Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label tart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tart. Papar semua catatan

Selasa, 12 November 2013

FRUIT TART

Assalamualaikum......

Selamat pagi semua. Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat. Juga selamat menghadapi peperiksaan SPM bagi adik2 yang dikasihi. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Apa n3 kali nie agaknya ye? Saya malas nak masak semalam untuk makan malam, sebab che abang pun tak nak makan. Jadi malamnya kami ngap2 je benda yang mudah2 dimakan ikut selera. Memandangkan buah2an pun ada sedikit lagi dalam peti dan kulit tart lebihan hari tu pun ada lagi masa buat tart buah dan cheese tart. Maka dengan itu malam ini kita makan fruit tart. Ini kali ke tiga saya buat fruit tart, tak jemu2 le pulak. Ikut resepi CMG nie memang senang, mudah, cepat dan sedappppp!!!!! Saya makan tak berhenti2 macam makan nasi pulak, menyelerakan sungguh...........kalau boleh nak sekali masuk je dalam mulut nak ngap, tapi mulut kecik pulak hahaha........

Sebelum nie ada gak buat guna resepi kastard yang buat cream puff tu tapi yang ini lagi ummpphhhhh!!!!! Untuk kawan2 yang ingin mencuba boleh lah layan resepi nie.......adiossssss!!!!!!!


FRUIT TART
Resepi : CMG

Bahan Kulit Tart :
150 g tepung halus / gandum
25 g gula aising - diayak
70 g mentega
1 biji telur - dipukul sedikit
1/2 st esen vanila

Bahan2 Kastard :
1 cawan susu segar
1 1/2 sb tepung kastard
1 1/2 sb gula halus
1 st esen vanila
1 sb mentega
sedikit coklat susu - dicairkan
Buah2an - kiwi, strawberry, anggur dll

Cara2 :
1. Untuk Kulit Tart :-
- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk sehingga menjadi seakan2 serbuk roti, guna hujung jari sahaja.
- Tuang esen vanila dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan doh sekejap.
- Sediakan acuan tart, terap dan kemaskan tepinya. Cucuk dengan garfu pada dasar doh dan bakar pada suhu 180C selama 25 minit.

2. Untuk Kastard :-
- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanila dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga sebati. Masak atas api kecil sehingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanila dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
- Ambil kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya (supaya tart tidak mudah lembik). Sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah2an yang telah dipotong. Hidangkan.



Selasa, 20 Mac 2012

TART NENAS BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum...

Selamat malam.....N3 saya malam nie tart nenas. Siang tadi tengok kat fb banyak sangat yang dok tayang2 tart nenas. Macam2 bentuk yang keluar...geram pulak menengoknya, tu yang tak sabar nak buat. Hari nie tak ada latihan ping pong jadi dapat balik awal sikit. Tak masak pun, che abang dah beli nasi lemak tadi, jadi malam ada masa sikit. Sambil layan citer Pendekar Bujang Lapok...sambil le menggentel tart ni ha...

Resepi tart nie asalnya resepi Pineapple Rools. Saya terpandang masa menyinggah di dapur makcikmanggis. Masa dok terpikir nak buat tu tiba2 terpandang pulak gambar tart buah2an yang menawan di Mirawati Mohamad, jadi saya pun tak jadi nak buat roll. Adunan saya buat tu berminyak sikit tapi ok tak melekat dijari, nanti kang tambah tepung takut keras pulak.

Masa dah siap buat tu baru saya perasan yang saya tak sapu kuning telur atas tart, tu yang tak nampak berkilat.....Rasanya tak seperti tart nenas yang saya buat sebelum nie, tepungnya rapuh sedikit dah sedap sebab terasa berlemak. Tart buah nie tidak rapuh dan terasa garing sedikit sebab ada campur dengan tepung jagung tapi rasa tetap sedap....


TART NENAS BUAH-BUAHAN (RESEPI ASAL PINEAPPLE ROOLS)
Resepi Asal : Indochine kitchen
Sumber : jom masak, jom makan-makan

Bahan2:
200 gm butter
50 gm gula halus
40 gm susu tepung
20 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
280 gm tepung gandum
Jem nenas
Pewarna merah, hijau dan oren
Sedikit

Bahan2 sapu:
2 biji kuning telur
sedikit pewarna oren


Cara2:
Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kental.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Uli sehingga sebati dan tak lekat dijari.
Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap satunya secara berasingan. Adunan saya agak berminyak, tak perlu tambah tepung asalkan tidak melekat.
Bulat2kan jem nenas, kalau suka banyak boleh letak lebih.
Ambil doh anggaran sebesar ibu jari. Masukkan jem ditengah2nya dan bentuk doh seperti bentuk buah yang dikehendaki .
Sapukan permukaan doh dengan kuning telur yang telah dicampur dengan sedikit pewarna oren.
Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.


ini bentuk apple....versi muda lagi..


yang ini labu....kena penyek...


jambu air....dalam banyak2 hanya 1 biji jer yang betul2 menjadi....mmmmm

Isnin, 5 Mac 2012

STRAWBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum.....

Selamat pagi dan Salam satu malaysia semua. Syukur Alhamdulillah  diberi kehidupan seterusnya, dapat lagi saya menghadap blog nie. Dapat la lagi saya skodeng blog2 kawan yang lain dengan coretan2 yang menarik dan juga sudah pastinya dengan resepi2 yang menambat jiwa.....dan...dan macam2 lagi lah yang mereka kongsikan. Boleh tengok resepi, mana yang berkenan boleh lah di cuba.......

Hari ni tak der kelas, ditunda pada hari Jumaat, jadi kerja sambilan yang lain semuanya dah settle, jadi dok sibuk kacau kerja orang pulak....sambil2 tu saya nak n3 resepi Strawberry Cheese Tart yang saya buat malam tadi. Resepi nie saya cilok kat dapur ita masam manis...yang kejap2 masam kejap2 manis..huahua!!!Jangan marah ye ita...mohon kongsi resepi na.....Ini first time buat dan saya telah berjaya melaksanakannya dengan hasil rujukan yang begitu terang dan jelas dari ita. Terima kasih ita diatas perkongsian tu. Memang dah lama nak buat dan adik pun asyik tanya bila nak buat dia nak rasa, dan akhirnya...BERJAYAAAAA!!!!

Resepi asal ita Blueberry tapi saya buat guna Strawberry...dah tu jer yang ada. Saya buat separuh dari adunan ita sebab ita buat dapat dalam 70-80 shell untuk 1 adunan cheese....tapi rupa2nya saya buat dapat 20 ketuii jer....mesti shell ita tu kenit2 jer kot. Dapat lah makan sikit jer, tak boleh nak bagi semua kawan2 rasa. Sori ye kawan2 lain kali je la ye. Tapi tak per shell ada byk lagi, boleh simpan lama. 

Jom tengok resepinya......


STRAWBERRY CHEESE TART
Resepi : Azita
Sumber : Azlita Masam Manis


SHELL @ CRUST


Bahan :

170 gm marjerin atau butter
50 gm gula aising
1 biji telur Gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara2 : 

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.


 CREAM CHEESE FILLING

Bahan2 :

250 gm cream cheese
50 gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.


Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yang kita inginkan.

Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah. 

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... 

ini untuk che abang sayang.....makan ye jangan banyak komplen.....manis ke, masam ke, tawau ke...telan jer lepas tu bagi isyarat...i feel gooddddddd...!!!!!!

 * mungkin shell saya besar kot tu yang 1/ 2 adunan cheese dapat dalam 20 je....mesti shell ita kecik jer tu yang dapat banyak....tapi tak pe yang penting sedappppp!!!!


Selasa, 14 Februari 2012

TART NENAS

Assalamualaikum....

Selamat malam semua. Sudah makan malam ke belum? Saya makan maggi sahaja sebab badan rasa penat sangat. Petang tadi ada latihan bola jaring. Dah agak lama juga tak bermain badan pun dah bertambah berat...termengah2 kejap. Main pasing2 bola, lepas tu main lah sekejap dalam 10 minit kot. Saya stop awal ler sebab nak balik Melaka cepat2, sebelum magrhib nak kena sampai rumah.

Walaupun tak larat tapi saya teringin sangat2 nak makan tart nenas jadi gagahkan juga badan nie untuk buat tart. Bukan apa, memang dah berminggu2 teringin nak makan. Inti nenas tu saya beli siap kat Mydin. Buat tak banyak pun dapat lah dalam 25 biji sahaja dengan saiz sebesar ibu jari saya. Nanti nak bawa ke opis . Saya nak mengadap pc kena ada kudap2 kalau tak asyik menguap jer ler kerjanya macam gua musang tu ha...

Bila dah siap dibakar, tengok tak menarik pula sebab dulu saya buat guna terap je,15 tahun dulu punya cerita la. Jadi bila nak mencuba buat bentuk nenas nie macam pucat lesi jer rupanya. Takkan nak sapu keseluruhan tepung tu dengan kuning telur, ke tepung tu kena letak pewarna kuning baru nampak cantik ataupun guna tepung kastard sikit...adoiiiii!!! pening kepala makcik. Jomlah tengok resepinya yang mudah untuk disediakan.......


TART NENAS

Bahan2:


300 gm tepung gandum* 
3 sudu besar susu tepung* 
2 sudu besar tepung jagung* 
80 gm gula aising* (*diayak bersama)
200 gm butter - saya tak habiskan semua
1 biji kuning telur
Sedikit pewarna kuning
sedikit jem nenas


Cara2:
Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu dan ramas dengan menggunakan hujung jari hingga adunan berderai. 
Masukkan telur kuning, campurkan dan sebatikan hingga menjadi doh. Rehatkan seketika.
Bulat2kan jem nenas. Saiz terpulang pada citarasa sendiri samada nak isi banyak atau sedikit. Saya suka inti sedikit sahaja.
Bulatkan doh sebesar ibu jari dan letakkan inti diatasnya dan gelek2 secara lembut di tapak tangan dengan membuat bentuk bujur.
Guna hujung gunting dan kacip sedikit pada doh untuk membentuk kulit nenas
Susun atas dulang pembakar dan sapu atasnya dengan kuning telur yang telah dicampur dengan sedikit warna kuning.
Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit.











Jumaat, 6 Januari 2012

CREAM CUSTARD TART

Assalamualaikum.....Selamat malam. Mungkin ada yang sudah pun beradu dengan mimpi2 yang indah. Saya kejap lagi nak tidor dah mengantuk nie, tapi nak n3 sekejap. Malam tadi sempat buat cream custard ambil dari dapur ita sementara crust nye dah buat malam semalam pun resepi dari dapur ita juga. Jom layan cream custard....
CREAM CUSTARD
By : Honey
Sumber : masam manis

Bahan-bahan :


1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
 sedikit pewarna kuning - ita tambah
 Cara2nya:

Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2. Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin. (saya buat cara ini, campurkan semua dan kacau atas api sederhana hingga adunan pekat).