Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 25 Februari 2012

KELAS CHEESE CAKE.....HJH RAHMAH DI MELAKA

Assalamualaikum....

Selamat petang semua. Hari ini ada Jom Heboh kat MITC Melaka. Dekat je dengan rumah tapi tak pergi sebab hari ini ada kelas cheese kek. Kelas dijalankan oleh cikgu Hajjah Rahmah di Klebang Besar, Melaka. Kelas dihadiri oleh 7 orang pelajar. Kelas bermula pada 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Makan tengahari Hajjah sediakan. Semua enjoy kelas hari ini. Kami tamat awal sikit.

Kelas hari ini berjalan dengan lancar walaupun ada yang haru biru sebab anak murid yang macam2 ragam, kelakar betulll, ....(*__*). Anak murid yang datang semuanya tak tentu arah jer rupanya...hahaha, kelam kabut Hajjah dibuatnya, tapi kami seronok dan gembira dengan tunjuk ajar dari Hajjah. Terima kasih Hajjah, saya seronok sangat...banyak yang saya perolehi dari hajjah.



Semua anak murid 'baik2 belaka'....Hajjah cool jer melayan....

Saya hadiri kelas bukanlah untuk membuat bisnes tapi sekadar ingin mencari ilmu dan pengalaman membuat kek yang memang menjadi minat saya. Dimasa akan datang tak tahu lagi lah, buat masa ini untuk makan sendiri sahaja belum yakin lagi. Saya nie boleh dikatakan hantu kek juga lah. Kelas hari ini kami belajar 7 jenis kek dan 1 bonus dari hajjah....

1. Strawberry Butter Cheese Cake
2. Snow Cheese Cake
3. Marble brownies Cheese Cake
4. Tiramisu
5. Indulgent Cheese Cake
6. Chocolate Cheese Cake
7. Chilled Cheese Cake
8. Black & White Cheese Cake (Bonus)


Ini lah kek yang kami buat dan deco...tapi hajjah banyak buat dan tolong....bestttt


Inilah hasil kreativiti kami....saya punya berbeza dari orang lain.....sebab budak2 tu perhabiskan strawberry, so saya kebas ceri Hajjah 2 ketul  hehehe...


Marble Brownies Cheese Cake


Snow Cheese Cake


Tiramisu


Strawberry butter Cheese Cake


Black & White Cheese Cake....saja suruh cikgu buat coklat tu meleleh2 baru nmpak gerammmmm...


BWCC....cara nak melapisnya......selang seli ye...(^__*)


Indulgent Cheese Cake



Ini lah rupa BWCC yang telah kami ngapp....sebelum diagih2kan

Sukanya, saya bersama adik.....Gemoknyaaaa!!!! yang mana satu hahahaha....


Chilled Cheese Cake ni saya punya...atasnya ada letak ceri,lupa nak amik ....deco yang pertama saya buat...hentam saje la janji ada rupa...wahahaha....


Eina...bersama kek2 yang telah dihasilkan bersama....yang tepi sekali dok gelakkan Eina tu Fatin...muda lagi tu dah datang belajar...bagussss..semangattt!!!!


meriah...penuh meja....semuanya dalam keadaan baik sebelum diserang oleh kami semua untuk dibawa pulang...


saya sedang melarik MBCC....ye la tu!!!! Dah pernah buat pun sebelum nie....


Adik saya sedang cuba untuk 'menconteng ' MBCC....


cuba nak buat corak bunga raya....masa Hajjah buat elok jer...ble semua anak murid dok tenyeh2 terus bunga raya tu dah macam2 rupa..hahaha


Eina dan cikgu Hajjah Rahmah yang baik hati. T/kasih cikgu, kalau panjang umur boleh jumpa lagi untuk kelas yang lain pulak. Rasa macam nak masuk kelas nasi beriyani la nanti, macam best je tengok....



Khamis, 23 Februari 2012

AL-FATIHAH - BUAT FARIS

Assalamualaikum....

