Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 2 Julai 2017

CHOCOLATE CHIPS AND ALMOND COOKIES



Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat, kepada teman-teman sekelian walau di mana pun berada. Hari ni akak dah mula bekerja. Bagi yang masih lagi beraya sakan, selamat menjamu selera.......^___^......raya baru seminggukan mestilah masih hangat lagi suasana raya tu.......


 

Hari nie akak dah start kerja tapi ramai lagi member2 opis yang masih bercuti raya. Kerja pun dah siap sebelum raya, jadi hari nie akak datang kerja tolong kerja orang je la. Dalam erti kata lain ganggu orang buat kerja hihihi.......N3 akak hari sebenarnya nak post resepi Chocolate Chips And Almond Cookies. Resepi nie akak ambil dari blog Dayang. Untuk raya tahun nie, akak tak banyak buat biskut raya. Ini salah satu biskut yang akak buat. Biskut nie sedap tapi ada rasa manis sikit, mungkin lain kali akak kena kurangkan gula sedikit.......sikit jer kurangkan........Ni kira n3  tertunggak lah nie, nak post bulan puasa hari tu macam biasalah akak, kekangan waktu dan keletihan yang datang melanda....... 
 
  
Bagi penggemar biskut chipsmore, biskut nie memang sedap untuk di buat kudapan. Anak-anak pun pasti suka teramat sangat. Sebab utama yang buat dia rasa sedap, adanya badam dan coklat chips. Kalau makan memang tak ingat nak berhenti. Akak buat sedikit jer, bila dah diagih-agihkan........untuk tuan rumah dapatlah secoet jer. Bagi yang anak-anaknya penggemar biskut chipsmore, boleh buat banyak2. Baru boleh makan puas2............untuk resepi yang sedap nie, akak kongsikan di sini......
  


CHOCOLATE CHIPS AND ALMOND COOKIES


Bahan-bahan :

1 buku mentega (250 g) - dilembutkan

1 cawan gula perang

1/2 cawan gula icing (next time boleh kurangkan sedikit gula)

2 cawan tepung naik sendiri 

1/3 cawan serbuk koko

1 cawan nestum (dikisar)

1/4 cawan serbuk badam

2 biji telur

1/2 sk emplex - optional

50 g almond nib - akak letak 100g

100g chocolate chips

2 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara : 

1. Satukan tepung, koko, emplex dan soda bikarbonat. Ayakkan bersama. Kemudian, gaul-gaulkan bersama nestum dan serbuk badam. Ketepikan.

2. Putar mentega bersama gula perang dan gula icing hingga berkrim. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.

3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan dulang yang beralaskan baking paper.

4. Masukkan campuran tepung ke dalam mentega tadi diikuti dengan badam dan cip coklat. Gaul-gaulkan hingga sebati.

5. Bentuk-bentukkan adunan tadi mengikut citarasa sendiri. 
6. Kemudian, susunkan di atas dulang pembakar. Bakarlah selama 20 minit atau sehingga masak.

7. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dlm bekas kedap udara.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI






Tiada ulasan:

Catat Ulasan