Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 19 Julai 2017

SANTAI LEBARAN ILP TANGKAK


Assalamualaikum
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Hari Raya ILP Tangkak 2017. Majlis yang serba sederhana ini dinamakan Santai Lebaran. Memandangkan kekangan bajet jadi pihak ILP sekadar meraikan majlis hari raya untuk para pelajar seadanya. Tak semeriah sebelum-sebelum nie. Kalau sebelum nie, setiap bengkel akan menyediakan juadah sendiri dengan bajet yang diberi. Sekarang makan apa yang disediakan sahaja janji tengok budak2 happy. Ok lah tu, walaupun dengan keadaan dewan yang agak panas tapi semua beri sokongan yang baik.

Majlis tamat sekitar jam 1 petang. Jadi petang nie pelepasan pada semua pelajar. Pelajar semua berkumpul di dewan sambil makan dan berkaraoke sehingga habis kelas. Kiranya majlis hari raya nie sampai pukul 5 la.......selagi tak habis makanan hehe........





Semua khusyuk mendengar ucapan Pengerusi Penganjur Majlis dan juga ucapan Pengarah. Sebenarnya semua dah kelaparan sangat. Semua dah kosongkan perut dari pagi, jadi dah termenung semua tunggu MC beri kebenaran menjamu selera. Nasib Pengarah tak berucap panjang, kalau tidak juling mata semua.........akak dah makan bihun sup siap2 sebab tahu mesti lambat majlis nak mula. Biasalahkan, majlis ramai2 nie mesti ada yang kelewatan





Bila mc cakap dah boleh mula untuk makan, semua memang tak tunggu. Para pelajar yang paling tak sabarkan, maklumlah budak2 tengah naik cepat sangat laparnya........Sambil makan sambil semua jemputan dihiburkan dengan band ILP Tangkak



akak makan ini sahaja, sekadar merasa. Makanan yang lain2 akak tak nak





Inilah band ILP Tangkak. Siapa2 yang berminat nak panggil band boleh berurusan dengan pihak di ILP Tangkak hehehe........ataupun berhubung terus dengan pegawai berkenaan........semua nie tenaga pengajar yang memiliki bakat terpendam. Band nie dah lama ditubuhkan dari awal ILP di buka rasanya.......akak nak nyanyi tak dapat ler, suami tak izinkan. Kalau pergi karaoke dia tak kisah tapi untuk apa2 majlis tak boleh katanya.......jadi tengok je la ye......









Ini semua Pengajar dan kakitangan ILP Tangkak. Tak semua dapat hadir kerana bercuti dan juga urusan luar
 

Ini Pengerusi Majlis hari nie, Ustaz Md Yatim & Pn Misz


kenapa pulak gambar hitam putih tapi cun......
 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan