Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 31 Disember 2011

TENGGIRI MASAK KICAP

Assalamualaikum......Salam tengahari. Makan apa tengahari nie? Saya simple2 je ikut selera che abang, udang goreng tepung, ikan kerisi goreng kunyit dan ikan tenggiri masak kicap. Che abang suka la tu....

IKAN TENGGIRI MASAK KICAP

Bahan-bahan :
4 kelar ikan tenggiri 
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 st halia kisar
2 biji bawang besar - hiris bulat
6 biji cili api
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk
3 sb sos cili
2 sb kicap manis
2 sb sos tiram
Air asam jawa secukupnya
Daun bawang
2 biji kentang - potong kasar dan goreng hingga separuh masak
Minyak secukupnya

Cara-cara :
1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau, masukkan sedikit bawang hiris, cili padi dan tumis lagi. 
3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan air asam jawa. Bila mendidih masukkan kentang goreng dan ikan. 
4. Apabila kuah agak sedikit pekat masukkan daun bawang dan tutup api. Hidangkan.


KUIH KERIA

Assalamualaikum.....Selamat pagi semua. Dah sarapan ke belum? Sarapan apa hari nie? Saya bersarapan bihun goreng dengan kuih keria je . Agak lama juga tak buat kuih keria. Bila tengok n3 ita hari tu, geram sungguh. Balik kerja terus pergi beli keledek tapi hari bercuti nie baru la berkesempatan nak buat. Jom tengok resepi dari Kak Wan yang dikongsi oleh ita.....
KUIH KERIA
By: Kak Wan
Rujukan : 
Citarasawan
Perkongsian : masam manis



250 gm keledek putih atau oren - saya guna keledek putih je
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam


Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir - saya guna 60 gm
3 sudu besar air



Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas 
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu - dapat 11 ketul jer ye
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk

Untuk menyalut keria
Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera
* jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut

Jumaat, 30 Disember 2011

APAM YOGURT

Assalamualaikum.....berjumpa lagi kita di sini. Dah makan malam ke belum. Saya tak makan malam nie cuma makan apam yang saya buat petang tadi. Senang je nak buatnya. Pertama kali buat apam. Sebelum nie tak pernah pun buat apam sebab takut tak jadi. Masa rehat kat tempat kerja tadi dok belek2 blog ita nak tengok apa2 yang boleh nak dibuat weekend nie. Tiba2 ternampak pulak apam yogurt ita yang begitu mengiurkan dan membuatkan ku kelaparan terus. Dok pikir2 bahan semua ada apa lagi meng'apam' la jawapnya makan malam nie. Che abang pun tak nak makan nasi, cantekkkkk. 

Masa kukusan yang pertama tak berapa nak naik. kembang memang la kembang cuma tak berapa nak naik, tak puas hati apasal tak jadi cantik pulak. Tengok balik resepi ita tu, laaaaa...rupa2nya kena guna api kuat baru la dia naik cantik kembang. Masa tengok resepi ita tadi tak perasan pulak suruh guna api yang kuat. ishhhh ade jer yang terlepas pandang, itu la kalau orang tak sabau. Bila kukusan yang ke2, kuatkan api dan hasilnya wahhhhhh!!!! ade yang pecah 3, pecah 4 dan ade yang pecah 5. Berjayayoyoyoyoyo!!!!!!! (itu ejekan suami saya untuk saya kalau dia nak sebut berjaya sambil bengot2kan mulut dia...hehehe...). 

Tapi saya tetap tak puas hati sebab tak secomel apam yogurt ita yang begitu nampak berseri2 macam muka ita tu. Muka saya tak berseri2 kot atau tak sabar dah tutup api ataupun sebab saya tak tutup penutup kukus dengan kain. Adoiiiiiii hai semuanya terlepas pandang. Bila buat kerja tergesa2 mesti ade yang tak kena.....lemauuuuu tulll...

APAM YOGURT

by :  Rima
Sumber : Izah 
 Perkongsian : masam manis

Bahan-bahan :
2 cawan gula castor *kurangkan - saya guna 1 1/4 cawan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder - saya guna baking powder 
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat - x letak
Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.

