Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 11 Ogos 2014

FLORENTINE COOKIES

Assalamualaikum


Selamat malam.......dah lama saya tak mengemaskini blog ni. Nak meronda2 di blog kawan2 pun tak sempat lagi nie. Terlalu sibuk dengan kerja di pejabat, dengan lawatan pegawai Naziran untuk pengesahan penilaian pelajar, dengan open house lagi, dengan badan yang tak berapa sihat nie demam beberapa hari. Memang dugaan betul sekarang nie......

Malam nie tiba2 terasa rindu pulak nak tengok blog. Disamping tu boleh juga saya nak share resepi Florentine Cookies. Saya pun dah tak ingat berapa kali dah saya buat biskut nie semenjak raya hari tu. Memang sedap tapi saya cepat muak tapi suami saya suka pulak sampai saya nak bawa sikit untuk kawan2 di pejabat pun dia tak bagi sebab dia tak puas makan lagi katanya.....Nak buat pun senangkan, sambil pejam mata pun boleh buat. 

Dah lama anak buah minta tolong buatkan tapi tak berkesempatan. Masa nak raya hari tu baru berkesempatan buatkan. Beli bahan2 dah lama sebelum puasa lagi. Kawan2 yang nak buat untuk kudapan keluarga dalam keadaan terdesak memang boleh sangat buat biskut nie janji bahan2nya ada. Resepi biskut nie saya rujuk di blog ita masam manis. Shuhairi pun ada gak buat biskut nie, kawan2 boleh gak tengok blog kakak2 tu......selamat mencuba


FLORENTINE COOKIES

200 gm tepung florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci dibakar sebentar di dalam oven pada suhu 160C selama 5 - 10 minit. Satukan semua bahan di dalam bekas. Gaul rata hingga semuanya bersalut sempurna.

Sediakan loyang 14 x 14 inci, alas loyang dengan kertas kek. 
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan dalam loyang dan ratakan nipis. 
Bakar selama 10 minit. Selepas keluar dari oven terus potong dengan segera. 
Simpan dalam bekas kedap udara.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan