Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 11 Disember 2015

CARROT CAKE........LEPASKAN GIAN

Assalamualaikum
Salam Jumaat semua, semoga dirahmati pada hari Jumaat yang Baraqoh nie........... Rasa badan tak berapa sedap hari nie, mungkin kena hujan 2 hari nie. Asal petang balik kerja jer, hujan selebat2nya.........tu yang badan rasa dedau jer, tekak pun rasa perit jer........Walaupun badan tak berapa sedap tapi tekak nie tersangatlah teringin nak makan carrot cake.

Carrot Cake mai lagi hihihi............sekadar nak lepaskan keinginan tekak nak makan carrot cake. Bulan lepas buat juga sebab adik beradik ada buat BBQ kat rumah mak. Tak puas makan sebab ipar duai sepupu sepapat pun datang nak bawa bekal balik. Dapat makan sekali potong je, nie yang buat lagi.......baru boleh makan berulang2........bagi juga jiran2 rasa.
Saya buat tak banyak, hanya setengah adunan sahaja. Cukup untuk kepuasan tekak nie.........Saya memang selalu buat carrot cake nie, bukan sahaja rasanya yang sedap tapi juga mudah untuk disediakan. Saya pernah buat dulu di sini dan masih juga guna resepi yang sama tapi saya buat cup cake. Kalau dulu bila bab deco saya memang hancusss.......tapi sekarang nie ada up sikit berbanding dulu hehehe

Saya masih guna resepi yang sama dan sedikit di olah, kawan2 opis juga berpuas hati dengan rasa carrot cake nie. Resepi ini untuk 1 adunan dan guna loyang 9 inci. Jika ada yang berminat, saya salin semula resepinya di sini

CARROT CAKE

Bahan2
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
secubit garam
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan minyak jagung
100 gm mentega - dicairkan
2 cawan parutan lobak merah
esen vanila - 1 penutupnya
50 gm badam cincang - bakar dulu

Cara2:
1. Ayak tepung, baking powder, soda bika, serbuk kulit kayu manis dan garam bersama.
2. Pukul telur dan gula hingga sebati, hanya guna senduk sahaja. 
3. Masukkan minyak, butter cair dan esen vanila dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dalam adunan telur. 
5. Masukkan parutan lobak merah dan kekacang dan kacau sebati.
6. Tuang ke dalam loyang yang telah di sapu majerin dan alas dengan kertas .
7. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga kek masak.
8. Sejukkan dan hias dengan cream cheese topping. 

CREAM CHEESE TOPPING

Bahan2:
250 gm cream cheese - nak lebih pun tak ada hal
3 sudu besar butter
1/3 cawan gula aising - ayak
1 sudu kecil jus lemon

1. Campurkan ke semua bahan dan pukul sehingga lembut dan sebati.
2. Sapukan atas kek yang telah disejukkan.
3. Hias ikut kreativiti masing2.








Ahad, 6 Disember 2015

ALIVE 3D ART GALLERY, PORT DICKSON

Assalamualaikum
Kita sambung cerita jalan2 ke PD. Destinasi seterusnya adalah ke Alive 3D Art Gallery, Port Dickson. Memang kecoh datang sini, keadaan sungguh tak terkawal bila semua orang dah macam kena sawan hahaha......yang si kenit Afrina pun dah tak boleh nak kawal, ke hulu ke hilir dia, dia suka agaknya orang ramai tengah sebok berposing sakan. Afrina dengan kaki dengan mulut sekali berjalan.........comel sungguh.........
Tu dia........orang besau tiba2 jadi kecik, orang kecik dah jadi besau.......magic tipu daya semata2 hahaha.....cutenya Afrina, nak gigit.........padahal bapaknye godang tapi........hehehe
Kelakar nain, patut le sakit perut rupanya kembung, perut penuh dengan air hahaha
Pandai betul masing2 nak menggayakan memek muka, konon2 nak nampak real tapi dah jadi lawak pulak tengoknya hehehe
Bersungguh2 nain dengan epol nak menjiwai suasana tu kekeke..........terhibur makyah tengok. Ini baru 2 orang, belum lagi askar2 yang lain. Kalau datang ramai2 mesti dia orang buat macam rumah sendiri hehehe




 Apa2 gaya pun boleh nak asalkan korang semua happy. Nanti ada rezeki kita datang lagi.........bawa kak syirah, nabil, syakir, killah, mimi, farhan, abang haris, ain, abang amir yang mulut potpet2 dan ramai lagi yang seangkatan dengannya x ingat hahaha.........ingat tapi malas sangat nak taip huhu........
 Nak juga hihihi
 Afrina pun pandai siap muncung2 mulutnya..........
Kelakar kak long, tak dapat nak bayangkan kalau kak long betul2 buat macam nie.......mahu ibu pengsan seminggu hehehe
Lakonan mesti mantap kak long, patutnya masa nie siku kan jer mak teh tu hehehe.....

Masa untuk pulang, nanti datang lagi










CUTI CUTI ANCASA PORT DIKCSON

Assalamualaikum
Cuti Cuti Malaysia lagi ye kita..........menghampiri ke penghujung tahun nie, cuti cuti kami sekeluarga ke Ancasa Port Dickson sahaja. Tak boleh nak jalan jauh-jauh sangat, dah tak sempat nak plan lagipun tak ramai yang ikut cuma 2 kereta je.......Tapi untuk trip yang akan datang, rasanya macam nak datang lagi ke sini. Seronok tengok budak-budak nie terkinja2 tak hingat dunia masing2. Tak pe yang penting happyyyyy!!!!!
Saya datang ke sini tanpa suami sebab dia tak cuti. Tak apa nanti boleh datang berdua honeymoon kat sini. Dekat dengan pantai boleh debush.....debush walaupun saya takut2 dengan pantai. Kalau dah penat bosan main2 kat pantai boleh debush.....kat kolam pulak, yang penting hati puas......
Perkhidmatan Spa juga ada disediakan di sini. Bagi ibu2 atau bapa2 yang nak kan perkhidmatan urutan boleh ler singgah di sini. Mesti bestkan dapat orang urut2kan badan.........lurus2kan urat dawai tulang besi tu bagi cerdas sikit........ingat nak gak urut2 badan tapi tengok banyak pulak pak2 bangla kat situ tengah cuci terus terbantut niat tu........
Tempat untuk beriadah juga ada disediakan. Court tenis pun ada disediakan, gym, peralatan ping pong pun ada tapi yang dah lusuh ler.......tapi boleh ler juga main sekadar nak lepaskan gian. Permainan snooker pun ada, cuma 3 token jer @ RM3. Main sambil gelak sakan sebab yang main pun tangan kayu lepas tu pegang kayu.....tolak bola pun dah melantun2 bola tu hehehe........sekadar berseronok. Untuk yang gemar main games lumba2 kereta tu pun ada gak tapi tak ingat berapa token, budak2 jer yang dok main2 kat situ. 
Makan malam kami steamboat jer. Hotel memang tak bagi main masak2 tapi kalo rebus2 boleh ler kot hehehe..........malas nak kluar bawa ramai2 anak kenit nie, nanti jadi haru biru........terus hilang mood nak makan nanti. Malam tu, abang long datang kat hotel bawa nasi goreng sambil makan bihun tomyam n bihun sup untuk anak2 yang tak makan pedas.
Masa hari ke dua, lepas jer sarapan nasi lemak dengan roti, terus kami ke gym. Anak2 yang lain dah turun kolam terus, layan diri.........Kami dah penat bergym, bersukan bagai........tiba masa untuk berendam dalam kolam pulak sambil teman anak2 buah berjimba..........Berendam sampai puas, dah kecut semua baru beransur2 naik ke bilik.

Rasa macam tak puas pulak sehari semalam kat sini. Mungkin lain kali boleh sewa yang 3 bilik punya berhari2, berkumpul ramai2 baru rasa meriah.......
Geramnya tengok si kenit nie, tak takut air langsung......teruja lagi adalah......rendam dia dalam air pun boleh tergelak2 lagi. Anak orang lain dah melalak2 takut air hahaha...............
Di sepanjang pantai ada banyak gerai2 yang di buka, Banana boat n Jet ski pun ada gak. Kami berjalan2 sepanjang pantai sebab nak bawa Afrina kenit tu jalan2 tengok laut. Dah penat berjalan, singgah minum air kelapa di salah satu kedai. Orang tak berapa nak ada sebab dah tengahari, cuaca pulak agak panas..........pekena air kelapa memang ummppphhhhh!!!!!

Comel tengok Afrina minum air kelapa, siap muncung2 bagai......entah apalah yang dia sembangkan. Baru 1 tahun 2 bulan dah sebok nak menyembang, layannnnnn.............