Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan

Rabu, 12 Julai 2017

RED PEARL COOKIES

Assalamualaikum
Masih juga lagi akak nak tayang biskut raya. Jangan marah ye........
Kali ini akak nak post resepi biskut raya yang diberi nama Red Pearl Cookies. Akak dah buat dan akak rasa biskut nie sedap sangat cuma manis sikit. Next time kalau nak buat akak nak kurangkan gula sedikit sebab akak nie memang alah kalau benda manis-manis rasa macam nak pitam hehehe...........


Masa akak cuba search cari resepi cornflakes, banyak pula akak tengok biskut nie yang keluar. Nampak cantik dan nama biskut pun glamour gitu........Resepi asal dari blog cendana kasih, lepas tu melarat pula pada kak wan, zack, ita dan ramai lagi la yang dah mencuba. Rata-rata semua cakap biskut nie sedap, tu yang buat akak tertarik nak cuba. Nak membuatnya amat mudah, gaul-gaul bakar dah siap lepas tu ngap...ngap....lepas tu biskut pun habis dan akak pun buat lagi hehe.......


Akak buat biskut macam biasa lah, buat tak banyak. Bukan buat tak banyak ikut juga 1 adunan resepi tapi akak banyak agih-agihkan jadi tinggal untuk akak satu bekas kecik jer. Nanti ada sambutan raya kat opis akak nak buat biskut nie bagi kawan2 rasa, Insya Allah moga dipermudahkanNya..........Kalau ada yang anaknya suka makan biskut cornflakes, ini salah satu cookies yang boleh dibuat dan pasti anak-anak suka. Buat biskut nie dengan anak-anak pun ok juga sebab mudah, anak-anak pun boleh buat sendiri. Bagi anak-anak atau mak budak yang baru belajar buat biskut, cuba biskut nie dulu ye pasti jadi......

Jom tengok resepinya........


RED PEARL COOKIES
Resepi : Cendana Kasih
Rujukan : masam manis

Bahan-bahan
150gm butter
150gm tepung gandum
75 gm gula halus @ gula kastor - lain kali akak nk kurangkan ke 65gm jer
60gm cornflakes
50 gm coklat cip
25gm almond nibs
1 sudu teh esen vanila
ceri merah - dihiris halus dan memanjang

1. Satukan butter dan gula. Gaul dengan menggunakan senduk kayu hingga sebati. Tak perlu sampai kembang, jika terlebih pukul biskut akan jadi kembang dan leper selepas di bakar.
2. Masukkan tepung dan gaul rata. 
3. Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanila dan gaul rata.
4. Sudukan atas dulang pembakar. 
5. Buag ceri di potong panjang atau dadu. Letakkan di atas adunan tadi.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu170C. Bakar biskut selama 20-25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing.
7. Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA


Ahad, 2 Julai 2017

CHOCOLATE CHIPS AND ALMOND COOKIES



Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat, kepada teman-teman sekelian walau di mana pun berada. Hari ni akak dah mula bekerja. Bagi yang masih lagi beraya sakan, selamat menjamu selera.......^___^......raya baru seminggukan mestilah masih hangat lagi suasana raya tu.......


 

Hari nie akak dah start kerja tapi ramai lagi member2 opis yang masih bercuti raya. Kerja pun dah siap sebelum raya, jadi hari nie akak datang kerja tolong kerja orang je la. Dalam erti kata lain ganggu orang buat kerja hihihi.......N3 akak hari sebenarnya nak post resepi Chocolate Chips And Almond Cookies. Resepi nie akak ambil dari blog Dayang. Untuk raya tahun nie, akak tak banyak buat biskut raya. Ini salah satu biskut yang akak buat. Biskut nie sedap tapi ada rasa manis sikit, mungkin lain kali akak kena kurangkan gula sedikit.......sikit jer kurangkan........Ni kira n3  tertunggak lah nie, nak post bulan puasa hari tu macam biasalah akak, kekangan waktu dan keletihan yang datang melanda....... 
 
  
Bagi penggemar biskut chipsmore, biskut nie memang sedap untuk di buat kudapan. Anak-anak pun pasti suka teramat sangat. Sebab utama yang buat dia rasa sedap, adanya badam dan coklat chips. Kalau makan memang tak ingat nak berhenti. Akak buat sedikit jer, bila dah diagih-agihkan........untuk tuan rumah dapatlah secoet jer. Bagi yang anak-anaknya penggemar biskut chipsmore, boleh buat banyak2. Baru boleh makan puas2............untuk resepi yang sedap nie, akak kongsikan di sini......
  


CHOCOLATE CHIPS AND ALMOND COOKIES


Bahan-bahan :

1 buku mentega (250 g) - dilembutkan

1 cawan gula perang

1/2 cawan gula icing (next time boleh kurangkan sedikit gula)

2 cawan tepung naik sendiri 

1/3 cawan serbuk koko

1 cawan nestum (dikisar)

1/4 cawan serbuk badam

2 biji telur

1/2 sk emplex - optional

50 g almond nib - akak letak 100g

100g chocolate chips

2 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara : 

1. Satukan tepung, koko, emplex dan soda bikarbonat. Ayakkan bersama. Kemudian, gaul-gaulkan bersama nestum dan serbuk badam. Ketepikan.

2. Putar mentega bersama gula perang dan gula icing hingga berkrim. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.

3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan dulang yang beralaskan baking paper.

4. Masukkan campuran tepung ke dalam mentega tadi diikuti dengan badam dan cip coklat. Gaul-gaulkan hingga sebati.

5. Bentuk-bentukkan adunan tadi mengikut citarasa sendiri. 
6. Kemudian, susunkan di atas dulang pembakar. Bakarlah selama 20 minit atau sehingga masak.

7. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dlm bekas kedap udara.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI






Isnin, 11 Ogos 2014

FLORENTINE COOKIES

Assalamualaikum


Selamat malam.......dah lama saya tak mengemaskini blog ni. Nak meronda2 di blog kawan2 pun tak sempat lagi nie. Terlalu sibuk dengan kerja di pejabat, dengan lawatan pegawai Naziran untuk pengesahan penilaian pelajar, dengan open house lagi, dengan badan yang tak berapa sihat nie demam beberapa hari. Memang dugaan betul sekarang nie......

Malam nie tiba2 terasa rindu pulak nak tengok blog. Disamping tu boleh juga saya nak share resepi Florentine Cookies. Saya pun dah tak ingat berapa kali dah saya buat biskut nie semenjak raya hari tu. Memang sedap tapi saya cepat muak tapi suami saya suka pulak sampai saya nak bawa sikit untuk kawan2 di pejabat pun dia tak bagi sebab dia tak puas makan lagi katanya.....Nak buat pun senangkan, sambil pejam mata pun boleh buat. 

Dah lama anak buah minta tolong buatkan tapi tak berkesempatan. Masa nak raya hari tu baru berkesempatan buatkan. Beli bahan2 dah lama sebelum puasa lagi. Kawan2 yang nak buat untuk kudapan keluarga dalam keadaan terdesak memang boleh sangat buat biskut nie janji bahan2nya ada. Resepi biskut nie saya rujuk di blog ita masam manis. Shuhairi pun ada gak buat biskut nie, kawan2 boleh gak tengok blog kakak2 tu......selamat mencuba


FLORENTINE COOKIES

200 gm tepung florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci dibakar sebentar di dalam oven pada suhu 160C selama 5 - 10 minit. Satukan semua bahan di dalam bekas. Gaul rata hingga semuanya bersalut sempurna.

Sediakan loyang 14 x 14 inci, alas loyang dengan kertas kek. 
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan dalam loyang dan ratakan nipis. 
Bakar selama 10 minit. Selepas keluar dari oven terus potong dengan segera. 
Simpan dalam bekas kedap udara.



Ahad, 20 Oktober 2013

GERMAN COOKIES

Assalamualaikum.....

Selamat petang........selamat beristirehat bersama keluarga di hujung2 minggu ini. Saya malas nak kemana2, lepak saja kat rumah sambil buat biskut. Ingat nak buat kek coklat tapi tekak nie macam nak makan biskut plak. Masa nak raya hari tu tak teringin pulak, baru sekarang nie pulak mengidamnya hihihi.........Biskut yang saya buat kali ini German Cookies. Memang sedap biskut nie, cair di mulut cuma ia agak peroi sikit tapi tetap sedapppppp!!!!!


Masa Aidilfitri yang lepas ada buat tapi tak sempat nak update kat blog. Kali ini saya buat separuh jer dari resepi nie. Saja2 nak makan nanti teringat2 pulak, dah ler esok nak gerak ke Bandung. Kalau ikutkan nafsu nie macam2 nak makan, maklum ler baru baik dari sakit. Dua tiga bulan nie asyik demam saja tak sedap badan. Dah check darah, Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik, darah, jantung , hati.......semuanya baik2 belaka. Tahun depan baru ambil darah semula, sebagai rutin le pulak lepas nie untuk kebaikan. Bila usia dah meningkat nie macam2 yang tak terduga jadi kenalah beringatkan.......Semoga dikurnia kesihatan yang baik sentiasa AMINNNNN........ 

Berbalik semula kepada n3 kita, bagi yang belum pernah merasa biskut nie boleh lah cuba. Nak membuatnya pun senang dan cepat, yang penting sedap!!!!!!! Jom kita buat.........


GERMAN COOKIES
Resepi : Chef Florence
Rujukan : Citarasawan

Bahan-bahan :
250 gm mentega
100 gm gula icing
250 gm tepung kentang
100 gm tepung gandum
1 biji putih telur - K1 tambah supaya biskut tak terlalu peroi

Hiasan : Sugar Colours

Cara-cara :
1. Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan .
2. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim ( pukul sebati jer saya), masukkan putih telur dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan gaul dengan spatula hingga rata. Rehatkan selama 15 minit .
4. Ambil doh sebesar ibu jari (10 gm) bulatkan dan golekkan bahagian tepinya dengan sugar colour (gula berwarna) atau hiasan lain yang disukai. Gunakan spatula untuk membuat bentuk diamond diatasnya. (saya buat kecil2 jer dalam 5 gm) .
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit.





Jumaat, 23 Ogos 2013

CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum.......



Cornflakes Madu!!!!!! Best ke?.......memang best sangat2, tiap2 tahun tak jemu2 membuatnya. Walaupun nak buat tu senang banget tapi nak menyusun dalam cup tu........ya Allah!!!!!! perlukan kesabaran yang tinggi. Sakit pinggang woooooooo!!!!!!............Kalau ikutkan hati memang malas nak buat tapi mengenangkan permintaan anak buah, buatkan jugak ler dengan muncung yang panjang hahahaha.........

Kalau buat biasanya mesti dalam 1 kg cornflakes tapi masih gak tak cukup untuk diagih2kan. Last2 tuan rumah cuma dapat makan 10 cup je.........tu pun sebab takut nanti kempunan tak merasa huhuhu..........Masa akan datang dia orang kalau nak, ingat nak bagi resepi jer bio depa semua buat sendiri hehehe........masing2 dah besau kan jadi mak sedaranye dah tak payah susah2 dah. Dah boleh order dengan dia orang pulak . 

Ok lah! lepas nie nak pergi rumah terbuka kat tempat kerja, siapa nak buat boleh tengok resepi nie.......senang jer!!!!!


CORNFLAKES MADU
oleh : Yatie

Bahan A 
125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu

Bahan B 
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis
1 cwn badam cincang panggang/gajus
1 cawan coklat chip

Hiasan 
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil

Cara-Cara 
Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau. Nak letak bahan2 yang diminati pun boleh.....
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Sabtu, 17 Ogos 2013

BISKUT CENDAWAN

Assalamualaikum......

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI......... rasanya belum terlewat lagi untuk saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat sekelian. Dah lebih seminggu kita menyambut hari raya. Pastinya suasana beraya masih lagi hangat terasa, dengan rumah terbuka yang tak terkunjung dibuatnya. Di kawasan Melaka nie masih lagi kedengaran bunyi mercun berdentam dentum.....tak habis2 kemeriahannya......

Saya malam nie tak kemana2, tak larat nak beraya. Semalan seharian berjalan merayap seluruh bandar Melaka. Jadi malam nie cek suami keluar dengan geng motor dia........maka dengan itu yang dah kena tinggal, kerjanya mengadap komputer dengan tv je la yek.......Bila dok sorang2 maka macam2 boleh dilakukan dengan senang hati hahahaha.......

Ok lah..........untuk n3 malam nie saya nak post resepi biskut raya. Sepanjang bulan Ramadhan tak berkesempatan nak post, malam nie baru sempat. Resepi biskut raya malam nie Biskut Cendawan. Memang dah lama nak buat tapi tak ada acuannya, baru sekarang dapat buat sebab awal2 lagi dah kebas kat kedai kek tu hihihi........ jom cuba.......


BISKUT CENDAWAN
Rujukan : MasamManis

225 gm butter
75 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla  

Bahan Ayak
300 gm tepung gandum atau tepung rose
90 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
1 sudu teh emplex

1. Pukul butter bersama gula hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati.
3. Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
4. Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung.
5. Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven masing2.
6. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter.
7. Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat. Terap doh dengan acuan cendawan.
8. Susun terapan cendawan atas loyang. Bakar di dalam oven selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak.
9. Setelah masak sejukkan. Sekarang kita sediakan icing......

ICING

1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Pukul putih telur hingga kembang.
Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat.
Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.
Masukkan dalam piping bag.
Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi.
Hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit.
Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.



Ahad, 29 April 2012

MACARON......KENAPA TAK MENJADI!!!!!!!

Assalamualaikum........

Bersua lagi kita di sini. N3 kali ini ialah macarons. Macaron nie saya buat petang tadi sebelum balik rumah mak. Ini adalah kali kedua saya buat macaron, ikut resepi dari ita masam manis cuma kali ini saya kurangkan gula. Rasanya dah ok tak manis sangat tapi yang tak bestnya......tak menjadi pulak macaron nie.....kakinya tak ada. Dah kurangkan suhu pun atasnya tetap pecah juga.


Walaupun tak menjadi tapi rasanya ok tak manis sangat. Bagi saya ok dah tapi che abang cakap manis gak, mungkin dari rasa coklat tu kot. Masa mula2 buat dulu dia punya manis sampai naik ke kepala rasanya...Ya Allah!!!!!ampunnnnn. Memang rasa tak nak dah buat lagi tapi adik nak rasa sangat tu yang buat, tapi tak menjadi pulak. Nasib la ye...harap2 dia suka rasanya walaupun tak ada rupa.


MACAROON
Resepi : Rima
Rujukan : masam manis

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor 
80g serbuk almond
140g gula icing - saya letak 100gm sahaja
pewarna 


Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak, saya pun tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yang serbuk lebih mudah! kang takut kalau guna yang jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk. Saya guna yang jenis cecair.


Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan .




Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dengan menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yang dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula sahaja. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit demi sedikit dan gaulkan dengan kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna. Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannya sedikit.




Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg. Alas dulang pembakar dengan baking paper. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.




Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar. Rehatkan macarons lebih kurang 30 - 45 minit. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan. Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak. Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit. Setelah masak, letakkan macarons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan! Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yang kita suka. Ita suka letak Nutella sedap!



tengok lah macarons saya tu pecah2, yang elok tak banyak, separuh je yang elok.....mmmmm, rasa menyampah pulak nak buat lagi............


Bahan2 Coklat :
200 gm coklat masakan - racik halus
150 ml whipping cream
1 sudu teh mentega

- Panaskan whipping cream, jangan sampai mendidih, cukup sekadar panaskan sahaja. Dah panas, tutupkan api dan masukkan coklat, kacau hingga coklat mencair. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga rata. Setelah sejuk barulah disapukan di atas macaron .







Selasa, 20 Mac 2012

TART NENAS BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum...

Selamat malam.....N3 saya malam nie tart nenas. Siang tadi tengok kat fb banyak sangat yang dok tayang2 tart nenas. Macam2 bentuk yang keluar...geram pulak menengoknya, tu yang tak sabar nak buat. Hari nie tak ada latihan ping pong jadi dapat balik awal sikit. Tak masak pun, che abang dah beli nasi lemak tadi, jadi malam ada masa sikit. Sambil layan citer Pendekar Bujang Lapok...sambil le menggentel tart ni ha...

Resepi tart nie asalnya resepi Pineapple Rools. Saya terpandang masa menyinggah di dapur makcikmanggis. Masa dok terpikir nak buat tu tiba2 terpandang pulak gambar tart buah2an yang menawan di Mirawati Mohamad, jadi saya pun tak jadi nak buat roll. Adunan saya buat tu berminyak sikit tapi ok tak melekat dijari, nanti kang tambah tepung takut keras pulak.

Masa dah siap buat tu baru saya perasan yang saya tak sapu kuning telur atas tart, tu yang tak nampak berkilat.....Rasanya tak seperti tart nenas yang saya buat sebelum nie, tepungnya rapuh sedikit dah sedap sebab terasa berlemak. Tart buah nie tidak rapuh dan terasa garing sedikit sebab ada campur dengan tepung jagung tapi rasa tetap sedap....


TART NENAS BUAH-BUAHAN (RESEPI ASAL PINEAPPLE ROOLS)
Resepi Asal : Indochine kitchen
Sumber : jom masak, jom makan-makan

Bahan2:
200 gm butter
50 gm gula halus
40 gm susu tepung
20 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
280 gm tepung gandum
Jem nenas
Pewarna merah, hijau dan oren
Sedikit

Bahan2 sapu:
2 biji kuning telur
sedikit pewarna oren


Cara2:
Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kental.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Uli sehingga sebati dan tak lekat dijari.
Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap satunya secara berasingan. Adunan saya agak berminyak, tak perlu tambah tepung asalkan tidak melekat.
Bulat2kan jem nenas, kalau suka banyak boleh letak lebih.
Ambil doh anggaran sebesar ibu jari. Masukkan jem ditengah2nya dan bentuk doh seperti bentuk buah yang dikehendaki .
Sapukan permukaan doh dengan kuning telur yang telah dicampur dengan sedikit pewarna oren.
Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.


ini bentuk apple....versi muda lagi..


yang ini labu....kena penyek...


jambu air....dalam banyak2 hanya 1 biji jer yang betul2 menjadi....mmmmm

Selasa, 14 Februari 2012

TART NENAS

Assalamualaikum....

Selamat malam semua. Sudah makan malam ke belum? Saya makan maggi sahaja sebab badan rasa penat sangat. Petang tadi ada latihan bola jaring. Dah agak lama juga tak bermain badan pun dah bertambah berat...termengah2 kejap. Main pasing2 bola, lepas tu main lah sekejap dalam 10 minit kot. Saya stop awal ler sebab nak balik Melaka cepat2, sebelum magrhib nak kena sampai rumah.

Walaupun tak larat tapi saya teringin sangat2 nak makan tart nenas jadi gagahkan juga badan nie untuk buat tart. Bukan apa, memang dah berminggu2 teringin nak makan. Inti nenas tu saya beli siap kat Mydin. Buat tak banyak pun dapat lah dalam 25 biji sahaja dengan saiz sebesar ibu jari saya. Nanti nak bawa ke opis . Saya nak mengadap pc kena ada kudap2 kalau tak asyik menguap jer ler kerjanya macam gua musang tu ha...

Bila dah siap dibakar, tengok tak menarik pula sebab dulu saya buat guna terap je,15 tahun dulu punya cerita la. Jadi bila nak mencuba buat bentuk nenas nie macam pucat lesi jer rupanya. Takkan nak sapu keseluruhan tepung tu dengan kuning telur, ke tepung tu kena letak pewarna kuning baru nampak cantik ataupun guna tepung kastard sikit...adoiiiii!!! pening kepala makcik. Jomlah tengok resepinya yang mudah untuk disediakan.......


TART NENAS

Bahan2:


300 gm tepung gandum* 
3 sudu besar susu tepung* 
2 sudu besar tepung jagung* 
80 gm gula aising* (*diayak bersama)
200 gm butter - saya tak habiskan semua
1 biji kuning telur
Sedikit pewarna kuning
sedikit jem nenas


Cara2:
Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu dan ramas dengan menggunakan hujung jari hingga adunan berderai. 
Masukkan telur kuning, campurkan dan sebatikan hingga menjadi doh. Rehatkan seketika.
Bulat2kan jem nenas. Saiz terpulang pada citarasa sendiri samada nak isi banyak atau sedikit. Saya suka inti sedikit sahaja.
Bulatkan doh sebesar ibu jari dan letakkan inti diatasnya dan gelek2 secara lembut di tapak tangan dengan membuat bentuk bujur.
Guna hujung gunting dan kacip sedikit pada doh untuk membentuk kulit nenas
Susun atas dulang pembakar dan sapu atasnya dengan kuning telur yang telah dicampur dengan sedikit warna kuning.
Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit.











Selasa, 22 November 2011

BISKUT NESTUM


BISKUT NESTUM
kakbesah@myresipi.com

Bahan-bahan
1 buku butter / majerin (250g)
1 cawan gula icing(150g) / 1 cawan gula halus(130g)
2 biji kuning telur
2 cawan nestum keluarga dgn madu (yg biasa pun bleh)
3 cawan tepung gandum (300g)& 1 sudu teh baking powder - diayak
lebihan nestum & ceri utk hiasan

Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Campurkan telur satu persatu sambil di pukul dalam 15 saat.
2. Campurkan tepung berselang seli dengan nestum. Uli perlahan hingga menjadi doh yang lembut. berhenti menambah tepung jika doh elok lembut (biar ia nampak lembik sikit kerana kejap lagi doh itu akan mengeras).
3. Ambil sedikit adunan, bulatkan sebesar ibu jari, golekkan di atas lebihan nestum tadi dan leperkan . Susun di atas dulang yang telah disapu butter.
4. Letak ceri yang telah di belah kecil-kecil di tengah-tengah adunan (nak letak benda lain pun boleh ).
5. Bakar pada suhu 170C selama 25 minit @sehingga masak .

- Biskut yang mudah dan sedap dimakan..rangupp...

BISKUT ARAB KRISTAL

Hari ini Johor cuti sempena keputeraan Sultan Johor....jadi duduk rumah sahaja sebab cek abang kerja....dia tak mahu cuti katanya suka kerja...mmmmm...:(....duduk rumah tengok tv aje laa.Dah tak der apa yang hendak dibuat jadinya kita mengukis hari nie..layannnn!!!!
BISKUT ARAB KRISTAL
Resepi :mesra.net


Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna merah,kuning & hijau (warna kuning dah habis jadi la warna adunan saje)
Cara
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, warnakan setiap bahagian secara berasingan.
3. Ambil secubit pada setiap adunan dan bentukkan adunan seperti bebola dan letakkan di dalam cup kertas (tak letak pun tak pe).
4. Bakar pada suhu 180C dalam masa 25 minit.
5. Bila sejuk taburkan gula halus diatasnya (golek2kan jerr)

Resepi yang tersangat mudah dan sedappp....
 

Isnin, 14 November 2011

BISKUT MAZOLA

Hari nie nak mengkukis laa..nak buat biskut mazola . Biskut nie mudah sangat nak buatnya,senang bangat uuu.......meh la cuba.....

BISKUT MAZOLA

Bahan-bahan:
600 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend)
600 gm tepung gandum
300 gm gula (blend)
minyak mazola
telur kuning

Cara-cara :
1. Campurkan kacang, tepung gandum dan gula.
2. Masukkan minyak mazola - agak-agak bahan boleh diuli dah cukup la tu.
3. Buat bebola dan leperkan sedikit di dalam loyang dan sapukan kuning telur diatas biskut .
4. Bakar pada 170C selama 15 minit - sampai biskut masak lalalala...

* gambor yelek..tak daa....sebab dah terdeleteeee