Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Donut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Donut. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Januari 2014

DONUT LABU

Assalamualaikum

Selamat petang dan Salam Jumaat. Hari nie pertama kali bermulanya cuti kerja pada hari Jumaat bagi negeri Johor. Rasa macam blurrr pulak sekejap, dok pikir juga lagi pagi2 keje ke tak hari nie, hari nie hari jumaat ke? blurrrrrr.........Mula2 dulu pikir macam tak best je cuti jumaat tapi syok juga sebab boleh buat banyak urusan, sebab kita dok Melaka, jadi bank semua buka.......jadi apa2 kerja sebelum nie senang diuruskan tanpa perlu mohon cuti rehat ataupun pelepasan keluar sekejap dari bos. Jadi lepas nie, apa2 juga hal urusan bank boleh buat pada hari jumaat, jimat cuti tahun yuhuuuuuu........

Disebabkan hari ini bersenang lenang untuk pertama kalinya cuti jumaat, saya mendonut hari nie. Saya buat donut labu. Sedap rupanya donut labu nie jika nak dibandingkan dengan donut kentang. Memang sedap sangat. Ramai yang dah mencubanya antaranya madihaa, ita, yatie dan ramai lagi. Rata2 menyatakan kesedapan donut labu nie. Untuk resepi nie saya buat cara saya sendiri tapi masih mengekalkan resepi yang asal, saya olah je ikut cara saya.......jangan mare ye!!!!!!


DONUT LABU

Bahan2:
1/2 cawan labu lenyek (dikukus)
1/2 st yis
1/2 cawan air suam
1 sb gula
3 cawan tepung gandum
1 sb butter
2 sb susu pekat
garam
gula kastor

Cara2:
1. Kukus labu (untuk elakkan doh menjadi terlalu lembik), kemudian lenyek.
2. Campurkan yis dan gula dengan air suam dan biarkan seketika hingga berbuih.
3. Di dalam mangkuk, campurkan tepung, garam dan butter. Ramas butter hingga sebati dengan tepung.
4. Kemudian masukkan labu lenyek, yis dan susu pekat manis. Uli sebati hingga menjadi doh yang lembut. Tutup bekas doh dan perap doh hingga naik dua kali ganda. (jika doh melekat di jari, sapu tepung pada jari supaya mudah untuk menguli)
5. Setelah doh naik dua kali ganda, ditumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Kemudian bulatkan doh dan leperkan. Buat lubang ditengah2nya dan susun di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung.
6. Setelah doh agak naik sedikit goreng dengan minyak yang banyak dan api yang kecil. Angkat dan toskan. Salut donut dengan gula kastor.


Rabu, 5 Disember 2012

DONUT KELEDEK BALL

Assalamualaikum........

Selamat malam. Mendonut kita lagi, hihihi.....saya dah tergoda dengan resepi donut kakwan hari tu. Saya masih mengikut resepi yang saya buat haritu kat sini ikut resepi yang telah diolah oleh kaknor . Kalau sebelum ini buat donut bentuk biasa tapi kali ini saya buat donut keledek ball pula. Sama je rasanya cuma kali ini lagi mudah, golek2 jer dah jadi.......senangkan.



DONUT KELEDEK BALL

Bahan: (saya buat 1/2 adunan jer)
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus 
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1  sudu besar butter
2 sudu besar susu tepung 
minyak 
gula castor secukupnya

Cara-cara :
1. Hancurkan keledek rebus hingga halus. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk masukkan tepung, yis, butter, gula dan keledek. Gaul sebati.
3. Masukkan pula telur, garam dan air, gaul hingga menjadi doh. (Air masuk sedikit demi sedikit untuk mengelakkan doh menjadi lembik kerana keledek rebus telah mengandungi air rebusannya) .
4. Kemudian uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk. (Jika masih melekat tambah tepung tapi sedikit sahaja jangan banyak).
5. Tutup mangkuk dengan tuala lembab dan biarkan adunan naik sekali ganda. Tumbuk adunan untuk keluarkan udara. Uli lagi adunan dan biarkan naik sekali ganda. Ulang hingga 3 kali.
6. Ambil sedikit adunan lebih kurang dalam 15gm dan bulat2kan. 
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung . 
7. Rehatkan doh lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas).
8. Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak. Angkat dan toskan. Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dengan gula castor.




Isnin, 26 November 2012

DONUT KELEDEK

Assalamualaikum.......

Selamat malam. Apa menu dinner malam nie? Saya tak masak sebab che abang demam dan tak nak makan nasi. Dia cuma nak makan buah sahaja. Tak ada selera katanya, apa pun dia tak nak melainkan epal. Layan kan ajerrr......Saya malam jarang makan nasi kecuali lapo bebenor. Tengok kat dapur ada keledek sikit, apalagi menguli ler kita malam nie. Saya buat donut keledek ikut resepi di dapur kakNor Secubit Garam

Tengok macam best jer donut kaknor, nampak montok2 dan gebuzzzz...... Saya pun dah lama tak buat donut. Selalu buat donut biasa jer, jadi kali ini kita ubah sikit selera. Saya takut juga tak menjadi, maklum ler tangan saya nie bukan tangan periuk belanga tapi tangan pinggan dengan sudu jer hihihi......dalam erti kata lain tau makan jerrrrr......tapi ikut resepi asal dari kakwan nie memang tak rugi, sedappp....saya suka.




DONUT KELEDEK OREN
resipi asal : KakWan
resipi olahan  : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1  sudu besar butter
2 sudu besar susu tepung - saya tambah
         ~
minyak 
gula castor secukupnya

Cara-cara :
Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit),  gaul hingga membentuk sebiji doh.
Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk. Saya masuk sebelum letak air.
Tutup mangkuk dengan tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan. (Saya uli - biarkan adunan naik - saya uli lagi, saya buat sampai 3 kali).
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm). 
Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.Saya terap seperti biasa.
Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
Angkat dan toskan. 
Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.



Ahad, 22 April 2012

DONUT KENTANG BALL

Assalamualaikum......

Sarapan apa pagi nie. Saya buat mee goreng basah dan donut ball ubi kentang. Tak dan nak snap mee goreng, keluar dari kuali terus ngap...lapooooo!!!! Donut Ball adalah olahan dari donut yang saya buat sebelum nie kat sini. Saya masih kekalkan resepinya .Malas nak terap...buat bulat2 senang citer....


salut dengan gula icing....bukan main tebal lagi

DONUT BALL UBI KENTANG
sumber: Nurul Hafez@MyR

Bahan2: 
2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu teh yis segera
sedikit garam
1 cawan air
2 sudu besar planta
1/2 cawan gula pasir

Cara2:
1. Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
2. Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
3. Gaulkan tepung gandum, planta, gula, garam, susu tepung, susu pekat manis dan yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi.
4. Uli sehingga tepung menjadi doh.
5. Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik.
6. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah doh tadi naik, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi.....
7. Goreng sampai nampak kekuning-kuningan......taburkan gula icing (gula yang telah dikisar halus), hiaskan diatas pinggan....... selamat mencuba



Sabtu, 14 April 2012

DONUT KENTANG

Assalamualaikum......

Selamat malam semua. Baru lepas makan malam nie...tengah menahan kepedasan makan ikan pari asam pedas power!!!!!!! Kepedasannya melekat kat anak tekak.....baru tauuuu. Minum air 2 gelas pun tak hilang2 gak....baru padan muka. Asam pedas ikan pari lada hitam...wowwwwww!!!!!!power punya. Lain kali tak moh  makan dah..tobatttt!!!. 

N3 saya malam nie, Donut Kentang. Memang dah lama nak buat, baru hari ini berkesempatan nak buat. Senang je pun nak buat. Resepi saya ambil kat dapur Izzah. Saya buat petang tadi setengah adunan, banyak juga lah dapat, siap boleh bagi jiran sebelah 6 ketuiii....

Bagi saya, resepi donut kentang nie terlalu bersarang. Memang sedap sangat bila makan masa panas2 sebab kuihnya lembut sangat2 tapi bila dah sejuk dia macam berminyak pula. Walau apapun rasanya memang best!!!! Walaupun ada letak kentang tapi tetap tak merubah rasa donut yang sebenarnya.

Next time saya nak buat lagi tapi tak mo simpan2, kasi perhabis terus. Kalau ada kawan2 yang nak mencuba, boleh cuba resepi ni ataupun boleh gak tengok kat dapur izah yang rajin buat donut tu.......


DONUT UBI KENTANG
sumber: Nurul Hafez@MyR

Bahan-bahan ( 3 0rang makan )
2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu teh yis segera
sedikit garam
1 cawan air
2 sudu besar planta
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara :
Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
Gaulkan Tepung gandum, Planta, Gula, Garam, Susu tepung, Susu Pekat manis dan Yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi
Uli sehingga tepung menjadi doh.
Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus.
Setelah doh tadi naik, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi.....
Goreng sampai nampak kekuning-kuningan......taburkan gula (gula yang telah dikisar halus)
hiaskan diatas pinggan....... selamat mencuba




nampak kan bersarang2.....lembut sangat2, kalau sekali masuk 3 ketul pun boleh muat kot...hahaha

Selasa, 20 Mac 2012

DONUT

Assalamualaikum.....

Makan apa malam nie? Saya tak sempat nak masak...malas sebenarnya, penat tak larat nak masak. Petang tadi ada latihan bola jaring dengan bola tampar. Sebelum tu sebelah pagi main ping pong. Letih betulll....lenguh kaki dan tangan nie. Nak angkat pinggan pun tak larat....cehhhh!!!alasan baik punyaaa...

Untuk mengelakkan kelaparan melanda pada waktu malam nanti, saya buat donut sikit. Dapat dalam 16 ketul untuk satu adunan. Kali ini saya buat guna terap, biasanya saya gentel jer bulat2 lepas tu tekan tengahnya buat lubang, perapkan jadilah donut....senangkan.....

DONUT

Bahan2 :
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
1 sudu teh yis kering*
1/2 cawan air suam* (*rendam sampai berbuih)
2 sudu teh gula halus
1 sudu besar majerin
Gula kastor

Cara2:
Campurkan tepung gandum, susu tepung, majerin dan gula, kemudian ramas2 hingga sebati .
Masukkan yis dan gaul hingga menjadi doh. Jika kurang air boleh tambah sedikit dan uli seketika hingga tidak melekat ditangan. Jika melekat bole tambah lagi sedikit tepung.....sikit jerrr...
Biarkan seketika hingga doh menjadi 2 kali ganda.
Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Canai doh dan terap dengan acuan donat. Letak atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Biarkan ia naik lagi 2 kali ganda. 
Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan. Toskan dan salut dengan gula kastor atau coklat, ikut pada selera masing2 .

* Pesanan dari Rachel Allen - kalau yis dah berbuih jangan biar lama2 nanti dia akan mati .


bengot2 rupanya....first time guna terap


ini je la yang nampak cantik sikit....huahua....