Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Crepe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Crepe. Papar semua catatan

Khamis, 20 Disember 2012

DURIAN CREPE II

Assalamualaikum

Salam di tengah malam buat teman2 yang masih berjaga malam. Sambil2 tengok Madagascar di tv2, buat juga lah n3 untuk hari ini. Durian Crepe nie saya buat tadi sambil buat tempahan kek2 tadi. Saya buat nie untuk di bawa balik nanti untuk mak dan adik beradik rasa. Hari tu dia orang ada buat tapi tak berapa nak jadi, sebenarnya tak jadi pun hihihi.....Jadi saya buatkan juga untuk merasa. Lain kali boleh ler buat sama2......


Saya masih lagi mengguna resepi Eyna . Saya pernah buat sebelum nie kat sini. Buat pertama kalinya saya buat memang tak berapa nak menjadi sebab dia tak gumuk2. Mungkin sebab saya guna kuali yang kecil. Untuk kali ini saya guna kuali saiz 20cm, tu yang nampak menjadi sikit montok2 tapi masih perlu diperbaiki lagi sebab ada juga yang pecah sebab nipis sangat kot kulitnya. Tak pe!! kitakan belajar dari kesilapan.........

Durian saya guna durian Perak King & Tembaga Merah. Kedua2nya sedap sangat.......Saya suka Tembaga Merah tapi suami saya lagi suka Perak King......mentang2 ler orang perak, mesti ler yob sokong perak kan.......haha. DC nie saya buat semalam 2x adunan tapi macam tak cukup jer. Lepas tu hari ni tambah lagi 2 adunan, nasib ngam2 jer buat.... durian n krim pun habis. Harap2 esok bawa balik rumah mak semua orang dapat merasa.


Bagi adik2 saya yang nak membuatnya tu boleh tengok pic dibawah nie ye sebagai rujukan, supaya nanti buat menjadi lah DC tu. Lepas tu nanti boleh lah cuba crepe yang lain pulak. Macam2 jenis crepe ada, cuma nak membuatnya tak tahu bila......tunggu je la bila masanya akan tiba......

Perak King                                                                                                    Tembaga Merah
ok, siap sudah step2nya....diharap dapat membantu adik2ku untuk mencubanya.......kalau tak menjadi juga nanti calling2 boleh buat appoinment, kita buat sama2.......:)


yang ini untuk dibawa pulang ke kampung


yang ini pula stok untuk saya, almaklum ler nanti tinggal sorang2.....suami balik perak ada kenduri, bertembung pulak dengan kenduri adik saya bertunang......nasib badan!!




Selasa, 4 Disember 2012

DURIAN CREPE

Assalamualaikum.....

Durian Crepe!!!!! Nama yang sering bermain2 di bibir rakan2 mayaku mahupun rakan2 disekelilingku. Kesedapannya memukau setiap orang yang menikmatinya.....opppsssss!!!! tak semua orang suka ye. Ada juga yang tak tergoda dengan durian crepe dan ada juga yang berulang kali memakannya sampai tak cukup2 katanya. terpulang kepada selera masing2.

Selain dari DC, ada juga crepe yang telah dipelbagaikan rasanya seperti Strawberry Crepe, Manggo Crepe, Kiwi Crepe, Peach Crepe, Cempedak Crepe dan macam2 lagi lah. Bagi saya semua itu sama je kot rasanya. Yang membezakannya hanyalah sebab rasa yang datang dari buah tu sendiri. Kawan2 boleh pilih nak perasa apa, lepas tu boleh buat sendiri ye...hehehe

Untuk membuat crepenya pun ada banyak resepi. Ada juga resepi yang guna tepung gandum sahaja, ada yang guna 3 jenis tepung, 4 jenis tepung dan yang hebat sekali 7 jenis tepung. Macam2 kan, semua atas kreativiti masing2 mengolah resepi. Saya untuk permulaan DC nie saya guna resepi Eyna Haneyna rakan saya di FB. Hebat sungguh dia dengan DC nya tu


DURIAN CREPE
Resepi : Eyna Haneyna


Bahan2 :
20gm tepung gndum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
pewarna kuning
perisa durian
 


Cara2 :

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk....sebatikan dengan whisk dan tapis.....kalau pekat boleh tambah air sedikit..
2. Boleh jugak blender.....cuma sedikit berbuih.....kena hilangkan buih2 tu dulu untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
3. Ambil sesenduk kecil.....tuang adunan dalam kuali yang dipegang..
4. Layangkan kuali agar adunan sekata..
5. Masak atas api kecil..
6. Masak hingga kering....angkat....tak perlu terbalikkan masa angkat tu.

|
FILLING..
150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dengan 2 sudu besar isi durian)
isi durian..


- letakkan FC, letak isi durian dan letak lagi FC di atasnya. Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..

hasil tidak memuaskan sebab saya guna kuali yang kecil jadi tak boleh nak lipat sangat crepenya, next time kena guna yang besar sikit.....baru montok2 kan


SELAMAT MENCUBA!!

Selasa, 13 November 2012

KREP PERANCIS @ FRANCAIS CREPE

Assalamualaikum.......

Happy Deepavali bagi rakan2 dan juga pelajar saya yang beragama Hindu. Letupan bunga api dah berdentum2 dari semalam lagi sampai ler siang hari nie. Maklum ler mereka dok sambut Pesta Cahaya malam tadi. Mungkin kat bandar Melaka malam tadi sesak dengan orang ramai lebih2 lagi sekarang tengah cuti sekolah. Saya dan suami tak ke mana2, duduk rumah sajer malas nak layan jammmm.....



Hari ini saya tak masak sebab che abang tak nak makan. Jadi sarapan pagi tadi saya buat bihun goreng untuk dia dan saya pulak buat Krep Perancis resepi dari Che Mat Gebu. Dah lama tak cuba resepi CMG. Tengok resepi CMG ni mudah jer. Niat dihati sebelum nie nak buat Durian Crepe, yang hari2 orang dok canang2 kat FB terutama sekali si Eyna Haneyna tu.

Geram jer saya tengok, nak buat tapi macam tak berani jer, takut tak jadi. Pertama kali buat crepe nie, tak berapa nak jadi lempengnya......rupanya tak licin, tapi bila yang last2 tu br menjadi cantik jer. Agaknya tepung tu kena simpan dulu kot sebelum masak, hihi.....

Kat Melaka nie tak nampak orang jual durian. Nanti2 teringin gak nak buat durian crepe.....mesti!!!!! Apa2, jom layan resepi mudah nie......


KREP PERANCIS @ FRANCAIS CREPE 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan + 2 camca besar air
1 camca besar mentega, dicairkan
Secubit garam
Whipping cream secukupnya
Buah strawberry segar - x letak
Peach dalam tin secukupnya - x letak
Bluberry filling - resepi glaze blh tengok di sini

CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam satu bekas, masukkan tepung, susu, air, telur dan garam. Kacau dengan whisk hingga semua sebati, rata dan licin, tapis adunan tadi. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
Panaskan non-stick pan saiz 8 inci, lenser dengan sedikit mentega (mat guna minyak canola). Bila panas, tuang 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan sehingga mendapat lapisan yang agak nipis. Masak dengan api perlahan hingga tepinya kelihatan perang dan sedikit longkah dari kuali, berhati2 terbalikkan dan masak sekejap (saya masak sebelah sahaja). Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
Hidangkan krep mengikut kreativit anda, samada dimakan bersama whipping cream dan buah2 segar atau sebagainya....Selamat mencuba..