Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 23 Oktober 2016

PULAU REDANG 2016.........

Assalamualaikum


Kursus di Pulau Redang, Terengganu nie dah lama akak pergi. Bulan lepas lagi tapi terlupa nak post. Kena post juga walaupun dah lama, antara kenangan terindah tu hehehe.........Sibuk sangat dengan sukan, macam2 sukan terlupa sudah...........Lepas habis games, dah sibuk pulak untuk persediaan peperiksaan akhir pelajar. Sebelum dapat jadual peperiksaan nie, kenalah akak siapkan kelas yang dah banyak kali tertunggak. Nasib tinggal satu tajuk jer lagi nak dihabiskan, jadi ada masa 2 bulan lagi nie........harap2 sempat ............


Cerita pasal Team Building di Pulau Redang hujung bulan lepas, kursus tu memang syok sebab banyak aktiviti selam menyelam, bagi yang berminat dengan snorkeling memang suka lah sangat2 kan tapi bagi akak yang penakut nie........rasanya cukup lah sekali tu je kot. Bukan serik tapi serammmm.......ada jer yang tak kena bila dah duduk dalam air tu........panik tak tentu pasal. Gambar yang atas ni tempat pertama kami snorkeling, di Taman Air Pulau Redang




Jeti nampak buruk jer tapi ramai orang yang menunggu. Masa perjalanan menaiki bot laju lebih kurang dalam 40 minit sahaja dari jeti. Tapi dua kali trip sahaja sebab bot cuma muat 20 orang sahaja. Kalau naik feri besar sikit tapi lambat ler sampainya. Akak nie memang kaki mabuk. Mana2 pergi pun memang kepala cepat pening. Masa nak naik bot tu dah rasa cuak jer tapi Alhamdulillah.......bila sampai di destinasi kepala pening sikit jer.



Inilah tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam, Delima Resort, Pulau Redang. Nie kira cawangan Mutiara Resort, Pulau Redang. Menginap di Delima Resort tak boleh nak mandi pantainya tapi di Mutiara Resort, pantai dia memang cantik sangat. Air laut hijau jer.........tapi yang menariknya menginap di Delima Resort, kalau nak mandi di tepi pantai kita boleh jalan kaki jer mandi di Laguna Resort, Pulau Redang. Lebih kurang dalam 200 meter jer jalan kaki. Malam2 pun kita boleh bersantai2........ada artis lagi hehehe.........Kalau yang berduit berkepuk2 tu boleh ler nak bermalam di Laguna nie bawa keluarga.


Ini Mutiara Resort, cantikkan pantainya.......hijau jer airnya. Bila2 masa bila teringin nak mandi boleh jer terjun ke laut, air jernih. 




Hari Pertama, petang sebelum ke pantai untuk belajar snorkeling, kami buat sedikit aktiviti regangan otot. Buat senaman sedikit bada sesi suai kenal gitu........




Kami di beri taklimat keselamatan dahulu sebelum memulakan aktiviti snorkeling. Saling bantu membantu memakaikan jaket keselamatan. Rata2 muka macam tak sabar nak terjun nampaknya..........Sesi pembelajaran nie kami buat di Long Beach di kawasan  Laguna Resort. memang ramai orang kat  kawasan nie. Semuanya pelancong2 asing kebanyakannya.......




Kami dah bersedia!!!!!.........untuk terjun tiruk ke laut hehehe.........




Kami diajar snorkeling di tepi pantai Laguna Resort. Masing2 mata dok usha jer pelancong2 yang seksi meksi....... maklum ler gebus2 belaka hihihi...........ramai sangat orang yang menginap dan bersantai2 di kawasan sini. Setelah penat berlatih menyelam, kami pulang ke resort untuk makan dan bersembahyang. Malam pula kami buat sedikit aktiviti berkumpulan agar aktiviti malam kami terisi. 

Dah habis aktiviti, sebahagian dari kami pergi terus ke Laguna Resort bagi melihat aktiviti malam di sana. Rupanya aktiviti malam lagi meriah, siap ada penyanyi lagi menghiburkan pengunjung2 pantai, macam pub la tapi di luar kawasan resort. 







Hari kedua, kami ke Taman Laut untuk mengalami sendiri snorkeling yang sebenar2nya. Kalau semalam cuma nampak beberapa jenis ikan sahaja walaupun tidak di tengah laut tapi kami tetap dapat melihat berbagai2 jenis ikan, belut pun ada tapi tak banyak la.........tapi kali ini banyak spesis yang kami jumpa dan cantik2 belaka. Secara jujurnya ini pengalaman pertama saya snorkeling yang sebenarnya. Dapat menyaksikan ikan2 yang berbagai warna dan jenis. 












Khamis, 13 Oktober 2016

KARNIVAL JALINAN MUHIBBAH ADTEC MELAKA 2016

Assalamualaikum 


Alhamdulillah, berjaya juga akak harungi Sukan Muhibbah yang dianjurkan oleh pihak ADTEC Melaka dengan jemputannya adalah institut zon selatan. Antara sukan yang dipertandingkan ialah badminton, pingpong,  bola jaring, dart, futsal dan bowling

Tahniah buat ILP Tangkak yang telah memenangi tempat pertama badminton lelaki dan perempuan. Manakala bowling dan pingpong no 2. Sementara itu bola jaring no 3 dan futsal no 6. Untuk dart kami memenangi tempat ke 4. Tahniah sekali lagi untuk rakan2 sepermainan dan begitu juga rakan2 zon selatan.


Ini antara hadiah yang disediakan. Walaupun tak seberapa tapi kesudian ADTEC mengadakan sukan sebagai jalan merapatkan lagi ukhwah yang terjalin amat2 dihargai. Tak apa nanti jumpa tahun hadapan untuk Sukan ILJTM Zon Selatan di mana ILP Tangkak sebagai tuan rumah. Mesti dikala itu sukan yang dipertandingkan akan menjadi cukup hebat.


Setiap games yang berlangsung berada di tempat yang berbeza. Jadi sokongan setiap games agak sukar. Dalam erti kata lain tak ada sokongan pun. Sokong diri sendiri hehehe......






Selasa, 11 Oktober 2016

MENDAPATKAN SEMULA RUANG KOMEN YANG HILANG

Assalamualaikum

Gelabah sekejap!!! Gelabah ke? Tak ada lah sangat cuma tak suka bila ruang komen yang selalu ada kat ruangan post tiba2 baru perasan tak ada. Tu la........gatal sangat tangan akak nie, pandai2 jer ubah template kat blog, konon2nya dah bosan dengan warna blog yang sedia ada. Rupa2nya bukan boleh suka2 hati nak ubah. Tanya member2 blogger yang pro pasal blog, akak ada buat copy tak. Mampu garu kepala jer la. memang tak ler kan. Suka suki akak jer nak tukar dia cakap hehehe........

Blog akak memang tak ada yang tengok sangat tapi manalah tahu kan kot2 ada yang teringin bertanya ke apa ke, jadi susah terpaksa rujuk ke facebook pula. Akak nie dah ler jarang dapat buka facebook kat tempat kerja. Kat rumah lagi ler malasss........jadi akak rasa nak juga kena ada ruang komen nie.....

Banyak dah rujukan yang akak buat tapi yang betul2 berkesan di Blogger Proo Indonesia. Akak ikut apa yang dia sarankan, barulah akak berjaya. Mula2 akak ikut tunjuk ajar dari Teknik Buat Blog. Tetap tak menjadi juga. Bila buat ikut tunjuk ajar BPI, barulah menjadi. OK, kita tengok cara2nya ye.........


Mula2 sekali klik pada "New Post"


Bila dah keluar view macam di atas, pada bahagian "Post Setting",  klik bahagian "Options"


Nanti dapatlah menu macam nie. Pada bahagian " Reader Comments", klik pada "Allow". Di bahagian "Compose Mode", klik "Show HTML Literally". Pada "Line Breaks", klik "Use Tag"......lepas tu klik "done"


Selesai bahagian post, pergi pula pada menu "Settings", klik dan seterusnya klik pada bahagian "Posts Comments". Pastikan pada bahagian "Comments Location" adalah "Embedded". Dah siap jangan lupa save dan In Sha Allah akan berjaya macam akak dah buat .

Gambar tak jelas, minta maaf la ye, akak tak pandai......harap2 boleh faham.....

- Selamat Mencuba -









Sabtu, 8 Oktober 2016

ILP TANGKAK RUN 2016

Assalamualaikum


Hari ini sempena sambutan Hari Sukan Negara, ILP Tangkak buat marathon sekitar kampung Sagil, Ledang. Ada beberapa kategori dipertandingkan. Akak masuk juga jangan tak caya.Masuk kategori perempuan umur atas 30 tahun

Punyalah payah nak lari, baru 200 meter dah tak larat nak angkat kaki huhuhu.........akak memang kalah betul bab lari2 nie. Bagi sukan lain tak apa akak on jer.......tapi sebab dah lama sangat nak join marathon tu yang akak join juga. 


Larian nie terbuka kepada semua warga Sagil atau mana2 individu yang nak sertai. Walaupun nampak tak berapa ramai tapi penuh juga ler kat parking lot bila berkumpul


Ada 2 event yang ILP Tangkak buat, satu marathon dan satu lagi karnival di bandar Tangkak tak silap. Yang nie pula ILP buat Archery karnival. 


Akak dah tak boleh cakap banyak, nak sapu minyak kaki dah rasa macam nak tercabut.





Khamis, 6 Oktober 2016

SEOUL KOREA.............HARI KEEMPAT

Assalamualaikum

Baru balik dari kursus di Pulau Redang, Terengganu. Buat snorkeling tak berhenti2, dengan takut lagi, seram bagai. Macam2 rasa yang datang, letih satu badan. Kepala pun macam berat jer, rasa mabuk laut mabuk darat tak hilang2 lagi.  Hari nie dah mula kerja.

Penat2 juga tapi nak sambung balik cerita pasal ke Korea. Lepas nie baru nak kongsi pengalaman snorkeling di Pulau Redang pulak. Kita habiskan dulu cerita Korea yang tertangguh ye....... Untuk hari yang ke 4 perjalanan, kami ke Pine Tree Centre, Korean Cosmetic Duty-Free Shop, Donghwa Dutyfree Department Store, Nandaemun Street Market & Myeong-dong Fashion Street

1. Pine Tree Centre



Di sini kami di beri penerangan kebaikan Red Pine. Kebaikannya dapat melancarkan peredaran darah yang tersumbat akibat lemak2 yang dah bersarang dalam tubuh kita. Dia mencairkan lemak2 yang dah tepu gitu........ini boleh menghindarkan kita dari kena serangan jantung dan stroke yang menjadi musuh utama kita. Saya memang nak beli tapi mahal banget sih..........enggak cukup ongkosnya hehehe.......Tak pe lah, banyak cara kita boleh guna kan untuk kesihatan kita.


Dia bagi penerangan bagaimana circle darah kita sebelum dan selepas penggunaan minyak pine nie. Memang nampak perubahan yang berlaku. Tak apalah tak ada rezeki nak beli. Nampak tak tu adik yang pakai tudung tu, yang hitam manis tu. Orang Malaysia tu kerja kat sini. Tak sempat nak beramah mesra, masing2 kalut nak keluar cepat.

2. Korean Cosmetic Dutyfree Shop




Kali ini kami ke pusat kecantikan pulak. Semua nampak ceria membeli belah kat sini. Hingar bingar masing2, group saya la yang paling kemaruk nak membeli sampai group yang lagi satu datang bertanya kenapa? kenapa? hehehe..........

Di sini pun ada disediakan untuk yang nak cantik sangat2......botox!!!! memang tak ler kan nak buat. Ada nanti suami saya cungkil bagi keluar hihihi........ 


Ini sahaja barang yang dapat saya rembat. $$$$$$.....habis terus, yang lain2 barang harap dilupakan sahaja la. Memang tak ada rezeki lebih nak shopping kat Korea nie. Che abang nak bagi kad tapi tak nak lah, nanti tak ingat dunia pulak nak membeli. Bagi saya, sesiapa yang nak datang sini, memang kena bawa duit lebih sikit untuk membeli. Saya memang tak berniat nak membeli sebab duit dah pergi kot lain huhuhu.............


Makan tengahari kami di Muslim Restaurant. Ini kawasan laluan menuju ke Masjid Seoul. Kawasan nie memang banyak kedai muslim, jadi tak susah untuk kita dapatkan makanan halal. 


Selepas itu kami melawat ke rumah contoh orang Korea. Tak ingat kat mana, lupa nak tulis sebab tak ada dalam senarai lawatan. Ramai sangat manusia kat sini. 


Dalam perjalanan ke kawasan rumah contoh, ada satu persembahan dari anak2 muda Korea. Tengok tu, dia punya lompatan terjerit2 semua orang. Memang terbaik adik2 nie. Rasanya nie budak2 sekolah nie........


Cuci mata kejap, comel x? comel kan........ke mana2 sepanjang perjalanan di Korea, memang ramai yang bersantai2 dengan anjing peliharaan masing2. Comel2, geram tengoknya........


Ini rumah contoh orang Korea. Cantik binaannya.......

3. Donghwa Dutyfree Department Store


Di sini, macam2 ada........banyak benda boleh beli tapi disebabkan rm dah yelek.......maka cuci mata sahaja yang lebih. Periuk belanga, barang2 yang jual kat go shop murah2 belaka kat sini. Sakit hati jer tengok harga2nya.........sabar2......ingat suami kat rumah hehehe........tak de kena mengenakan hahaha........

4. Nandaemun Street Market & Myeong-dong Fashion Street


Kali ini kami cuci mata di tempat macam kat Petaling Street pulak. Tapi banyak jual makanan dan baju2 untuk musim sejuk. Tengok jer tak beli. Kalau nak beli pun tak ada saiz huhu.......orang Korea nie kudut2 jer gamaknya........semua baju sesak nafas jer hihihi........



Dah puas cuci mata kami makan malam di Restoran Turki, di area Restoran Muslim tadi. Sempat lagi sambut birthday member dalam group kami. Lepas tu terus balik tidurrr........tapi sebelum tido tu kami shopping kat dalam bilik bos, pesta kerongsang sebab tak sempat nak shopping keronsang kat luar. Orang tu datang kat hotel penginapan kami.



Esoknya, perjalanan balik ke airport kami makan dulu di Restoran Korea. Ini kira makan kami yang terakhir lah sepanjang di korea. Semua seafood jer, tak habis kami makan sebab banyak sangat ikannya. Semua dah tak lalu kot sebab dah rindu nak balik.......Lepas makan kami singgah pula di Korean Product Dutyfree Shop. Kedai nie dah hampir dengan airport, jadi ada barang yang agak mahal dan ada juga yang murah. Tapi rasanya banyak yang mahal.......


Cukuplah setakat ini perjalanan kami di Korea. Kami transit di Ho Chi Minh, Vietnam. Kami menginap di Blessing 1 Hotel. Depan hotel nie ada pasar malam, sempat la kami pergi shopping baju, tudung dan telekung. Murah2 belaka........yang pasti rm pun boleh..........kami tidur 1 malam dan besoknya dah balik ke KLIA. Berakhirlah perjalanan kami di Korea, selamat semua........