*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh  jem atau filling dan pewarna kesukaan

*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.

MUKMIN JAYA SEAFOOD RESTAURANT

Assalamualaikum......Saya nak n3 kat sini satu restoran di Limbongan, Melaka . Restoran makanan cina halal yang baru dibuka dan diusahakan oleh seorang wanita melayu bersama rakan niaga seorang muallaf   (kalau salah betulkan ye). Makan tengahari dengan che abang. Boleh tahan la dia punya makanan dan yang paling best sekali udang dia...besauuuu..puas makan. Che abang makan udang sikit je, selebihnya che kak taler la..lalalala..besttttt x cukup...nak lagi!!!!


Nasi goreng sedap sangat2....terasa semuanya, sudah le banyak sedap pulak tu...walllaaaa!! che abang punya


Air soya cincau....saya punya


udang goreng butter.....sedapnyeeeee, tak pernah lagi rasa sesedap nie..lemak berkrim


tengok lagi....


dan lagiiiiiii.......



nasi goreng hong kong....sedappp



menyelerakan...kami akan datang lagi...tunggu dapat gaji la....

TERBELAH SUDAH...DASAT WOOOO!!!!!

Assalamualaikum...Salam Jumaat untuk semua kaum muslimin dan muslimat. Para2 muslim sudah atau sedang atau akan menjalankan kewajipan fardu ain, lakukan dengan penuh ketaqwaan. Moga dapat pahala yang Afdhal....Aaaaaminnnnnn.

Sekarang nie saya nak n3 petua pulak. Satu petua yang cukup2 mudah dan cepat serta memberi kesan yang cukup2 memberangsangkan. Mungkin ada yang sudah sedia maklum pasal petua ini tapi saya cuma nak kongsi sahaja dan untuk tatapan atau ingatan pada masa2 akan datang (takut berlaku lagi hehehe...). Petuanya ialah bagaimana nak hentikan pendarahan pada luka. Luka yang besar la sampai boleh memberi kesan pada yang terluka tu hahaha. Ini semuanya sebab telah berlaku satu insiden yang tak disengajakan oleh che abang ku sayang semasa nak masak burger. Aduhaii!!...memang menakutkan sungguh sebab tak pernah lagi tengok luka macam tu dengan darah yang memancut2 keluar. sebabnya che abang terbelah tapak tangannya sampai ternampak isi dalam, apa lagi memancut2 la darah. Masa tu saya tengah tengok tv sambil mengait alas meja, tiba2 dengar suara halus panggil dari dapur. Petuanya ambil secubit kopi dan lekapkan pada luka dan kemudian balut dengan kemas. InsyaAllah darah akan berhenti serta merta sementara nak pergi klinik tu kan. Selamat Mencuba !!!!!

Tapi saya nak letak juga kat sini bagaimana kejadiannya (nak buat sketsa la kejap). Dialognye lebih kurang macam nie la....

suami: khairi, datang sini kejap.
isteri : abang nak apa? kejap ya...
suami: khairi, datang kejap tolong abang.
isteri: ok.(dalam hati tertanya2, nape pulak nak masak burger sampai nak mintak tolong nie,musykil)..

maka si isteri pun pergi la ke dapur. Tengok2 suaminya dah genggam pergelangan tangan dengan kuat sekali sambil cucuh tapak tangan di bawah aliran air paip yang dibuka besau ..Tiba2.....

isteri: Ya Allah, abang kenapa nie (terbelelek mata kau jangan tak tau)...
suami: (dengan muka sedih) abang tercocok pisau kat tangan.
isteri: kenapa pulak boleh jadi macam tu...
suami: abang nak belah burger (sebab baru kuar dari fridge-kes tak sabau la nie huhu...)
isteri: La....meh sini nak tengok..


Bila dia tunjukkan tangan dia...Ya Allah apa lagi menjerit la si isteri sebab darah meleleh2 berselerak dalam singki. Cepat2 isteri pergi cari kain tak jumpa (punya la kalot sampai cari kain batik tak jumpa hehehe...). Last2 dia capai kain tudung , dicarik2 kan kain tu (waaaa tudung dah koyak sob..sob..) dan terus balut kat pergelangan tangan untuk hentikan sekejap pengaliran darah sebab banyak sangat darah yang keluar takut pengsan nanti (itu pun che abang dah rasa nak pitam). Ambil secubit kopi dan pekapkan sementara nak balut. Bila tengok che abang nak pitam terus bawak dia pergi baring kat depan sementara cari bandage untuk balut tangan (nasib ada). Lepas dah balut dia baring kejap sebab dah nak pengsan katanya. Lebih kurang dalam 1 jam baru pergi klinik. 


Doktor nak jahit tapi che abang tak nak (spesis takut jarum hahaha...). Doktor cuci je, 1 minggu doktor tak bagi buka balutan, nasib badannn...Bila pergi opis apa lagi kecoh la. Member2 tanya cakap terseliuh, students tanya pun cakap terseliuh, oooooo!!! pandai tipu yee....tu la orang potong burger bukan potong tangan..


Tak sampai 1 minggu che abang dah buka balutan. Masa buka balutan tu tengok memang tak cantum lagi tapi darah tak de keluar macam masa mula2. Memang mujarab kopi tu..hehehe...Sungguh memberangsangkan, syukur pada Allah, Alhamdulillah.... Bukan saja kopi sedap diminum tapi bagus untuk luka.



Dalam masa tak sampai 2 minggu dah baik, itu pun berpantang ye...tak makan ayam, telur dan apa jua yang tak boleh dimakan (ikut pantang orang operation you...). harap lain kali tak akan berlaku lagi perkara2 yang tidak diingini...Ingat ye CHE ABANG!!!!

MyVi CAYANG

Assalamualaikum....sihat tak hari nie? Makan apa tengahari nie. Saya malas nak makan, sarapan tadi makan nasi lemak sambal telur puyuh dengan nescafe tarik...sungguh mengenyangkan . Sampai sekarang terasa kekenyangannya . Saya nak n3 pasal kereta kesayanganku apalagi Myvi la (ada lagi yang lain ke hukhuk...ada tapi che abang punya la). Bukannya apa masa nak pergi kerja tadi che  abang tegur eh!!! cantik la no nie, ingatkan apa la rupa2nya miles dah menunjukan angka 111111 tu yang dok teruja tu. Siap dia cakap cepat2 ambil gambar, sanggup tu berhenti kat tepi nak suruh ambil gambar nak buat kenang2an. Kelam kabut nak mengambilnya dah le guna handphone je dengan kereta yang banyak...sabo je la...Layan kan je.


nie la miles nya...cantikkan tapi tak clear sangat...

yang ni nampak sikit sebab che kak yang ambik gambar...

yang nie che abang amik..syilauuuu

Harap che abang puas hati..lalalalala!!!!!!!

' TENTANG DHIA '

tentang dhia


Assalamualaikum.....terlewat sikit nak n3 ' Tentang Dhia ' nie. Saya mengikuti cerita nie dari awal sampai habis sebab saya memang minat sangat kat Nora Danish & Adi Putra la . Cerita nie ending dia memang la menyentuh hati tapi banyak sangat persoalan yang bermain difikiran....Lepas tengok episod akhir semalam ingat nak n3 la...tapi bila buka je FB, wahhhhh!!!!ramainya yang komen kat wall saya, tak jadi nak n3 dok melayan diaorang. Rupa2nya ramai yang mengikuti cerita nie, ingat saya sorang je yang follow sebab selama nie tak de pulak yang dok bercerita pasal ' Tentang Dhia '. Ramai juga la yang tak puas hati dan sedih sangat2 dengan endingnya termasuk la saya.. meleleh juga la air mata nie..sob..sob...sob..


Memang banyak yang saya tak puas hati...bukannya apa kalau hero dan heroin meninggal ok la boleh terima, tak de la nampak macam hindustan sangat tapi apa kesudahannya dengan mak mertua Dhia, takkan tak de perkara yang boleh menginsafkan dia. Memang la last2 dia ada cakap perkara tu syirik tapi cara dia cakap tu macam biasa la dia nak 'cover line'. Adik zikir macam mane pulak tak insaf juga ke, lurus bendul bebenor , belajar je tinggi . Yang si Rose tu nampak juga la ada rasa kesal sikit tapi kesal macam tu je. Buat la nampak macam kalut sebab dia dah buat Dhia sampai 'tumpah darah', buat la mak Zikir tu jadi gila ke baru la best nampak pembalasannya, baru la puas hati aku nie..hehehe geram sungguh dengan perempuan tu eeeyyaaaaaa!!!!!dushdush...mampos..puas hati..huhuhu!!!!


 Apa tujuan pengarah tu sebenarnya sebab timbulkan terlalu banyak persoalan. Rasa macam tak puas tengok Dhia dah habis citer. Rindu kat Dhia ngan Zikir yang baik tu. Meninggal dengan keadaan rasa kasih dan sayang yang terlalu mendalam hingga ke akhir hayat. Sehidup Semati...wwaaaaaa!!!!Sedihhhh...





Aduhai Dhia, adalagi ke wanita macam tu kat dunia pada masa nie. Baiknya Dhia, baik sangat2 rasa kalau jumpa la perempuan macam tu nak je ku jadikan 'buah hati pengarang jantungku' hehehe....muahhhhmuahhhh..wallaaaaa !!!!!Apa2 pun 'Tentang Dhia' tetap best....rinduuuu!!

Rabu, 28 Disember 2011

ABOK-ABOK

Assalamualaikum....Alhamdulillah syukur nikmat kepada yang Maha Esa kerana diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Segala kerja telah pun selesai dilakukan. Kursus-kursus kakitangan telah pun dibuat, HRMIS dah siap dan SBPA telah pun ditandatangani, pilihan telah pun dibuat, boleh buat pilihan ke...:::(((((...haiiii...Ehhehh, jangan mengeluhlah Khairiah tu tandanya orang yang tidak bersyukurrrr. Ya Allah , hamba Mu bersyukur dengan rezeki yang ada Aaaaaminnnnnn.


Mohon dijauhi dari segala yang kurang menyenangkan.Semuanya telah selesai sampai tak ade selera nak makan malam, kalau tak makan nanti lapo , mmmm....nak makan abok-abok la. Dah lama juga tak buat. 


Weiiiii....banyak nye gula melaka....kelapa pun terlebih sudah....hehehe....memang saja lebihkan kelapa dan gula melaka sebab nie saya punya....baru besttt tapi jangan banyak sangat, nantiiii.....??????Jom layan resepinya....



ABOK-ABOK

Bahan-bahan:
100 gm sagu putih
100 gm sagu merah
120 gm kelapa parut (putih)
60 gm gula merah
20 gm gula halus
sedikit garam
daun pisang - layorkan


Cara-cara:
1. Basuh sagu dan toskan.
2. Kelapa parut digaul dengan sedikit garam. Campurkan gula merah dan gula halus, pastikan gula melaka tidak berketul.
3. Bagi kelapa 2 bahagian dan masukkan ke dalam sagu dan gaul secara berasingan .
4. Bentukkan daun pisang seperti bentuk kon dan pinkan tepinya supaya tidak terbuka.
5. Masukkan 2 sudu besar adunan sagu, letakkan 1 sudu teh campuran gula dan kemudian timbuskan 1 sudu besar dibahagian atas. Lipatkan bahagian atas daun pisang dan susn di dalam loyang.
6. Kukus selama 30 minit.



Isnin, 26 Disember 2011

PIE EPAL PUFF

Assalamualaikum....Sihat ke hari nie? InsyaAllah sihat walafiat hendaknya....maklum la hari nie kan cuti sempena Hari Natal yang disambut semalam jadinya hari isnin semua bercuti....Hari nie tak kemana2 Melaka nie sesak sangat nak ronda2. Dok umah je la....tengok tv berulang2..BOSANNNNNNN.


Hari nie saya nak n3 pie epal puff yang saya tengok kat CMG. Che Mat Gebu namanya...orangnya tak pernah kenal pun tapi yang pasti orangnya rajin bebenor memasak, setiap masa hari2 ada saja n3 dia yang buat mata nie dok celik jer...buat saya tak sabo2 nak mencuba resepinya. CMG ni jugak antara blog masakan yang saya mesti tengok setiap hari...kalo tak tengok mesti terbayang2 apa yang CMG masak hari nie....sebokkk jeee kann. Jom tengok resepi pie epal puff CMG nie....
PI E EPAL PUFF
Resepi :CMG
Dikongsi : SriRasa BiDara


Bahan-bahannya :
1 paket puff pastry jenama 'KAWAN' - saiz 4" x 4"
1 kuning telur *
1/2 camca teh esen vanila * (* disatukan dan dipukul sedikit)
2 biji epal hijau - kupas dan potong dadu kecil
2 camca besar kismis - saya guna 5 biji kurma
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis
3-4 camca besar gula perang (soft brown sugar)
1 camca besar mentega berkualiti tinggi
1 camca teh tepung jagung
Secubit garam




Cara-caranya:
1. Cairkan mentega dalam non-stick pan, goreng epal dan kismis hingga harum, masukkan gula perang dan serbuk kayu manis, kacau rata dan biar epal sedikit layu. Tambah gula perang, masak hingga pekat. Masukkan secubit garam dan tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api kecil. Sejukkan .
2. Ambil sekeping puff pastry, kerat dua. Satu bahagian dikelar atau ikut kreativiti masing2 untuk mencorak. Latak 1 camca besar inti dalam bahagian satu lagi, kemaskan dan tutup dengan puff pastry yang bercorak. Tekan tepinya dengan garfu, susun dalam loyang pembakar, buat hingga siap dan sapu kuning telur.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk sarapan atau minum petang.




Ahad, 25 Disember 2011

JEMPUT-JEMPUT ROTI

Assalamualaikum.....sejuknya hari nie. Walaupun sudah nampak cahaya matahari tapi angin bertiup sepoi2 sejuk gila terasa sampai ke tulang. Mandi dengan air panas pun terasa juga sejuknya sampai biru bibir nie dibuatnya. 
Hari nie sarapan buat cucur roti saja dari hasil skodeng kat blog kak ummi. Memang tak rugi sedap sangat....garing di luar dan lembut di dalam, memang sesedap rasa. Ini kali ke 3 saya buat, tak rugi bestttttt....Jom tengok resepinya yang begitu mudah....Kak Ummi mohon share kat sini ye...TQ.

JEMPUT-JEMPUT ROTI
Resepi : BroRozzan
Sumber : kak Ummi

Bahan-bahan: (saya buat separuh je)
14 keping roti - koyak2kan menjadi kepingan kecil
80 gm isi ayam - dipotong dadu kecil - saya x letak
80 gm udang - dicincang/dihiris
1 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji telur - di pukul sedikit
1 labu bawang besar - di potong dadu
2 biji cili merah - di hiris halus
50 gm jagung dalam tin - x letak
sedikit daun sup/bawang - di hiris
2 sudu teh serbuk lada sulah - x letak
garam secukup rasa
8-10 sudu besar tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara:
1. Masukkan roti tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Tuangkan air dan susu dan biarkan sebentar sehingga air/susu meresap ke dalam roti.
3. Masukkan telur, isi ayam. udang, cili, bawang, jagung dan daun sup/bawang. Gaulkan sebati.
4. Akhir sekali masukkan serbuk lada sulah, garam secukupnya dan tepung jagung. Gaulkan rata.
5. Jika adunan cair, bolehlah ditambahkan lagi roti atau tepung jagung.
6. Panaskan minyak dan gorengkan adunan seperti menggoreng jemput-jemput. Angkat dan hidangkan dengan sos cili. 



Sabtu, 24 Disember 2011

CROCHET....DULANG HANTARAN

Assalamualaikum.....Bersua lagi kita untuk kesekian kalinya. Kali ini saya n3 crochet lagi. Saya buat untuk alas dulang hantaran. Untuk alas telefon boleh gak, nak tutup astro pun muat jugak, apa2 je la yang muat untuk ditutup. Jom kita layan.....