Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 31 Januari 2015

BURGER SEMPOI.......

Assalamualaikum

Dah bersarapan ke belum? Saya sarapan hari ini yang ringkas je, Burger sempoi........Sempoi la sangatkan, itu pun terkejar2 sebab dari subuh tadi dah sibuk godeh2 snow cheese cake orang tempah. Bukan kek je, dengan apam polkadot juga sikit. Sekarang nie baru nak belajar2 ambil tempahan tapi yang ringkas je la. Kalau nak yang deko susah2 tu memang saya angkat tangan. Saya memang tak berani nak ambil2 tempahan kek nie tapi buat bagi orang rasa saya no problem, bereh sokmo. Memang ada gak yang muncung2 sebab saya tak nak buat kek dia tapi  apapun saya tak heran janji orang tak mengata kat belakang. Walaupun orang cakap " tak pe kak, saya tak kisah tak cantik pun, saya tak cerewet". Itu memang saya tak akan terpedaya sebab kita kalau nak buat, nak bagi orang makan lebih2 lagi yang berbayar, mesti kita nak yang terbaikkan, walaupun kita nak bagi orang rasa sekalipun, mesti bagi orang suka. Saya kalau buat makanan yang tak menjadi, saya akan makan sendiri. Kalau sedap baru saya bagi kat orang......nanti orang mengumpat, kita gak yang tumpang dapat dosa......


Ini burger sarapan saya, merangkap makan tengahari........yang ini saya punya special sikit tapi kalo suami saya punya, yang hijau2 tu dipersilakan keluarrrrrr!!!!.........dia memang fobia kalo ada sayur2 hehehe.......tapi bila dia tengok burger kita tinggi, cantik menawan dia bising pulak "ohhhhhh!!! dia punya burger cantik, special, tinggi lagi, orang punya tak cantik". Tu la sape suruh tak makan sayurkan hehehe........apa boleh buat, pilihan selera sendiri


Ini rupanya setelah dipotong. Sebelah makan sarap pagi tadi, sebelah lagi nanti makan kejap lagi, nak buat apam kejap. Jemput tengok ye.......








Ahad, 25 Januari 2015

APAM PISANG COKLAT URAI

Assalamualaikum

Salam di hujung minggu. Hari ini tak bekerja, cuti.......ada perkara emergency yang nak diuruskan, pasal kereta.......dua2 masuk bengkel.........Harap2 semua urusan hari ini berjalan dengan lancar. Hari ini tak masak tengahari sebab che abang tak nak makan katanya. Dia nak makan bihun yang dia masak pagi tadi. Bihun masak guna perencah adabi. Suka dia bila first time masak dan orang puji sedap. Ok lah tu walaupun guna perencah segera tapi keikhlasan tu yang penting. Hari nie mem goyang kaki ye.........


N3 saya pagi nie bukanlah bihun goreng air tangan suami tapi, Apam Pisang Coklat Urai. Apam lagi!!!!!!! Memang tak boleh nak tolak ler.......Apam nie saya buat sikit, pisang lebih saya buat hari jumaat hari tu. Masa buat hari jumaat lepas, sedap tak terhingga rasanya apam ni. Makan apam sajer dah sedap, bila makan dengan kelapa, lagilah bertambah sedap. Jadi saya bagi jiran saya rasa sikit, benda sedapkan kenalah kongsi2. Hari nie buat lagi........sedap tau, rugi tak cuba. Resepi nie saya copy dari dapur ita masam manis


APAM PISANG COKLAT URAI

Bahan2:
5 biji pisang emas - kalau pisang besar dalam 3 biji
1 cawan tepung gandum
1 susu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovalete
3 sudu besar coklat urai


Panaskan kukusan.
Balut tutup kukus dengan kain.
Sediakan acuan kecil atau loyang dan oleskan dengan sedikit minyak.

Lenyek pisang hingga halus. Kemudian tambah esen pisang dan soda bikarbonat - ketepikan.
Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, garam dan baking powder. Kemudian ayak - ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul telur, ovelate, gula perang dan minyak sehingga pekat dan berkrim.
Kemudian masukkan adunan pisang yang dilenyek tadi. Kacau sebati.
Kemudian masukkan adunan tepung dan gaul rata. 
Akhir sekali masukkan coklat urai dan gaul sempurna.

Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang.
Kukus adunan selama 20 - 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang.
Keluarkan apam dari acuan setelah masak.
Boleh dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Makan tanpa kelapa pun sedap.


sedap sampai makan tak nak berhenti......








Jumaat, 23 Januari 2015

NASI AYAM KUKUS

Assalamualaikum

Salam Jumaat walaupun dah terlewat untuk diucapkan. Sempat lagikan belum habis waktu hehehe......Dah minum petang ke? Menu apa petang nie? Saya sempat jugalah buat Apam Pisang tadi untuk minum petang. Tapi n3 yang saya nak buat kali ini bukan apam pisang tapi Nasi Ayam Kukus. Menu tengahari tadi.


Memang dah janji dengan suami nak masak nasi ayam hari nie. Masa saya selongkar dapur sheila, saya tertarik dengan Nasi Ayam Kukus dia. Tapi saya tak ikut resepi sheila cuma saya ikut kaedahnya. Nasi ayam tu dikukus dan ayamnya pula dipanggang. Saya masak ikut resepi cara saya sendiri sebab nasi ayam ni masak apa resepinya sekalipun, rasanya tetap sama. Betul tak? Kalau ada yang berbeza pun cuma pada ayam sahaja, agaknyalah........Ayam panggang saya nampak hitam sikit, bukan hangus ye cuma hitam sikit tapi memang hitam sangat nampaknya sebab saya guna kicap pekat kot. Masa perap ayam tu pun dah nampak hitam. Jadi bila lepas panggang tu faham2 je la ye . Nampak macam hangus tapi tidak ye, saya panggang sekejap jer. Lain kali jangan guna kicap pekat, memang pekat, hitam melekat hehehe.............tak pe yang penting rasanya.......


NASI AYAM KUKUS

Bahan2 Rebusan Ayam:
1/2 kg ayam - bersihkan
1 sudu besar rempah soto Tok Mak/ rempah sup
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih* (* tumbuk halus)
1 inci halia - dititik
sedikit 4 sekawan
Garam 
Air

- Tumis bahan tumbuk, halia, 4 sekawan dan rempah soto. Setelah naik bau masukkan air, garam  dan ayam. Rebus ayam hingga masak. Setelah masak boleh angkat dan keluarkan ayam untuk diperap. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

Bahan Perapan Ayam:
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar bawang besar blend
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat - lain kali kena skip

- Gaul semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap ayam selama 30 minit. Setelah itu panggang ayam. Lebihan kicap perapan simpan untuk di makan bersama nasi.


Bahan2 Nasi:
2 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan ayam
4 sekawan
1 inci halia *
2 ula bawang putih *
1 biji bawang besar * (* hiris halus)
1 batang serai - dititik
Garam 
Minyak
sedikit butter

- Basuh dan rendam beras selama 10 minit. Setelah itu tumis bahan hiris, 4 sekawan dan halia hingga naik bau. Masukkan beras dan air rebusan.
- Setelah air beras kering dan nasi 3/4 masak, pindahkan nasi atas kukusan. Kukus hingga nasi masak. Setelah nasi masak taburkan sedikit butter dan gaul sebati.

Bahan2 Cili:
10 cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar cuka
sedikit garam
sedikit gula
sedikit air

- Blend semua bahan hingga hancur. Masak semua bahan hingga sedikit pekat.


- Kicap yang lebih perapan tadi tambah sedikit air rebusan ayam dan kicap manis. Masak sebentar.
- Untuk sup : panaskan air rebusan yang lebih tadi. Tambah sedikit air, sup bunjut, garam dan panaskan. Setelah siap, tabur daun bawang dan daun sup.
- Semua telah selesai, boleh lah dihidangkan bersama salad, hirisan timun dan hirisan tomato. 


ayam nampak agak hitam tapi sedap, bukan hangus ye tapi sebab kicap terlebih sudah......... 





 




Ahad, 18 Januari 2015

MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN MSR 1/2015

Assalamualaikum


Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti Minggu Silaturrahim bagi pelajar2 baru ILP Ledang bagi sesi 1/2015. Untuk MSR kali ini saya tidak terlibat sebagai ajk. Banyak juga aktiviti yang dijalankan. Itu sebabnya MSR sesi kali ini lama sedikit berbanding dengan sesi2 sebelum ini, hampir 1 minggu.

Banyak penambahbaikan yang telah dibuat. Antara banyak2 aktiviti yang dijalankan saya amat tertarik dengan aktiviti Malam Penghayatan dan Kembara Ikhtiar Hidup. Banyak pengajaran dan juga pengetahuan serta pengalaman yang ditimpa oleh pelajar2 bagi membuat persediaan sebelum memulakan latihan. Semoga mereka semua mendapat manfaatnya. Semoga pelajar2 akan berjaya di ILP Ledang dan juga dapat memajukan diri di masa akan datang.



Latihan Dalam Kumpulan yang dijalankan. Aktiviti waktu malam, semua nampak layu.......kepenatan


Malam Penghayatan, ada juga pelajar yang tersentuh perasaan


Persembahan live dari para pengajar, goreng jangan tak goreng..........


Sebahagian daripada aktiviti pelajar2 semasa Kembara Ikhtiar Hidup, supaya pelajar2 dapat ikhtibar, pembelajaran dan menimba sendiri pengalaman bagaimana sukarnya mencari sesuap nasi.......semoga matlamat program ini akan tercapai







Jumaat, 16 Januari 2015

SALAM PERPISAHAN, DIDI DAN AFIQ

Assalamualaikum

Terlebih dahulu akak ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat BerHijrah di tempat baru bagi cikgu2 KV iaitu Diyana dan juga Afiq yang telah dapat posting. Semoga dapat menjadi pendidik yang berjaya dan berdedikasi. Jadikan pengalaman yang diperolehi di ILP Ledang sebagai pencetus semangat untuk mendidik anak bangsa. 


Lagu ini ditujukan khas buat adik2 berdua. Buat Diyana, jaga diri baik2......semoga dipelihara dan di bawah lindungan Allah SWT. Berada di bumi kenyalang tu, jauh dari keluarga dan jauh juga dari rakan2 seperjuangan yang lain. Harap2 Didi sukses di sana. Buat Afiq, berada di Johor mungkin tiada halangan. Tanah tumpah darahku kan........Moga Afiq juga akan sukses selalu......


 Walaupun pertemuan kita begitu singkat, tapi persahabatan yang ada sangat2 kami hargai. Banyak aktiviti yang dijalankan, tidak pernah menjadi halangan mereka berdua untuk sama2 menjayakannya. Malah kami rasa, selama ini mereka berdua banyak memberi komitmen tanpa berbelah bagi. Dia orang berdua nie memang sporting habis, orang mudakan........


Semoga berjumpa lagi jika diizinkan Allah SWT 
Akak, wakil dari pihak ILP Ledang memohon maaf jika ada perkara2 atau kata2 yang mengguris rasa.....


APAM GULA MERAH

Assalamualaikum


Selamat pagi. Apa menu sarapan pagi nie? Saya pagi nie sarapan bihun goreng bersama apam sahaja. Malam tadi tiba2 jer teringin nak makan Apam Gula Merah, bukannya apa malam tadi ada kawan post apam kat fb tu yang terus saya buat . Resepi apam nie macam biasa lah, saya mesti nak terjah dapur yatie si mama hamka tu. Nak membuatnya pun senang, godeh2 dah siap. 

Saya memang suka apam yang makan dengan kelapa nie. Apa2 apam atau kuih yang ada unsur2 kelapa memang menjadi kegemaran saya dan yang pastinya bukan kegemaran suami saya hihihi........dia keje hari ni jadi kita buat la ikut selera kitakan. Tinggalkan sedikit untuk dia supaya nanti dia dapat rasa, walaupun tak gemar itu bukan bermakna suami saya tak makan. Saya buat sikit jer, makan sorangkan. 


APAM GULA MERAH
Resepi : yatie

Bahan A
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan

- semua bahan dimasak hingga larut dan disejukkan

Bahan B
1 sudu besar yis
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula pasir

Bahan C
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air

Cara2:
1. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Campurkan ke semua bahan C ke dalam mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yang telah sejuk. 
3. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaul sehingga sebati, kemudian tutup dan perapkan selama 1 jam atau naik 3 kali ganda.
4. Lenserkan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan selama 10 minit.
5. Kukus adunan selama 40 minit dengan api sederhana kuat.
6. Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dengan pisau tajam dengan cara seperti gergaji ke depan dan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. 






Sabtu, 3 Januari 2015

SUKAN RAKYAT ILP LEDANG 2014

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul 1436H
Selawat Dan Salam Buatmu Rasul Junjungan Tercinta
'Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku' , Al Nasai & Ibn Hibban. 
Mari kita beramai2 berselawat kepada Nabi kita Rasulullah SAW........Aminnnnn

Cuaca hari ini, Alhamdulillah agak cerah sedikit, mungkin tak hujan hari ini nampaknya. Aktiviti hari ini, kami hanya duduk di rumah sambil bersantai2. Petang nanti nak keluar ada jemputan. N3 saya hari ini berkisah tentang aktiviti Sukan Rakyat ILP Ledang yang lepas sebagai penutup bagi tahun 2014. Aktiviti nie dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim dan juga bagi memenuhi aktiviti pengajar dan kakitangan sementara pelajar masih bercuti. Memang meriah aktiviti yang dijalankan, kerana dapat sokongan dan kerjasama dari semua pegawai. Memang nostalgia.......


Antara sukan yang diadakan, Congkak, Dart, Baling Selipar, Batu Seremban, Karom, Timbang Bola Takraw. FIFA 2014 dan Dam Haji. Banyak lagi aktiviti yang nak diketengahkan tapi masa tidak mencukupi sebab sukan hanya untuk 1 hari sahaja. Mungkin pada masa akan datang boleh diperkenalkan sukan rakyat yang lain.


Antara mereka yang berjaya menang, hadiah biasa2 je ye, towel.............


makan time.......