Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 27 September 2015

AIR AJAIB!!!!!!!

Assalamualaikum

Air Ajaib!!!!! Alhamdulillah, rata2 yang datang kata ada perubahan. Dengan izin Allah S.W.T tiada yang mustahil. Kita hanya berusaha ke arah yang lebih baik. 

Suami saya pernah pergi dulu dengan geng2 bikers. Cuma saya je yang bertangguh2 nak pergi. Sebab orang ramai sangat, tu yang rasa malas nak pergi mencuba. Datang mencuba hari nie, seawal jam 4 petang.......Ya Allah dah begitu ramai umat manusia rupanya. Bila tanya, rupa2nya pukul 2 petang dah ada orang beratur. Patut ler dah ramai sangat orang.
Tengok lah, ramaikan.......ini sebahagiannya, yang beratur tu untuk orang yang nak bawak balik air ajaib. Kalau nak minum, kena beratur sebelah kiri. Kalau nak bawa balik kenalah bawa termos sendiri. Kalau tak bawa pun tak apa sebab tempat tu ada jual gak termos.

Dulu, katanya kalau nak minum tak perlu beratur. Duduk je kat meja, dia akan letak cerek. Boleh minum puas2.........tapi sekarang dah tak buat macam tu sebab uncle yang sama2 beratur cakap, ada orang yang tak baik yang kebas cerek tu. Katanya sampai 300 cerek hilang begitu. Biar betik........dah ler minum air percuma, bayar seikhlas hati. Macam2 orang nie, sengal.........
Cukuplah kami dapat minum sorang 2 cawan. Nak kan perubahan kesihatan, kena minum hari2 baru dapat tahu perbezaannya. Rasa air macam air mata kucing tanpa gula. 
Kalau ada yang nak mencuba, boleh datang ke sini ye.......








Sabtu, 26 September 2015

CAMERON HIGHLAND, KU DATANG LAGI

Assalamualaikum

Cameron Highland, tempat yang memang teringin sangat nak datang tapiiii.......tempat yang sangat2 menyeramkan nak melalui jalannya. Tu yang dok tangguh2 nak datang. Kali nie kali kedua saya pergi. Bila biras kat kuala mengajak ke Cameron, terkulat2 jugak lah muka tapi sebab dipujuk lalu jalan ikut Simpang Pulai...........Kuatkan hati, tekadkan semangat........akhirnya sampai juga.

Sebelum nie pernah datang sekali sebab pasang niat nak datang dengan suami lepas kahwin. Sekali datang lalu jalan Tapah........amik kau!!!!!! Mabuk gilerrr........sampai 4 kali muntah belahak, sampai pening2, demam2 bagai. Dengan hujan lagi, memang dugaan betul. Dah ler badan saya tak tahan sejuk, bayangkan malam2 memang sejuk giler sampai biru2 bibir. Nak bersembang pun rasa macam nak cari gaduh je hahaha........sekarang nie dah ok sikit janji jangan ikut jalan Tapah, memang taubat nasoha ler jawabnya nak lalu kat situ........
Destinasi pertama kami ke ladang teh. Ramai manusia, kat cafe dia jangan cakap memang sesak. Terus saya mengajak suami ke bawah untuk tengok pokok teh. Tanda amaran dilarang memetik daun teh tapi tengok ramai jer yang dok petik2. Ingat nak tengok orang petik daun teh tapi tak ada pulak kelibatnya. Tengok dari atas memang sayup jer, rasa macam badan nak tergolek kebawah jer........Tengok semua sedara mara dah turun, turun juga lahkan......nanti kata penakut sangat pulak padahal gayat je pun.......Masa turun memang tak tengok depan, tunduk je tengok pokok.......lagi teruja hehehe......gayattttt!!!!!!
Siap berdukung bagai, tak takut pun budak kenit2 nie. Masing2 muka ceria jer, kemaruk kot tengok pokok teh. Kita sebagai orang dewasa, kena tunjuk kuat jadi jangan takut nak turun bukit hahaha........
Destinasi seterusnya ke Taman Agro Tourism. Kalau tak silap ni dekat area Brinchang. Memang ramai orang, parking pun atas bukit curam. Kat sini banyak salad yang segar2 boleh dipetik terus. Nak masuk petik strawberi, tengok dari tepi macam tak banyak yang merah. Jadi semua pakat nak shopping kat pasar malam je area situ.

Baru je turun dari kereta, dah hujan pulak turun selebat2nya. Berlari masing2 ke bawah khemah pasar malam. Memang tak boleh nak membeli ler, last2 semua pakat balik jer sebab dah nak malam. Saya sempat juga beli strawberi 3 pek rm25. Saya rasa macam sama harga jer dekat jaya jusco melaka. Tapi beli juga sebab dah memang nak kan........Semasa on the way balik tu, singgah kat kedai tepi. Dapat gak beli jagung dua bungkus. 

Nampak gayanya macam nak kena pergi lagi jer sebab tak puas hati tak dapat nak membeli buah2an, sayur2an, pokok2 pun tak dapat nak tengok. Dah ler nak datang cukup bercinta. Ikut nafsu memang mau datang lagi tapiiii.........nanti2 je la tak tau bila tahun sampai lagi.

Cuci mata sajer ye tengok bunga2 yang comel nie......



Jumaat, 25 September 2015

HUTAN LIPUR ULU KENAS, KUALA KANGSAR

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aidiladha.......walau terlewat sehari tapi nak juga ucapkan. Semalam, sambil sambut raya tengok qurban di Sayong, Kuala Kangsar sempat juga suami saya bawa ke air terjun. Kami ke Hutan Lipur Ulu Kenas. Ingatkan tak ramai yang datang, rupa2nya ramai juga parking ponuh........cuti sekolahkan......

Tengok tempatnya macam agak terbiar sikit tapi tempat mandi manda tetap bersih. Mungkin sebab keperihatinan orang ramai yang datang tu buatkan tempat tu macam terjaga. 
Walaupun tak mandi tapi sejuknya tetap terasa. Kalau ada bawa baju memang kami dah terjun, tak de nak tunggu2 pun. Nasib tak bawa sebab dah nak petang sangat masa tu, mesti nanti mandi tak puas. 

Bagi yang belum pernah datang, boleh bawa family datang ke sini. Tempat pun memang sesuai untuk bawa anak2 kecil, tak merbahaya. Banyak tempat boleh landing, pilih je mana yang berkenan hehe.....
Cantikkan air terjun nie, bertingkek2.......tapi tak ramai yang mandi kat area nie sebab susah nak parking tak ada ruang parking kereta. Kedudukannya betul2 kat selekoh. Yang mandi pun budak2 motor, boleh parking selet2 kat celah pokok. Kalau ada boboy yang nak mandi boleh landing area sini, pasti best......







Isnin, 14 September 2015

KURSUS PEMANTAPAN DI AKADEMIK KPJ MELAKA

Assalamualaikum

Kursus!!!!!!! mantap wehhh........!!!!!mantap lah sangat makcik nie kan.......Kursus nie minggu lepas. Memang terkejar2 minggu lepas. Baru siap buat presentation pasal VTO/E/M, lepas tu esoknya dah kena interview pulak. Berebut2 dengan orang lain, masing2 nak dulu interview......last2 dapat orang yang ke 4 baru ditemuduga. Kecut perut den........dah lama tak kena temuduga, nasib panel gelak2 jer.....kalo tak stressssss.......!!!!! Panel asyik gelak jer, rasa macam tak dapat pulak hihihi........Redha je lah tak dapat pun dah bukan rezeki, makcik tak kesah.......
 
Kursus Pemantapan Perkhidmatan oleh JPA di Akademik JPJ, Melaka. Kursus 4 hari, bagi saya memang best.........Banyak juga maklumat dan pengetahuan yang kita perolehi. Antara tajuk2 kursus Pengurusan Aset/Stor kerajaan, Cuti, Ealun2, Perubatan, Konflik, Tatakelakuan dan yang paling best Faedah2 Persaraan. Dalam banyak2 ceramah tu rasanya bab persaraan tu yang cukup mantap hehehe.....rasa macam tak cukup masa nak bertanya pada penceramah......
 
                    Modul bab Pengurusan Aset dan Stor Kerajaan. Penceramah, Hajah Latifah Haji Basir, pegawai dari KKM. Memang bagus penerangan dari penceramah ataupun dipanggil Pn Lat, nama glamourrr hehehe.........bagi pegawai2 yang diamanahkan untuk menjaga aset kerajaan, berhati2......pastikan semuanya ada dan surat beranak jangan lupa. Jangan suka2 nak lupus semudahnya......
 
Penceramah dari JPA, En Fahizol B Haris dari bahagian Saraan. Ceramah berkenaan Cuti dan Elaun2......yang ini biasanya untuk mereka2 yang baru berkhidmat, sesuai sangat......
 

Penceramah, Pn Halimahton Munawaroh dari bahagian Perkhidmatan JPA. Modul tajuk Tatakelakuan Perkhidmatan Awam. Masa penceramah nie datang, semua mata dah bulat sebab semua ingat yang datang tu mesti ustazah. Tengok2 yang datang, comel loteh genit2 gitu. Orangnya pun ceria sepanjang masa, semua orang pengsan dengar celoteh dia. Rasanya, kalau 1 hari dia bagi ceramah agak2nya semua orang kena sawan gelak kot hehehe.....
Yang ini modul last, Faedah2 Persaraan. Tajuk yang ini memang hangat......Penceramah En Muhammad Syukran B Mat Rofa dari bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. Yang ini memang banyak maklumat yang kita kena tahu ataupun peka. Bukan sahaja untuk diri kita tapi untuk orang sekeliling kita juga. Senang cakap keluarga tanggungan kita........

Kalau siapa2 yang nak pencen ataupun dah berpencen, boleh hubungi En Syukran untuk sebarang persoalan. Penerangan dia sangat2 jelas.......
Saya rasa kursus nie memang bagus untuk semua sebagai pengetahuan, atau maklumat untuk kita di masa akan datang.




Hajah Latifah - latifah@moh.gov.my
Pn Muna - muna.tasu@jpa.gov.my
                  03 8885 4850 (T)
En Syukran - 03 8885 4906 / 4000 (T)
                      03 8889 2193 / 6 (F)
                      web:http://www.jpapencen.gov.my



Rabu, 2 September 2015

AISKRIM MALAYSIA KACANG HIJAU........NYAMAN!!!!!!

Assalamualaikum

Fuhhhhh!!!!! nyaman....memang nyaman.....dapat makan aiskrim kacang hijau. Dah lama bebenor teringin nak membuatnya. Saya buat minggu lepas lagi, masa suami pergi kursus. Buat tak banyak pun cukup untuk saya lepaskan keinginan je hihihi......Hari2 saya dok membedal ais krim kacang hijau, sampai badan pun dah berangin satu badan. 

Saya buat sikit jer, dapat dalam 12 batang ais krim malaysia. Bila suami saya balik hari sabtu dari Ipoh, habis dah tak simpan pun untuk dia sebab tau dia tak berapa gemar. Bila cuti kemerdekaan hari tu, kami pergi shopping. Wah......dia borong aiskrim sampai 2 jenis, tak pe kita layankan jer.......

Nak membuatnya pun senang jer kan, sama macam masak bubur kacang hijau tapi untuk buat aiskrim kena manis sikit. Kalau tak, bila dah beku nanti dia rasa tawar pulak. Bagi yang dah terliur tu, buat ler jangan tak buat. Buat banyak2 sikit, pasti puashati........



Selasa, 1 September 2015

MEE BANDUNG UDANG GALAH.......SEDAP KE?

Assalamualaikum
 
Mee Bandung Udang Galah, sedap ke? Ikut selera masing2 ler kn......ada yang suka dan ada yang tak gemar. Kedai yang saya makan nie di Taman Krubong Perdana, Melaka. Kalau ada yang berminat nak mencuba, boleh la datang ke taman perumahan nie. Jalan dari bandar melaka menghala ke Alor Gajah mengikut jalan krubong. Kedainya betul2 tepi jalan sebelah kanan, memang tak susah nak cari.
 
Saya datang petang, jadi memang tak ramai orang yang menjamu selera. Bila malam, orang semakin ramai dan meja akan ditambah di bahagian parking kereta. Seronok pulak tengok orang datang ramai2, sedap ke? Suami saya yang teringin nak makan mee bandung udang galah. Kalau saya ikut selera jer nak makan apa. Memang dia dah lama nak merasa. Nak pergi yang dekat Pontian, tak tahu jalan takut sesat. Dah ada kat Melaka nie senang sikit nak mencuba merasa, macam mane yang dikatakan sedap tu.......

Pilihan suami saya tentulah mee bandung udang galah. Sebab nak rasa, jadi pilih udang yang saiz kecik jer dulu. Kalau sedap nanti boleh pilih yang saiz besar pulak. Saya punya pilihan, laksa johor sudah semestinya........yang lain2 tolak tepi hehehe.......

Mana kawan2 yang datang ke Melaka, boleh singgah di sini untuk menjamu selera......