Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 18 Disember 2011

KEK KUKUS HUJAN PANAS



Assalamualaikum....tengah buat apa tu? Jom tonton 'RM 1,000,000 Money Drop', itulah rancangan yang sedang hangat sekarang nie.Memang seronok tengok cerita tu sebab bermacam2 ragam dan perangai yang dapat kita lihat. Tapi yang tak bestnya bila ada soalan yang begitu mudah tapi tak dapat nak pilih jawapan yang betul, habis dibahagi2 duit tu sebab tak pasti jawapan yang betul....oooo payohhhh!!!Tu la manusia, tak berapa nak cerdik...sama jugak la dengan diri sendiri nie, banyak benda yang tak tahu...hehehe. Kita belajau sama2 ye...


Ok la hari nie nak kongsi resepi Kek Kukus Hujan Panas yang saya buat petang tadi....sedap sangat2 tau dan mudah sangat2 macam buat kek biasa jer..Resepi saya skodeng kat blog kak ummi dan blog si Ryo tu…saya buat 1/2 adunan jugak macam kak ummi, nanti nak buat lagi la sebab sedap sangat2….



KEK KUKUS HUJAN PANAS
Resepi: Ryo
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home


Bahan:-
• 325 g butter/margerin (akak ummi letak 160 gm)
• 1 1/2 gelas gula (akak ummi letak 3/4 cawan)
• 2 1/2 gelas tepung gandum (akak ummi letak 1 1/3 cawan)
• 5 biji telur gred A (akak ummi guna 3 biji telor gred A, 2 biji pun ok)
• 150 g seri kaya (akak ummi letak 80 gm)
• 50 g susu pekat manis (akak ummi letak 25 gm)
• 300 g kelapa parut (akak ummi letak 130 gm)
• sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.


Caranya :
1. Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih
2. Pukul butter bersama gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan serikaya, susu dan tepung. Pukul lagi hingga adunan sebati, ketepikan.
6. Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu.
7. Masukkan kesemua kelapa parut berwarna ke dalam adunan, gaul sebati.
8. Tuang adunan ke dalam bekas 9"x9" yang sudah di griskan, tutup dengan aluminium foil. (saya tak tutup pun)
9. Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam atau hingga masak.Potong apabila kek dah sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan