Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 5 Disember 2011

Amalan awal pagi

Assalamualaikum.....

Selamat pagi semua, hari nie bersiaran awal pagi sebab hari ini datang kerja awal sikit sebab budak2 ada exam (bukan saya yang buat pun). Tak de apa pun yang nak dibebelkan kat sini cuma nak berkongsi sesuatu yang saya dapat dari blog Dr Hamid. Memang suka tengok blog Dr, banyak perkara yang berfaedah yang kita perolehi. Jom kita kongsikan .....

Amalan awal pagi

Jadikan satu tabiat dan amalan hidup untuk bangun pagi sebelum tiba waktu subuh untuk mengerjakan solat tahajud, membaca quran dan berzikir. Pahalanya amat besar dan Allah SWT akan mengampunkan dosa2 kita, mengurniakan rahmat yang tidak terkira banyaknya untuk hari itu, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Banguan awal pagi bukan suatu perbuatan yang mudah, ia perlu azam yang kuat, kesungguhan dan ketabahan.

Tetapi tabiat atau budaya ini bolih disemai dan dilatih sejak dari kecil lagi. Memang jadi ia sudah sebati dengan saya, iaitu bangun pada pukul lima pagi, tapi saya tidur awal pada malam hari, pada pukul 10 - 10.30 malam. Menonton televesyen bukanlah satu minat fanatik saya. Hanya setakat menonton berita dunia dan drama purba korea pada hari minggu. Saya tidak minat langsung kepada drama2 tempatan. maaflah kalau ada yang merasa tersinggung.

hamidarshat

hamidarshat7.blogspot.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan