Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 18 Julai 2014

NAHAS PESAWAT MH17........DUGAAN BESAR 2014 BAGI MALAYSIA

Assalamualaikum


Berita yang menggemparkan negara Malaysia pada malam semalam apabila pesawat MH17 telah terhempas di timur Ukraine. Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 tengahari (tempatan) dan dijangka tiba pada jam 6.10 pagi jumaat. Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. 


Berita sedih ini benar2 memberi tamparan hebat kepada rakyat Malaysia terutamanya Perdana Menteri kita Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kisah pesawat MH370 yang hilang pada 4 bulan yang lalu masih lagi diperbincangkan, kini timbul pula isu baru. Yang menyedihkan, khabarnya pesawat terbabit telah ditembak jatuh oleh pemberontak. Memang tak boleh diterima, kerana perbalahan antara Ukraine dan Russia, tapi Malaysia yang menjadi mangsa. Konon2nya Malaysia bukan sasaran mereka tetapi pesawat Russia tetapi pesawat Malysia berada di waktu yang salah, maka beginilah jadinya.......

Tiada apa lagi yang nak saya ceritakan, biarlah gambar yang berbicara.........



Ini peluru berpandu yang dikatakan telah menembak jatuh pesawat MH17








Mereka yang bersikap biadap


Ini sudah pasti meruntun jiwa seorang ibu yang tidak sabar menanti insan tersayang pulang ke pangkuan untuk bersama2 meraikan Aidilfitri tidak lama lagi. Semoga ibu ini sabar dan redha dengan ketentuan Illahi......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan