Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 28 Disember 2014

BANJIR MELANDA MALAYSIA PADA PENGHUJUNG 2014

Assalamualaikum

Disaat ini, tanah air kita dilanda dugaan lagi dimana banjir menimpa di beberapa negeri. Ia berlaku di kala semua orang bersuka ria bersama keluarga kerana menikmati percutian di hujung2 tahun kerana cuti persekolahan. Adakah ini banjir yang paling teruk berlaku di Malaysia? Mungkin juga kot, sebab ada setengah2 tempat yang tak pernah mengalami banjir, mengalami banjir yang teruk hingga terpaksa berpindah. Ada juga teman2 saya yang rumah mereka di kampung, selalunya bila masa banjir hanya akan berkeadaan lecak2 sahaja. Tapi kali ini katanya, banjir hampir paras pinggang. Kesian bila mendengarnya..........

Banjir paling teruk melanda kali ini adalah di negeri Kelantan. Hampir keseluruhan dilanda banjir hingga melumpuhkan perhubungan darat di beberapa daerah di Kelantan. Tempat2 lain yang teruk, diikuti oleh negeri Terengganu dan Pahang serta Perak. Itu antara tempat2 yang kawan2 saya post pada saya. Yang paling saya rasa sedih, banjir di Kelantan. Sekolah kawan saya yang 4 tingkat, hampir ditenggelami air. Jalan raya pulak rosak teruk, memang terputus terus perhubungan. Keadaan yang begini memang menyukarkan bantuan untuk sampai dan disalurkan.

Ini antara rentetan dari kejadian tersebut. Hanya sekadar renungan kita bersama.



Semoga kita semua rakyat Malaysia dapat berdoa dan muhasabah diri. Sama2 dapat menghulurkan bantuan sekadar yang termampu.


Khamis, 25 Disember 2014

AFRINA ZULAIKHA

Assalamualaikum


Afrina Zulaikha, Permata Hati Roziyah & Abdullah. Lahir pada 17 Zulkaidah, 12 September 2014, 8.45 malam. Lahir di saat adik ipar saya akad nikah di Negeri Sembilan, adik bongsu. Kini Afrina sudah berusia 3 bulan 2 minggu. Semakin membesar dan semakin bijak. Rajin bercakap bila di agah. Ahhhhhh!!!!!!! Rindunya dah 2 minggu x jumpa........


Gambar2 semasa Majlis Aqiqah yang lalu. Tak puas tengok makhluk dari syurga nie......Semoga membesar sebagai anak yang solehah, sihat dan cerdik serta menjadi anak dan cucu yang dibanggakan.......Aminnnnnnmm


Sabtu, 20 Disember 2014

APAM MENTEGA

Assalamualaikum

Selamat malam, selamat menonton perlawanan bolasepak akhir antara Malaysia vs Thailand, Piala Suzuki AFF 2014. Semua orang sibuk menonton, saya pulak sibuk kat dapur dok bikin Apam Mentega. Terlewat saya nak membuatnya, kan dah tak dapat tengok. Sepatutnya petang tadi nak buat boleh terlupa pulak saya, nasib tak basi air gula hangus hehehehe........

Sambil dok bikin, telinga nie dok dengar jer suami saya kat depan tu dok jerit2. Memang boleh buat hati meletup2 nak ke depan nie. Mujur resepi apam mentega nie senang jer nak buat. Sementara nak perap, dapat juga saya tengok sekejap tapi Malaysia dah dapat 2 mata gol. Tahniah Malaysia........tunggu masa ke dua pulak......


Berbalik kepada n3 kali nie, resepi apam saya dapat di dapur nurniezza , kawan kita yang dok nun jauh di Finland, tapi saya rasa sekarang nie dah balik Malaysia kot. Dulu saya suka tengok n3 niezza sebab dia selalu post gambar buah2an yang fresh dari ladang. Berlambak2 buah, teruja sungguh sampai minta dia pos kan sikit hihihihi......gerammmm.......Untuk resepi apam nie memang sedap. Saya nie tak suka makan kek gula hangus tapi apam nie, walaupun guna gula hangus saya rasa sedap pulak. Mungkin sebab guna mentega, tu yang buat rasanya sedap sangat.........

Bagi yang nak mencuba, silakan ambil resepinya............


APAM MENTEGA
Sumber : niezza
Resepi : kak sofea

Bahan2 : (+- 50 biji)

Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega

Bahan B
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum *
2 sudu teh soda bikabonat (*ayak bersama)
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara2:
1. Gula hangus : Masukkan gula dalam periuk. Masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api (untuk mengelakkan air gula dari terpercik semasa air dituang) dan masukkan air. Nyalakan semula api, kacau hingga larut dan masukkan mentega. Kacau rata dan ketepikan.
2. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
3. Kemudian masukkan susu diselang selikan dengan tepung. Gaul semua hingga sebati.
4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang di sapu sedikit minyak. (Adunan ini, jika dituang penuh ke dalam acuan tidak mengapa kerana semasa di masak ia tidak akan melimpah) .
5. Kukus selama 15 - 20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah. 







Jumaat, 19 Disember 2014

SUP IKAN

Assalamualaikum

Salam Jumaat semuanya. Moga hari ini diberkati Allah S.W.T. hendaknya. Hari ini saya tak ada apa2 aktiviti samada aktiviti di rumah ataupun di luar rumah. Bila tak ada apa yang nak dikerjakan jadi dapatlah saya memasak hari nie. Selalu bila tinggal seorang kat rumah waktu2 hari jumaat, saya masak untuk diri saya sahaja. Tapi hari nie, masak siap2 untuk suami. Menu saya Sup Ikan Merah, Sambal Sotong dan ulam kobis. Simple2 jer......yang penting suami suka makan. 

Sebelum nie saya pernah buat sup ikan dan suami saya suka. Pada awalnya dia rasa macam pelik dengar lauk sup ikan, sebab tak pernah makan katanya. Pertama kali makan dia suka dan kali nie saya buatkan lagi. Semoga rasa pelik dia tu akan hilang hehehe................


SUP IKAN 

Bahan2
1 ekor ikan merah (saiz sederhana)
1 bungkus sup bunjut
sedikit rempah 4 sekawan
1 sudu besar rempah tok mak (x de pun x pe)
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *(*ditumbuk)
2 inci halia - dititik
1 sudu teh lada hitam
daun sup
daun bawang
garam
minyak

Cara2:
1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan, lada hitam, bahan tumbuk, halia dan rempah tok mak hingga naik bau.
2. Masukkan air dan sup bunjut. Apabila mendidih masukkan ikan dan garam, biarkan mendidih dan ikan masak.
3. Tutup api, taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan


jemput makan ye semua
 

yang ini saya gatah jer tak makan dengan nasi, macam makan sup tulang tu........






Isnin, 15 Disember 2014

BENGKEL PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN DI PULAU PANGKOR..........2

Assalamualaikum

N3 hari ini, kita sambung cerita di Pulau Pangkor. Maaf la ye, nak tayang juga kenangan nie. Hari Kedua, kami melakukan senaman pagi di tepi pantai seawal 7.30 pagi. Bersenam sambil menghirup udara segar dari pantai memang menyeronokkan sambil bersenam ala2 Thai Chi bagi melakukan regangan. Senaman nie persediaan sebelum Jungle Tracking yang akan dilakukan selepas itu. Dah sebulan tak melakukan senaman selepas sukan hari tu. Rasa macam nak tertanggal skru sebab sakit kaki dan tangan masa sukan hari tu masih terasa lagi, ngiluuuuuuuuu........nyut.....nyut.....Selepas habis senaman, kami semua bersarapan dan berehat sekejap di dalam bilik.


Setelah berehat, kami berkumpul di lobi untuk mendengar taklimat dari pihak hotel berkenaan dengan Jungle Tracking. Saya, kalau aktiviti yang ini ok cuma pacat je yang membuatkan saya jadi tak ok. Masa kami masuk hutan hari tu nasib kami memang tak berapa baik sebab malam tu hujan jadi semua tok nenek pacat keluar. Bila dengar ayat fasi macam tu, cakap pulak sambil senyum2......arghhhhh!!!!!! rasa macam nak tenyeh2 jer muka dia dengan roti. Masa tu rasa macam nak balik bilik jer.....kalau kena nasib la tapi saya memang kena satu das, sampai sekarang kesan gigit tu masih ada tak mahu hilang, gatal pulak tu........mesti kesan tu kekal kot, bintik merah. 

Fasi tu gelak jer bila saya buka kasut tengok stokin dah penuh darah. Katanya, anggap sahaja amalan sedekah.......ceh!!!!!!  sabar je la kan.........Selepas tamat jungle tracking, kami terus ke aktiviti Water rafting. Buat rakit sendiri, saya tengok jer sebab tak pandai nak ikat. Kawan saya cakap saya ikat macam ikat plastik makanan, pulak dah..............Disebabkan saya tak tolong ikat, jadi saya berkayaklah, kayuh rakit sampai nak tercabut lengan rasanya. Apa2 pun, itu pengalaman saya yang amat menyeronokkan.


Setelah tamat water rafting, kami balik ke hotel dan menunggu masa untuk makan tengahari. Sebelah petang pula aktiviti Outdoor Challenge. Aktiviti yang ini biasa2 sahaja, dah selalu sangat buat dan tengok......