Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 30 Jun 2014

CARA KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI

Assalamualaikum


Selamat menjalani ibadat Puasa kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh pelusuk dunia. Baru 2 hari kita berpuasa, semoga puasa kita di tahun ini lebih barakhah. Semoga segala amalan yang kita lakukan di bulan mulia ini di rahmati Allah SWT. Saya mohon maaf di atas segala salah silap saya jika ada tutur kata atau perbuatan saya yang mengguris hati samada dengan cara sedar ataupun tanpa kesedaran saya. Semoga Ramadhan ini mengeratkan lagi tali persaudaraan kita sesama Islam.....AMINNNNNN........

N3 kali ini saya ingin berkongsi satu kisah bagaimana cara mahu mengawal tekanan darah tinggi. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi di sini mengenai penyakit darah tinggi. Ini semua kerana semasa saya balik dari kerja petang tadi, radio Sinar ada menyiarkan temuramah Pak Nil dengan seorang ibu dari Melaka mengenai anak dan cucunya yang terlantar sakit hampir 4 tahun. Ia memang menyedihkan, menitis air mata saya mendengarnya. Sungguh tabah makcik tu mengharungi dugaan yang Allah SWT berikan kepadanya. 

Anak dan cucunya terlantar sakit kerana sewaktu anak makcik tu ingin melahirkan anak, tiba2 anaknya mendapat darah tinggi yang kronik. Akibat dari itu tiba2 anaknya terhenti pernafasannya walaupun nadinya masih berdenyut dan doktor terpaksa melakukan pembedahan dengan segera untuk menyelamatkan baby di dalam kandungan. Kejadian berlaku di Hospital Melaka. Walaupun anak berjaya diselamatkan tapi si anak mengalami masalah kekurangan oksigen. Kini kedua2nya terlantar sakit dan dibantu dan diuruskan oleh kaum keluarganya. Tanpa rasa jemu makcik tu menjaga anak dan cucunya sebab dia dah redha dengan apa yang berlaku. Saya doakan semoga keluarga makcik tu dipermudahkan AMINNNNN.........


Oleh itu saya ingin berkongsi di sini cara2 untuk mengawal tekanan darah tinggi yang saya perolehi dari blog kevinzahri. Untuk mengetahui maklumat lanjut boleh klik di blog kevin. Di sini juga saya paparkan cara2 untuk mengurangkan tekanan darah tinggi yang saya baca tapi sebelum kita cuba untuk mengawal darah tinggi, kita perlu tahu puncanya terlebih dahulu...........

Dari apa yang saya baca, tekanan darah tinggi antaranya disebabkan oleh:
1. Kolesterol yang tinggi
2. Mengambil makanan bergaram yang tinggi
3. Tidak bersenam
4. Faktor keturunan
5. Kegemukan
6. Merokok
7. Pengambilan alkohol 

Cara mengatasinya adalah dengan:
1. Amalkan bersenam atau bersukan
2. Kurang mengambil makanan berlemak dan bergoreng
3. Kurangkan berat badan, dapatkan berat yang ideal
4. Kurangkan makanan bergaram
5.Berhenti merokok dan meminum arak
6. Berfikiran positif 

Semoga kita bersama2 dapat manfaat dari perkongsian ini. Hidup secara sihat untuk mereka yang TERSAYANG!!!!!!!








Ahad, 15 Jun 2014

SERIMUKA WARNA WARNI

Assalamualaikum

Selamat malam semua. Tengah buat apa tu? Tengah melopong depan tv ke atau pun tengah terkinja2 terjerit2 depan tv, tengok World Cup le katakan. Suami saya dok terbaring jer dari tadi sambil goyang2 kaki.......betul2 macam tuan besauuuuu.......sekejap2 tengok world cup, sekejap2 tengok MotoGP, sekejap2 tengok berita sukan........kita juga yang melopong sebab tak dapat tengok astro.....mmmmmm!!!!! jiwa kacau betul nampaknye nie......!!!!!


Nak buat n3 malam nie pun tenet slow bukan main. Punya lah lama dia nak loading, memang sengal celcom nie tapi tunggu juga lah.......dah yang nie je yang ada...... Malam nie saya nak buat n3 Serimuka Warna Warni. Teruja pulak saya tengokorang lain buat macam2 warna, meriah sungguh.........hehehe sampai saya jadi syok sendiri plak............

Resepi nie saya ambil dalam Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza. Selalu saya buat yang satu warna je.........jadi kali nie buat warna warni sikit. Ingat nak buat lapisan nipis sikit tapi tak jadi plak sebab saya pun buat separuh adunan jer takut tak dapat nak buat lapis2........lagi pun malas nak tunggu. Memang sedap kuih serimuka nie sebab ada guna tepung kastard. Saya pernah buat Serimuka Kastard, memang best......saya dah banyak kali buat sebab resepi tetap sama cuma tak letak warna warni jer......


SERI MUKA WARNA WARNI
Resepi : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku 1 Hari 1 Resepi

Bahan2:
Bahan A (Lapisan Bawah - Pulut)
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)
1 st garam

Bahan B (Lapisan Atas - warna warni)
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
1/2 st garam
Pewarna - hijau, merah, oren

Cara2:
1. Masukkan bahan A ke dalam loyang dan kukuskan. Apabila telah masak, tekankan ke dalam loyang hingga mampat.
2. Bancuh semua bahan B dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian ke dalam mangkuk yang berasingan. Warnakan setiap adunan dalam mangkuk.
3. Kukus semula pulut yang telah dimampatkan tadi.
4. Tuang salah satu mangkuk yang telah diwarnakan dan kukus selama 10 minit dengan api yang sederhana .
5. Buat lapisan seterusnya hingga habis. Sejukkan dan potong.








Sabtu, 7 Jun 2014

KUIH KASWI PANDAN LEMAK

Assalamualaikum

Selamat malam. Sudah makan malam ke belum? Saya malam nie layan Kuih Kaswi jer........Kaswi Pandan Lemak......memang harum satu rumah bau pandan tak boleh tahan....... Saya memang tak pernah buat Kaswi Pandan, ini baru pertama kali buat. Masa balik kampung rumah mak mertua hari tu ada mak buat, saya kejap2 makan tak sudah2........sedap sangat. Mak mertua saya buat lembut2 jer kuihnye, tu yang makan tak ingat orang belakang hihihihi........

Resepi nie saya amik di dapur anymz, resepi asalnya dari kak besah. Memang sedap kuih nie. Tapi lain kali saya nak kurangkan tepung ubinya sebab saya lagi suka kalau kuih kaswi tu ada goyang2 sikit, lembut2 gitu....... Resepi ni ok sahaja, terasa lemaknya......bau pun wangi jer........masing2 punya seleralah kan tapi rasanya tetap sama.......


KASWI PANDAN LEMAK

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan (3 helai)
3/4 cawan gula pasir
1/2 st air kapur sireh
1/2 st garam
1 biji telur
pewarna hijau 
1 cawan kelapa parut (putih sahaja) + secubit garam - digaul

Cara:
1. Kacau sebati tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur. Selepas itu campurkan ke semua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel kemudian tapis.
2. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit minyak (saya alas dengan plastik sahaja), jangan tebal sangat dalam 3cm cukup.
3. Kukus hingga masak dalam 20 - 25 minit. Bila telah sejuk, boleh potong dan golekkan dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan garam.