Pagi ini masa tengok fb ada kawan2 yang publish kisah adik Faris yang telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga ibubapanya tabah menghadapi dugaan Allah SWT ini. Untuk berita selanjutnya boleh ke sini bagi cerita selanjutnya.

Rasanya semalam baru saya tengok tentangnya yang dikatakan menghidap kanser darah dan memerlukan bantuan bagi membiayai rawatan hospital. Rasa sedih dihati ini masih berbekas lagi bila melihat air mata si kecil yang mengalir tapi tak mampu nak berbuat apa2. Kalau sesiapa yang melihat keadaan ini saya pasti hatinya akan meruntun sedih. 
Saya memang menangis semalam bila tengok gambar nie. Tak tertanggung rasanya bila melihat si kecil yang keletah tiba2 sudah tidak ceria...hanya mampu terbaring menahan kesakitan. Ya Allah!! semuanya datang dari Allah dan kembalinya jua pada Allah.
Betapa comelnya faris ketika sihat. Semoga ayah & ibu faris akan redha dengan pemergian Faris. Yang pastinya tempat Faris adalah di Syurga yang sedang menanti, itu janji Allah SWT...Aminnnnn....

Rabu, 22 Februari 2012

KUIH BAKAR JAGUNG

Assalamualaikum....

Selamat malam semua....Tengah buat apa? Tengok TV? Cerita apa agaknya ye, boleh kongsi sikit.....saya tak sempat nak tengok tv...banyak kerja rumah yang nak diselesaikan tapi sempat juga la buat kuih sikit. Kuih Bakar Jagung...senang dan mudah untuk disediakan dan amat sedap pada tekak saya. 

Resepinya saya nampak di Dari Dapur CT. Saya suka tengok resepi2 dalam dapur CT nie sebab resepinya banyak yang mudah dan kena dengan citarasa saya...Walllaaaa!!!!! Terima kasih CT...izinkan saya share kat sini ye resepinya......

KUIH BAKAR JAGUNG
Resipi :  Zana08@MyResipi

Sumber : Kak Ummi Kuantan, Dari Dapur CT
Perkongsian : SriRasa BiDara

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan (boleh guna santan kotak)
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar mentega
sedikit bijan jika suka


Cara-cara :
1. "Blend" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
2. Masukkan jagung dan "blend" sebentar.
3. Tuangkan dalam loyang ukuran 8 x 8 inci seeloknya dan taburkan bijan jika suka.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam (boleh tambah masa bakar 10 minit lagi untuk lebih garing di atasnya). Suhunya saya letak 180C, 10 minit yang akhir tu saya tambah 200C baru lah nampak legam atasnya...sedappp,garinggg gitu...krupkrap......che abang suka pulak dengan kuih nie....(*___^)


Sabtu, 18 Februari 2012

BATU PERMATA @ KERIS.....YANG MANA PILIHAN HATI..?

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua. Masih berjaga atau pun dah lena dibuai mimpi2 indah. Saya baru sahaja balik dari Dataran Pahlawan Bandar Hilir, Melaka, teman che abang buat cincin perak dengan Kayu Teras Kelor @ Gamunggal. Sebelum pergi tempah cincin sempat dulu lah kami jalan2 sekitar Heritage Bazaar di Dataran Pahlawan tu. 
dari google

Saya nie nama jer duduk Melaka tapi tak pernah pun datang kat area situ. Tempatnya terpencil sedikit di dalam bangunan yang begitu besar. Berbagai2 barangan yang dijual di situ. Dah malam jadi saya tak berjalan sangat sebab banyak kedai yang telah tutup. Menurut pekerja di situ kalau hari sabtu @ ahad memang ramai orang yang datang sampai tak terlayan. Masa saya usha2 tu pun ramai juga orang yang datang menengok mahupun membeli belah.

Saya ada jugalah membeli sikit2 jajan untuk saya kudap2 besok, maklumlah nak mengelak dari makan nasi...hehehe...diet la konon..(*__*)....boleh ke? Harap2 diet ku berjaya...huahuahua..tapi dalam hati nak makan...kekkkkk!!! ooooo payooohh, sabar ye kahiriah. Jajan yang saya beli cuma kerepek bawang perisa strawberi & coklat, kerepek ubi sedappp, kerepek udang pun sedappp, beli juga gula kabong, skoteng dan ada juga lah biskut sikit2. Semua nye makanan....:)

Ini antara jajan2 yang saya beli. Ambil pic guna h/phone jer..x perasan bateri kamera dah 0.....Layan je la gambar tu ye...

ini kerepek bawang perisa coklat...x pernah rasa, baru first time tengoknya pun...


yang ini pula perisa strawberi....wow!!!x sabar nak rasa, sedap ke?


ok...yang ini bukan jajan ye...ini dipanggil skoteng tapi tadi abang tu sebut apa ntah namanya dah lupa, macam lain je sebutannya, kat Melaka disebut lain kot, ntah....gunanya untuk buat pengat, buat agar2 boleh, puding, talam pun boleh dan juga yang sewaktu dengannya...belasah jeee....

Gambar benda2 lain x payah la ye sebab semua dah tau, cuma tunjuk benda2 yang saya rasa tak penah jumpa jauh sekali nak merasa. Lepas nie boleh la rasa...kalau sedap boleh buat promosi kalau x sedap..bye2 la jawapnya...


besarkan keris tu....besau gilaa...

Selepas dah membeli baru pergi cari kedai untuk tempah cincin. Che abang tempah kat kedai Cardova Creative. Tempah cincin perak sahaja, yang biasa2. Dok menunggu sampai saya terlentok2 penat...mengantuk sangat, dah x larat nak menengok barang2 kat kedai tu...lama bebenorrr...


sanggup menunggu lama tu....ishhhh!!

Mula2 tengok kat dalam kedai tu memang la seronok sebab macam2 barang dia jual tp bila dh lama sangat dan che abang nak tunggu juga, terpaksa la ikutkan. Lamanya bukan apa tapi sebab tuan tanahnye tak ada masa tu yang ada budak2 dia jer, dia pergi sembahyang maghrib merangkap isyak sekali kot...tu yang lama tu....

Jom tengok barang2 yang ada di dalam kedai tu....


sebahagian keris yang dijual...banyaaknyaaa


'Taming Sari'


bingkai pun ada juga....termasuk buku2...


ini lah depan kedai tu dengan trade marknye keris yang amat2 lah besaunya...


lorong2 kedai yang menjual berbagai pakaian dan perhiasan diri..


yang ini pula lorong menjual berbagai makanan dan juga perhiasan.....


Selasa, 14 Februari 2012

TART NENAS

Assalamualaikum....

Selamat malam semua. Sudah makan malam ke belum? Saya makan maggi sahaja sebab badan rasa penat sangat. Petang tadi ada latihan bola jaring. Dah agak lama juga tak bermain badan pun dah bertambah berat...termengah2 kejap. Main pasing2 bola, lepas tu main lah sekejap dalam 10 minit kot. Saya stop awal ler sebab nak balik Melaka cepat2, sebelum magrhib nak kena sampai rumah.

Walaupun tak larat tapi saya teringin sangat2 nak makan tart nenas jadi gagahkan juga badan nie untuk buat tart. Bukan apa, memang dah berminggu2 teringin nak makan. Inti nenas tu saya beli siap kat Mydin. Buat tak banyak pun dapat lah dalam 25 biji sahaja dengan saiz sebesar ibu jari saya. Nanti nak bawa ke opis . Saya nak mengadap pc kena ada kudap2 kalau tak asyik menguap jer ler kerjanya macam gua musang tu ha...

Bila dah siap dibakar, tengok tak menarik pula sebab dulu saya buat guna terap je,15 tahun dulu punya cerita la. Jadi bila nak mencuba buat bentuk nenas nie macam pucat lesi jer rupanya. Takkan nak sapu keseluruhan tepung tu dengan kuning telur, ke tepung tu kena letak pewarna kuning baru nampak cantik ataupun guna tepung kastard sikit...adoiiiii!!! pening kepala makcik. Jomlah tengok resepinya yang mudah untuk disediakan.......


TART NENAS

Bahan2:


300 gm tepung gandum* 
3 sudu besar susu tepung* 
2 sudu besar tepung jagung* 
80 gm gula aising* (*diayak bersama)
200 gm butter - saya tak habiskan semua
1 biji kuning telur
Sedikit pewarna kuning
sedikit jem nenas


Cara2:
Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu dan ramas dengan menggunakan hujung jari hingga adunan berderai. 
Masukkan telur kuning, campurkan dan sebatikan hingga menjadi doh. Rehatkan seketika.
Bulat2kan jem nenas. Saiz terpulang pada citarasa sendiri samada nak isi banyak atau sedikit. Saya suka inti sedikit sahaja.
Bulatkan doh sebesar ibu jari dan letakkan inti diatasnya dan gelek2 secara lembut di tapak tangan dengan membuat bentuk bujur.
Guna hujung gunting dan kacip sedikit pada doh untuk membentuk kulit nenas
Susun atas dulang pembakar dan sapu atasnya dengan kuning telur yang telah dicampur dengan sedikit warna kuning.
Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit.











Ahad, 12 Februari 2012

KEK SEMOLINA

Assalamualaikum......

Selamat berhujung minggu.....baru balik dari berjalan2 cuci mata kat Bandar Melaka tadi dengan adik. Tinggal che abang kat rumah sorang2. Shopping kain ela dengan langsir untuk rumah adik. Ingat nak pergi Jakel tapi bila dah singgah kat Nagoya, banyak pula yang nak dibeli. Ramai betul orang kat Nagoya, kelam kabut budak2 kain tu. Masa datang tadi tak la ramai, tiba2 je dah nak penuh Nagoya. Shopping baju raya gamaknya.....

Sebelum keluar tadi sempat la juga buat Kek Semolina yang saya usha kat dapur CMG. Tengok gambar kek tu nampak gebu jer. Memang kek tu gebu dan lembut, senang nak membuatnya cuma masa campurkan adunan telur dan adunan mentega, CMG cakap pukul sampai putih gebu tapi saya pukul tak gebu2 pun . Alhamdulillah....kek saya menjadi juga gebu dan lembut sangat....puashati!!! Jom layan resepinya....

KEK SEMOLINA

Sumber :CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega berkualiti tinggi
170 g gula halus
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 camca teh esen vanilla
170 g tepung gandum
1 camca teh baking powder
100 g semolina @ suji
Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :-)
Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.
Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu (macam gambar no 2- dalam blog CMG). Tapi saya tak buat sampai putih pun cuma bagi adunan sebati sahaja sebab tak boleh nak putih pun...
Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

Jumaat, 10 Februari 2012

ADAB DAN SIFAT BERDOA

Assalamualaikum.....

Salam Jumaat......

Pada pagi ini saya nak kongsikan sedikit mengenai Adab Dan Sifat Berdoa Sebagai Kaedah Bagi Kemustajaban Doa. Setiap ibadat mesti mempunyai cara dan adab termasuklah berdoa. Ia mengandungi kaifiat dan adab supaya doa itu dimakbulkan dan diterima oleh Allah SWT dan tidaklah doa itu sia2 sahaja. Berzikir dan Berdoa adalah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah. 

ADAB-ADAB BERDOA

1. Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat .
2. Dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah SWT dan menghadap kiblat.
3. Merendahkaan suara dan tidak mengganggu orang lain .
4. Jangan menggunakan lafaz berdoa yang bersajak .
5. Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT .
6. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu .
7. Memulakannya dengan memuji Allah SWT  dan selawat (atas Nabi SAW) dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah SWT dan berselawat .
8. Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa .
9. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan .
10.  Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan silaturrahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut .
11. Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara mara yang beriman .
12. Hendaklah dengan penuh perasaan, pengharapan dan jangan cuba mengatakan, "Ya Allah, ampunkanlah aku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah aku sekiranya Engkau inginkan" .
13. Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW .
14. Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah .
15. Berdoa dengan suara perlahan .
16. Beriman kepada Allah SWT dengan sebenarnya dan mematuhi segala ajaran-Nya serta menjauhi larangan-larangan-Nya .
17. Tidak berputus asa dengan segala doa yang telah kita pohonkan walaupun sejak sekian lamanya kita berdoa .
18. Doa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, serta yakin akan terkabulnya doa tersebut baik cepat ataupun lambat .

