Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label smoothie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label smoothie. Papar semua catatan

Isnin, 3 Julai 2017

BANANA BLUEBERRY SMOOTHIE

Assalamualaikum
Selamat pagi semua. Alhamdulillah.......nampaknya pagi nie mendung sedikit sebab malam tadi hujan lebat di bumi Melaka. Hari nie ramai yang dah mula bekerja, budak2 pun dah mula bersekolah tapi masih lagi dalam suasana raya. Memandangkan tiada yang buat open house setakat ini di tempat kerja, jadi akak mengambil kesempatan berpuasa lah. Puasa gantilah dulukan lepas tu baru nak berpuasa 6 syawal. Kita buat yang wajib dulu, kalau ada rezeki baru yang sunat2. Nak disekalikan pun boleh, tak salah cuma akak ambil yang afdal.......^___^

Pagi nie, akak bersahur dengan smoothie jer. Akak buat Banana Blueberry Smoothie. Perut akak pun tak berapa nak ok lagi sebab kena ceri beri makan sambal udang petai mak mertua buat jumaat lepas. Nampak petai makan tak ingat dunia, memulas2 perut menggelodak tak terkata. Angin berputar satu badan, nasib tak berputar dekat kepala. Kalau tidak, tak bangun ler terbaring sakan........taubat sekejap hehehe.......


Memandangkan akak masih lagi dalam proses berdiet, jadi ini sahajalah menu sahur akak. Setakat ini, sahur dengan smoothie akak mampu bertahan sampai ke waktu berbuka. Kalau anak2 mungkin tak mampu bertahankan. Kita yang dah tua nie takkanlah tak bolehkan......kalau yang tak boleh tu kena psiko diri tu, psiko diri sendiri hihi..........


Nak buat pun senang jer, main campur2 apa yang teringin tapi biar kena dengan selera lah.......nie bahan2 yang akak letak......

BANANA BLUEBERRY SMOOTHIE

Bahan2
2 biji pisang emas 
3 biji kurma - akak rendam dengan air panas semalaman
1/2 cawan blueberry segar
1 cawan susu

Blend semua bahan, boleh minum terus.....kalau nak rasa sedap boleh tambah madu atau gula tapi kurma tu pun dah ok manisnya



yang ini tinggalkan sedikit untuk en suami yang tak bekerja. Kalau dia tak minum, tunggu akak balik ler rembat masa berbuka nanti







Ahad, 21 Mei 2017

OREN APPLE SMOOTHIE

Assalamualaikum
Selamat pagi!!!!! Mulakan pagi ini dengan senyuman dan juga ketenangan hati. Biasalah kan, nak mulakan kerja pada hari pertama bekerja memang lemaulah..........pagi-pagi kena ceria, baru mudah nak masuk rezeki orang kata. Buat macam akak nie, pagi-pagi pekena smoothie bulat mata yang memang dah bulat nie.....

Hari ini genap sudah 4 minggu akak berdiet. Timbang pagi tadi, masih lagi kekal penurunan berat akak 3kg jer. Harap-harap ini bukan penyudahnya tapi permulaannya yang baik. Nak buat betul-betul nie akak tunggu bulan puasa nanti la.........sekarang nie jamuan kat opis tiap-tiap minggu ada. Sempena nak menyambut bulan Ramadhan kan, jadi ramai yang nak buat doa selamat. Pagi nie pun ada juga........sekejap lagi baru nak mula. Nanti kalau tak makan tuan opis kecil hati pulakkan. Sementara tunggu dia orang siapkan juadah, akak nak update blog sekejap. Tugas akak dah selesai tadi, sebagai pemerhati hehehe..........
Diet akak baru nak bermulakan jadi oklah tu turun 3kg walaupun sedikit. Semoga semangat akak akan terus jitu. Godaan pada peringkat awal biasalah tu........godaan manja-manja kawan akak cakap hehehe........nasib rakan-rakan memahami dan menyokong. 

Pagi ini akak mulakan dengan smoothie. Akak pun tak tahu nak panggil smoothie ke jus. Akak memang tak tahu nak bezakan, sama kot entahlah.......smoothie kali ini akak letak sayur sikit. Akak tambah saderi dan timun. Saderi tu katanya bagus untuk orang yang banyak asid dalam badan. Akak ler tu.........Setiap tahun cek darah dengan doktor, setiap kali itulah urid asid akak naik tapi masih ok..........semua masih dalam keadaan baik Alhamdulillah cuma berat badan jer yang makin bertambah-tambah macam belon. Belon pun makin kecut tapi akak macam dipam-pam. Tahu-tahu je nanti naik........sabar je la. Tak pe, kata orang semangat jangan luntur...........cayok!!!!cayok!!!!

OREN APPLE SMOOTHIE

1/2 biji epal hijau
1 biji oren
5 inci batang saderi
2 sudu besar yogurt
1/2 timun jepun
Sedikit air

Blend ke semuanya sekata. Dah siap terus minum. Tak perlu tambah madu atau gula







Jumaat, 20 Julai 2012

MANGO SMOOTHIE

Assalamualaikum......

Selamat petang semua. Dah makan tengahari ke belum? Opppssss!!!! Kawan2 yang dah start berpuasa hari nie jangan curi2 makan ye...hihii. Saya tak masak tengahari nie sebab tak rasa lapar lagi. Che abang pun tak nak makan. Hari nie saya bercuti ada urusan, bila dah habis tugas terus balik rumah dan menu tengahari hanyalah Mango Smoothie. Jom layannnnn...... 


MANGO SMOOTHIE
1 biji mangga masak - saya potong kiub dan bekukan dalam fridge
2 cawan susu segar
5 sudu besar gula - ikut selera ye...
4 sudu besar yogurt - kalau suka masam boleh tambah jus lemon

Blend semua bahan hingga halus. Hidangkan .


tabur dengan coklat rice, coklat chip, badam cincang






Sabtu, 7 Julai 2012

BANANA STRAWBERRY SMOOTHIE

Assalamualaikum.....

Selamat pagi semua.....sebelum mengambil sebarang sarapan mari kita mengambil segelas smoothie untuk mencuci usus kita diawal pemakanan kita hari ini. Jom minum Banana Strawberry Smoothie yang sedap lagi menyegarkan. 

BANANA STRAWBERRY SMOOTHIE

Bahan2 :
2 biji pisang montel
6 biji strawberry
250 ml susu segar
3 sudu besar madu
1 biji lemon - ambil jusnya

Blend semua bahan hingga halus. Kalau nak tambah ais ketul pun sedap gak...sejukkkk. Siap.

* Antara khasiat buah :

Pisang : kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus, potasium dan zat besi. Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa jenis buah yang mengandungi kromuim, iaitu sejenia bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk memberi tenaga. Selain itu pisang juga merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang menghadapi maslah sembelit, dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut. Kalau nak tau lebih lanjut boelah baca di sini...macam2 ada.....

Strawberry : warna merahnya yang dikatakan kaya dengan pigmen antosianin yang mengandungi antioksidan tinggi, vitamin C, B1, B2, A dimana dapat menghaluskan & mencerahkan dan mencegah kekedutan awal kulit. Antioksidannya juga dikatakan dapat membantu mengurangi risiko mengidap kanser. Terdapat juga  potasain, Asam folat yang dapat mencegah kecacatan bayi dan macam2 lagi khasiatnya...boleh baca di sini.











Sabtu, 23 Jun 2012

DRAGON FRUIT SMOOTIE

Assalamualaikum......

Minuman segar yang saya minum hari ini sebelum mengambil sebarang sarapan pagi.........


DRAGON FRUIT SMOOTIE

Bahan2 :
1 biji buah naga
4 cawan sus segar
3 sudu besar madu
3 sudu besar gula
1 biji jus lemon

Blend semua bahan hingga halus. Hidangkan. Nak blend letak ais lagi besttttt......



Ahad, 17 Jun 2012

AVOCADO SMOOTIE

Assalamualaikum.....

Jom layan sarapan pagi saya tadi, Avokado Smoothie .......


AVOCADO SMOOTHIE

Bahan2 :
1 biji buah avocado
2 cawan susu segar
3 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 biji lemon

- Blend semua bahan hingga halus. Hidangkan.



Ahad, 20 Mei 2012

DRAGON FRUIT & APPLE SMOOTHIE

Assalamualaikum.......

Sudah lama rasanya tak buat n3.....kesibukan melanda weekend nie. Sibuk kemas rumah sikit2 sebab nanti nak pindah dah....rumah baruuu...yuhuuu!!!! Tak sempat nak masak apa2 penat tak larat sampai nak makan pun tak berselera. Asyik ngap roti paratha je dengan sambal sardin...itu jer yang terdaya nak di makan...huhuhu...

N3 saya kali ini Dragon Fruit & Strawberry Smoothie. Memandangkan tak berselera nak makan jadi ngap smoothie je la...


 DRAGON FRUIT & APPLE SMOOTHIE

Bahan2 :
1 biji buah naga
1 biji apple - tak perlu buang kulit,buang tengah sahaja
3 sudu besar gula
200 ml susu segar

Blend semua bahan hingga halus. Boleh dihidangkan secara terus @ ditambah sedikit ais. Saya suka tanpa ais...



Ahad, 13 Mei 2012

BANANA SMOOTHIE

Assalamualaikum.......

Salam Tengahari buat semua. Apa menu makan tengahari nie? Saya tak masak sebab che abang keluar pergi opis ada urusan katanya. Makan tengahari saya hari ini....mmmmmm cuma segelas Banana Smoothie. Ini juga boleh dijadikan sebagai satu diet yang sihat. Minum segelas dari tadi tak rasa lapar pun....puassss!!!!


BANANA SMOOTHIE

Bahan2 :
4 biji pisang montel
400 ml susu segar @ susu cair
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar madu
1 biji lemon - ambil jusnya

Blend semua bahan2 bersama. Boleh dinikmati terus. Kalau nak rasa sejuk boleh tambah ais sedikit....sedapppppp