Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 18 Julai 2017

CAPATI

Assalamualaikum
Masih lagi berhari raya? Mestilahkan..........selagi tak cukup sebulan hehehe........nie pun akak baru balik dari rumah kawan di quarters ILP sampai akak rasa dah muak nak pergi beraya. Hari2 ada jemputan rumah terbuka, yang pasti akak makan.......makannnn.......dan makannnnnnn.......letih perut.
Akak cuma makan yang ringan-ringan jer sebab dah tak lalu nak makan yang berat2 lebih-lebih lagi nasi!!!!........Kalau tak ada menu lain terpaksalah akak makan juga sedikit nasi sebagai mengambil hati tuan rumah takut nanti tuan rumah kecil hati pulakkan.....makan gitu2 jer la katanya.........

Bulan syawal dah nak sampai ke penghujungnya tapi rumah terbuka tetap juga ada. Makin ramai pulak yang menjemput. Akak memang tak buat rumah terbuka. Kalau ada kawan2 atau saudara mara yang nak datang, datang jer........kalau ada rezeki adalah makanannya. Kalau tidak delivery je la hehehe........


Oleh kerana sudah jemu dengan menu rumah terbuka, perut pun dah sebu jer sebab makan macam-macam, jadi menu akak malam tadi........taraaaaa!!!! CAPATI.......Dah lama nak makan capati baru malam tadi akak membikinnya. Selalu makan dekat kedai, malam tadi akak usahakan sendiri menggodeh capati. Akak tak uli sangat pun, uli manja2 jer. Makan pulak dengan sambal sardin dan ayam kari. Menu yang memang akak selalu order kat kedai tu.........

Kalau ada siapa2 yang datang ke melaka jalan-jalan makan angin, boleh singgah ke kedai capati nie. Kedai nie memang akan ramai orang, penuh.......Setakat nie, kalau kawan2 akak yang datang melaka akak memang cadangkan kedai nie. Macam-macam ada........



Akak tak ada gambar kedai tapi nak cari senang. Kedai capati tu belakang King Hotel Melaka. Betul2 belakang hotel. Kalau klik pada link tu, belakang hotel seberang jalan jer dah nampak. Sebelum King Hotel dari Ayer Keroh, ada traffic light kena susur kiri ke Bukit Katil. Lebih kurang dalam 50 meter dah jumpa kedainya yang paling hujung sekali. Sebelah kanan ke Hospital Pantai. Jangan terlajak pulak, jenuh nak u turn nanti hehehe.......


Capati nie akak makan dengan sambal sardin dan kari ayam. Akak kalau makan capati mesti pekena dua-dua lauk nie, baru ler tangkap leleh..........kata orang baru kena regunya.......Resepi capati nie akak ikut resepi Chef Norzailina, dalam Buku Belajar Memasak 2. Dulu kawan akak ada ajar juga petua buat capati tahan lama lembutnya tapi dah lupa. Ikut jer la resepi yang ada......




Untuk resepi, malam nanti akak tepek ye......










Tiada ulasan:

Catat Ulasan