Sabda Rasulullah SAW :

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ

Maksudnya : " Mintalah kepada Allah sedang kamu yakin terkabulnya. Dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa daripada hati yang lalai dan bimbang " .
(Riwayat Al-Tirmizi no 3479 dan Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Apabila salah seorang daripada kamu berdoa, hendaklah bersungguh-sungguh " .
(Riwayat Al-Bukhari)

19. Berdoalah dengan kalimah ringkas, jelas dan meliputi maksud yang dihajatkan .


Khamis, 9 Februari 2012

JENAHAK KARI....MAK MERTUA

Assalamualaikum.....

Hari nie sakit kepala....berputar2, tak boleh nak buka mata....rasa macam nak muntah. Hari ini saya EL, tak larat nak bangun....Lepas makan ubat tadi, masih ada rasa mamai2 lagi tapi denyut2 dah kurang. Perut bukan main berbunyi lagi, makan cucur jer tadi, dah itu je yang mampu dibuat.

Lepas dah berehat2 sekejap, basahkan kepala biar segar sikit, perut dah berbunyi....lapar lagi!!!! Masak yang simple2 sahaja. Ikan Jenahak Masak Kari, cara mak mertua saya. Sudah tu yang anak dia suka makan. Tak cair dan tak pekat, senang sahaja nak membuatnya pun.

JENAHAK MASAK KARI

Bahan-bahan:
2 kelar ikan jenahak
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih* (* tumbuk lumat)
1 inci halia - dititik
1 sudu teh rempah tumis
2 sudu besar serbuk kari
1 batang serai - dititik
2 tangkai daun kari
Air asam jawa
Garam
8 biji Bendi
2 biji tomato

Cara-cara :
1. Tumis bahan rempah tumis dahulu. Masukkan pula bahan tumbuk, halia dan serai, goreng hingga naik bau.
2. Masukkan kari, garam dan daun kari, goreng sebentar dan masukkan sedikit air dan ikan. Renehkan ikan sebentar, biar sebati dengan bahan2 tumis baru masukkan air asam jawa.
 3. Setelah mendidih masukkan tomato dan bendi. Setelah agak masak, tutup api.


Selasa, 7 Februari 2012

EGGLESS FRUIT CAKE / KEK BUAH (BAKAR)

Assalamualaikum......

Hari nie Johor bercuti sempena Thaipusam, tapi Melaka tak cuti...Jadi bersendirian saja la hari nie kat rumah. Pagi2 lagi dah pergi Pejabat Pos Ayer Keroh buat beberapa urusan. Ramai sungguh, nasib ada tempat duduk disediakan. Sebelum nie kena beratur sebab tempat tu kecil sahaja. Sudah dibesarkan jadi ramai lah yang buat urusan kat situ . 

Selepas dah selesai semua urusan, bershopping la pulak kan. Ingat nak pergi Jusco tapi rasa malas pulak sebab mesti sesak punya bandar Melaka. Walaupun waktu bekerja tapi setengah negeri bercuti memang lah sesak Melaka dengan pelancong2 luar yang ramai. Dah faham sangat!!!! Pergi Mydin sahaja lah....pun penuh juga orang...nasib parking besau.....

N3 saya hari nie ialah Kek Buah dari resepi DJ. Kredit untuk DJ sebab dah buat saya suka dengan kek nie. Saya memang tak minat dengan kek buah, selalu saya cubit sikit jer buat rasa tapi sekarang kalau buat setengah adunan saya boleh makan sorang. Memang sedap sungguh....tak tipuuu!!!!

Ini kali ke 3 saya buat. Buat sebelum nie kat rumah mak mertua so tak boleh la nak ambil gambar, nanti kang mak mertua beliak2kan mata pulak....apa kes pulak si Khairiah nie nak bergambar2 berbagai. Mak mertua pun tergoda, siap minta resepi nanti nak buat. Mak mertua saya memang kemaruk kek buah. Bila dia tengok saya buat senang jer, rasanya pun memang ngamsoiii....terus dia jatuh cinta. 

