai orang yang menjamu selera. Bila malam, orang semakin ramai dan meja akan ditambah di bahagian parking kereta. Seronok pulak tengok orang datang ramai2, sedap ke? Suami saya yang teringin nak makan mee bandung udang galah. Kalau saya ikut selera jer nak makan apa. Memang dia dah lama nak merasa. Nak pergi yang dekat Pontian, tak tahu jalan takut sesat. Dah ada kat Melaka nie senang sikit nak mencuba merasa, macam mane yang dikatakan sedap tu.......

Pilihan suami saya tentulah mee bandung udang galah. Sebab nak rasa, jadi pilih udang yang saiz kecik jer dulu. Kalau sedap nanti boleh pilih yang saiz besar pulak. Saya punya pilihan, laksa johor sudah semestinya........yang lain2 tolak tepi hehehe.......

Mana kawan2 yang datang ke Melaka, boleh singgah di sini untuk menjamu selera......



Rabu, 26 Ogos 2015

MELANTAK STEAK HUB......sedap ler!!!!!!!

Assalamualaikum

 

MELANTAK STEAK HUB, sebutnya memang ganazzzz......kalo makan lagi ler ganezzzzzz!!!! nie n3 yang dah tertunggak yer. Tak perasan rupanya n3 nie saya tak post lagi. Bila sembang2 dengan kawan2 pasal nak jalan2 jumaat nie kat Melaka, suruh ler tengok post kat blog pasal steak nie sekali dia orang cari tak ada. Rupa2nya dok kat draft lagi tak perasan hehehe....

Saya dengan suami makan masa sebelum puasa lagi hari tu. Kedai nie pun jer buka, cawangan Melaka dekat area nak ke Baandar Hilir dari Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka. Sebab masih baru, jadi petang memang tak ramai lagi lah yang datang. Tapi masa nak balik malam tu memang kedai nie tak putus2 orang datang. Rasa memang sedap walaupun mahal sikit tapi berbaloi2.......tu yang nak ajak kawan2 yang belum pernah rasa lagi........
 

Ini menu kami berdua ye, makan sepuas2 hati......sedappp!!!

makan dengan seleranya, menjamu selera hingga tak bersuara hahaha.......

kalau datang melaka, jom singgah ke sini......

 

Ahad, 12 April 2015

IKAN BAKAR PARAMESWARA, UMBAI MELAKA


Assalamualaikum
Ini petang tadi punya cerita. Bersama suami makan ikan bakar di Parameswara, Umbai Melaka. Kami datang lebih kurang dalam pukul 6.30 petang, punyalah ramai manusia yang dah makan kat situ. Kami ingat dah kira awal la tu, rupa2nya kedai dah buka dari pukul 5 lagi sebab memang orang ramai sesaja. 


Sebenarnya, nie kira nak makan ikan bakar  yang tertunda sebab malam sebelum tu dah pergi ke Ikan Bakar Alai, penuh orang yang amat. Lepas tu baru perasan, sebab malam semalam kan malam minggu jadinya kedai ikan bakar kat Melaka nie memang penuh. Suami saya tak suka kalau orang ramai2 nie. Dia rasa macam pergi rumah orang kahwin hehehe.......so malam semalam tak jadilah makan ikan bakar.

Ikan dekat sini memang besar2. Kami memang tak habis makan, siap bungkus lagi. Nak makan separuh takut tak cukup pulak, tamak hihihi.........


Dari tempat makan nie boleh nampak Pulau Besar Melaka. Jeti pun memang di sini. Makan di tepi pantai, memang nyaman.......

Paya bakau nie, bila malam akan ada penghuninya. Bergayut sepanjang pantai tu, kat tepi kedai tu tapi dia tak kacau orang tengah makan tapi orang yang asyik dok kacau dia. Nampak macam jinak, bukan macam kat pantai Morib. Dia tunjuk muka ganas, macam kita nie makanan untuk dia jer, menakutkan......

Kalau ada geng2 yang nak makan ikan bakar di Melaka, boleh ler datang di sini, di salah satu tempat yang femes di Melaka.



Jumaat, 6 Mac 2015

SATAY TULANG, SENAWANG

Assalamualaikum


Satay Tulang? Pernah makan tak? Saya baru first time makan, sedap.......kena dengan kuahnya yang mengancam. Kami pergi makan lama dah, bulan lepas lagi selepas balik mandi manda di Wet World Pedas. Kiranya nie n3 tertunggak la sebab saya terlupa nak publish. Ingat macam malas je nak post tapi ada pulak kawan2 yang nak tahu satay tulang tu macam mana, maka saya post la di sini. 


Satay Tulang, Senawang. Ramai rupanya yang datang makan. Kebanyakan yang datang makan mesti pekena satay tulang. Tak cukup makan siap bungkus lagi. Ada macam2 satay juga tapi ramai yang makan satay tulang. Biasa kita makan rangka ayam gorengkan tapi yang ini, rangka tu dibuat satay. Kalau yang teringin nak makan tu boleh datang ke Senawang. Adik2 tu buka khemah satay di sebelah luar Restoran Bundo Kanduang. Kalau nak makan satay tulang senawang, cari nama restoran nie.


tu dia satay dah mai.........


ini yang saya bungkus untuk suami saya sebab dia tak nak ikut, upah jaga rumah hihihi......


lepas makan satay, minum pulak air lemon pudina, oren tu dapat sebab masa hari raya cina masa tu kan........








Khamis, 5 Februari 2015

NAN PURI, BUKIT KANGKAR........

Assalamualaikum

Roti Nan Puri, sedappppp.........minum petang bersama kawan2. Dah lama kawan saya cadangkan makan di sini, baru petang nie berkesempatan. Memang sedap roti nan yang digoreng ni. Cicah pulak dengan kari daging @ ayam @ kambing, memang terangkat. Dengan sedap rotinya ditambah dengan kesedapan dan kepedasan kari, tu yang terangkat tu hihihi....... Saya makan sekeping jer.......tu pun rasa macam tak cukup. Kalau makan 2 nanti tak habis pulak sebab roti nan kan besar. Next time boleh datang lagi........nanti boleh makan puas2, hari nie ambil rasa jer ye......


Bagi yang teringin, boleh datang makan. Kedai nie hari2 dia buka bermula jam 3.30 petang. Tutup sampai bila tak tau. Kalau nak datang malam tu kenalah call dulu kan takut nanti dah tutup pulak. Pic tu ada disertakan nombornya, call jer.........