Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 18 Disember 2011

KUIH SERI MUKA KASTARD

Assalamualaikum....
Sekarang nie nak N3 pulak kuih yang saya panggil Kuih Seri Muka Kastard ....hehehe, boleh ke panggil gitu.Kuihnya saya buat semalam, resepi sebenarnya macam biasa la skodeng kat tempat kak ummi yang rajin masak tu. Apa saja yang saya cuba pasti kena dengan selera saya...masamnya, manisnya kena saja dengan tekak nie...selera sama kot. Tapi untuk resepinya saya ubah sikit...kira derhaka la kejap, Sori kak ummi, bukan apa sebab nak perhabiskan jagung manis yang ada tu . Walaupun gambonye tak cantik tapi rasanya...wallaaaaaa!!!!



- potongan kuih tak cantik sebab panas lagi dah potong sebab lambat sangat nak tunggu lagipun potong guna pisau biasa sebab pisau plastik dah tak jumpa....

KUIH SERI MUKA PELANGI (versi saya KUIH SERI MUKA KASTARD)
oleh K. Hanieliza
sumber : Ummi Kuantan

Bahan:- (saya buat 1/2 adunan,macam biasala...)

Lapisan Bawah:-
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan pulut - dibasuh dan direndam 3 jam
1 sudu teh garam

-Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
Apabila telah masak, angkat dari kukusan dan mampatkan pulut dengan menekan2 pulut (akak gunakan penekan kek lapis dialas dengan plastic bag)- (saya guna plastik jer). Biar betul2 padat.

Lapisan Atas:-
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung kastad - (saya tambah jagung creamy 1/2 cawan untuk 1/2 adunan)
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telor
3 sudu makan gula pasir (untuk 1/2 adunan saya letak 1/2 cawan)
sedikit garam
(beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat paste)- (saya letak warna oren)

- Bancuhkan kesemua bahan lapisan atas kecuali pewarna. Kacau sebati dan tapiskan.
- Bahagikan adunan lapisan pelangi (atas) kepada 4 mangkuk. (*akak bahagi 3 sahaja - lebihkurang 1 cawan setiap 3 bahagian).
- Masukkan setiap mangkuk dengan beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat berasingan, kacau masing2 hingga sebati.
- Letakkan semula loyang berisi pulut tadi di atas kukusan. Lapiskan dengan lapisan hijau dan kukus selama 10 minit.
- Buat lapisan seterusnya hingga habis. Kukus setiap kali selama 10 - 15 minit. (*untuk lapisan terakhir akak kukus lebih lama lebihkurang 20 - 25 minit).
- Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dipotong.
- Hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

* Cara saya , Bancuhkan kesemua bahan lapisan atas kecuali jagung. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan jagung dan masak sebentar di atas api perlahan . Bila dah pekat sedikit curahkan ke dalam loyang berisi pulut dan kukus .

2 ulasan:

  1. salam....

    suka makan kuih seri muka puding kastard ni..

    BalasPadam
  2. As salam...
    rajinnya buat kueh sri muka..cantiknya mesti masa buat ni muka berseri2...

    terima kasih bagi info..nanti ucu google kt mn ada chalet ye..

    BalasPadam