Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Kraftangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kraftangan. Papar semua catatan

Rabu, 19 September 2012

CROCHET 6

Assalamualaikum........

Selamat malam semua. Buat apa tu kawan2? Bersantai2 nampak. Bagaimana dengan menu malam nie? Pasti best2 kan. Makan malam saya hanyalah cucur ikan bilis. Che abang teringin pulak nak makan ......layan kan ajer lerrrr...

N3 saya malam nie adalah, alas meja yang telah siap saya kait sepanjang bulan puasa yang lalu. Dah 2 bulan baru semalam siap. Ingat nak buat meja makan tapi...nanti2 lah, kita buat meja komputer dulu. Projek crochet yang akan datang baru buat alas meja makan @ tv @ apa2 je lah yang terlintas nak buat. 




ini adalah corak yang pertama



ini adalah corak yang ke 2


buat rangkaian disetiap tepi corak sebelum dicantumkan....yang sebelum no 1 tu la...


ini antara permulaan yang perlu dibuat untuk mencantumkan setiap corak.....


setelah semua corak telah habis dicantum.....baru buat corak dikeseluruhan tepi bermula dari no 1 hingga no 9......dah siap


bahagian bucu crochet


corak setelah dicantum 4 corak 



gambar alas meja asal dalam buku





Rabu, 25 April 2012

CROCHET 5.........RAMA-RAMA

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua sahabat2ku.....Perut kekenyangan nie...baru lepas makan malam. Lewat sikit makan malam nie, selalu saya makan sebelum maghrib. Masak nasi goreng cili api sahaja. Mata pun dah berat nie, tak larat nak angkat mata. Ingat nak tidur awal malam nie, tapi sebelum tidur saya nak hadap blog nie dan blog kawan2 dulu, baru ler boleh tidoqq dengan lenaaaa....

N3 saya kali ini ialah Crochet rama-rama yang baru siap. Lama pulak nak siapkan, tergendala sekejap sebab sibuk dengan aktiviti sukan sebulan dua nie. Semalam baru saya dapat siapkan. Corak rama-rama nie tak besar sangat cuma boleh letak atas meja kusyen sahaja, nak tutup penuh tak boleh. 

Saja2 jer buat corak nie sebab nampak macam cantik. Lepas nie saya nak buat alas meja kusyen yang lain pulak. Nak buat besar sikit biar boleh tutup penuh meja tu nanti. Banyak projek crochet yang terbengkalai nie, bukan apa....sebab benangnye dah tak ada di pasaran. Nak kena rayau merata baru boleh jumpa kot.


Gambar tak berapa elok 



 
 






Sabtu, 18 Februari 2012

BATU PERMATA @ KERIS.....YANG MANA PILIHAN HATI..?

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua. Masih berjaga atau pun dah lena dibuai mimpi2 indah. Saya baru sahaja balik dari Dataran Pahlawan Bandar Hilir, Melaka, teman che abang buat cincin perak dengan Kayu Teras Kelor @ Gamunggal. Sebelum pergi tempah cincin sempat dulu lah kami jalan2 sekitar Heritage Bazaar di Dataran Pahlawan tu. 
dari google

Saya nie nama jer duduk Melaka tapi tak pernah pun datang kat area situ. Tempatnya terpencil sedikit di dalam bangunan yang begitu besar. Berbagai2 barangan yang dijual di situ. Dah malam jadi saya tak berjalan sangat sebab banyak kedai yang telah tutup. Menurut pekerja di situ kalau hari sabtu @ ahad memang ramai orang yang datang sampai tak terlayan. Masa saya usha2 tu pun ramai juga orang yang datang menengok mahupun membeli belah.

Saya ada jugalah membeli sikit2 jajan untuk saya kudap2 besok, maklumlah nak mengelak dari makan nasi...hehehe...diet la konon..(*__*)....boleh ke? Harap2 diet ku berjaya...huahuahua..tapi dalam hati nak makan...kekkkkk!!! ooooo payooohh, sabar ye kahiriah. Jajan yang saya beli cuma kerepek bawang perisa strawberi & coklat, kerepek ubi sedappp, kerepek udang pun sedappp, beli juga gula kabong, skoteng dan ada juga lah biskut sikit2. Semua nye makanan....:)

Ini antara jajan2 yang saya beli. Ambil pic guna h/phone jer..x perasan bateri kamera dah 0.....Layan je la gambar tu ye...

ini kerepek bawang perisa coklat...x pernah rasa, baru first time tengoknya pun...


yang ini pula perisa strawberi....wow!!!x sabar nak rasa, sedap ke?


ok...yang ini bukan jajan ye...ini dipanggil skoteng tapi tadi abang tu sebut apa ntah namanya dah lupa, macam lain je sebutannya, kat Melaka disebut lain kot, ntah....gunanya untuk buat pengat, buat agar2 boleh, puding, talam pun boleh dan juga yang sewaktu dengannya...belasah jeee....

Gambar benda2 lain x payah la ye sebab semua dah tau, cuma tunjuk benda2 yang saya rasa tak penah jumpa jauh sekali nak merasa. Lepas nie boleh la rasa...kalau sedap boleh buat promosi kalau x sedap..bye2 la jawapnya...


besarkan keris tu....besau gilaa...

Selepas dah membeli baru pergi cari kedai untuk tempah cincin. Che abang tempah kat kedai Cardova Creative. Tempah cincin perak sahaja, yang biasa2. Dok menunggu sampai saya terlentok2 penat...mengantuk sangat, dah x larat nak menengok barang2 kat kedai tu...lama bebenorrr...


sanggup menunggu lama tu....ishhhh!!

Mula2 tengok kat dalam kedai tu memang la seronok sebab macam2 barang dia jual tp bila dh lama sangat dan che abang nak tunggu juga, terpaksa la ikutkan. Lamanya bukan apa tapi sebab tuan tanahnye tak ada masa tu yang ada budak2 dia jer, dia pergi sembahyang maghrib merangkap isyak sekali kot...tu yang lama tu....

Jom tengok barang2 yang ada di dalam kedai tu....


sebahagian keris yang dijual...banyaaknyaaa


'Taming Sari'


bingkai pun ada juga....termasuk buku2...


ini lah depan kedai tu dengan trade marknye keris yang amat2 lah besaunya...


lorong2 kedai yang menjual berbagai pakaian dan perhiasan diri..


yang ini pula lorong menjual berbagai makanan dan juga perhiasan.....


Sabtu, 24 Disember 2011

CROCHET....DULANG HANTARAN

Assalamualaikum.....Bersua lagi kita untuk kesekian kalinya. Kali ini saya n3 crochet lagi. Saya buat untuk alas dulang hantaran. Untuk alas telefon boleh gak, nak tutup astro pun muat jugak, apa2 je la yang muat untuk ditutup. Jom kita layan.....