Untuk kali nie saya buat separuh adunan DJ takut nanti che abang bising asyik buat kek je....nanti badan naik bising2...hehehe, tak pe bang yang penting resepi nie tanpa telur...tu yang tak kisah tu....Jom tengok resepi DJ....

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKuSaYang

Loyang 20-22 cm

Bahan A :
360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
125 ml jus oren

Bahan B :
250 g mentega 
300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
250 ml susu cair
170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup

Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional (saya x letak)

Cara-cara :

Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan denganBahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). Saya guna loyang bulat sahaja tetap cantik masaknya.
Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.


saja je letak dalam acuan muffin....

Isnin, 6 Februari 2012

POPCORN

Assalamualaikum.....

Selamat tengahari. Selamat menjamu selera bersama keluarga. Hari nie saya tak masak sebab balik rumah mak semalam ada kawan adik kahwin, jadi malam dia datang rumah bagi lauk pauk berbagai. Jadi hari nie makan lauk kenduri sahaja, kari daging dan ayam masak merah. Memang sedap kari tu, pagi tadi sarap cucur nasi dan pencicah kari daging....habis sepinggan sorang....adoiiii!!!banyak tuuuu....

Bila tengahari nie, saya nak makan kudap2an saja. Saya buat popcorn dimana resepinya dari Puteri Manja. Sedap sangat popcorn tu. Dapat banyak juga, kalau beli kat panggung wayang dapat yang saiz large punya. Sekali hadap je, kunyah sikit2 sambil tengok tv...habis dah..Puteri....resepinya saya share kat sini ye....


ANEKA SWEET POPCORN

Bahan-bahannya:
• 1 sudu besar mentega
• 2 sudu besar minyak masak
• ½ cawan jagung kering 

untuk karamel : [optional]
• 1 sudu mentega
• 5 sudu besar gula pasir atau gula merah(yg warna oren tu)(kalau guna gula merah ni nanti popcorn warnanya cantik sikit hehe) so terpulang pada semua…nak kurang kan manis just letak 3 sudu besar jerr ok. Saya letak 4 sudu gula halus sahaja, nanti nak kurangkan 3 sudu saja la sebab che abang cakap manis pulak tapi saya rasa dah ok manis sikit je .
• satu sudu besar madu ( optional…kalau tak mau letak pun takpe…tapi letak lagi sedap hehehe). Saya letak

cara2 masak jagung kering:
1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panaskan minyak dan butter dalam 1-2 minit lepas tu kecilkan api sedikit.
2. Setelah butter cair, masukkan jagung kedalamnya. kacau dan ratakan sikit.Tutup periuk tadi.
3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn dan ketepikan. Pop corn boleh dapat penuh satu periuk besar. 


Cara2 untuk karamel :
1. Dengan api kecil cairkan mentega, madu dan gula hingga gula betul2 larut. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2, hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
2. Kalau guna gula merah sama jugak…tapi tak perlu terlalu lama…agak2 gula dah larut matikan api dan gaulkan bersama2 popcorn tadi. 
3. Bagi yg nak letak coklat pun bole….lepas popcorn disaluti karamel…cairkan 60gm-70gm coklat secara double boiler dan setelah cair gaulkan pada popcorn hingga rata.

Ahad, 5 Februari 2012

LAKSA

Assalamualaikum....

Kali nie nak n3 laksa.....sempoi je resepinya....
LAKSA

Bahan-bahan :
4 ekor ikan kembung - dicuci dan dibersihkan
3 sudu besar cili kisar
2 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
1 inci belacan*
3 biji bawang merah* (* tumbuk halus)
10 keping asam keping (saya suka masam2 sikit)
Garam secukupnya
Air secukupnya

Bahan-bahan sampingan :
1 peket laksa - saya beli yang dah siap di Kuala Kangsar
2 biji bawang besar
5 biji limau sambal
5 helai daun salad
1 biji timun
5 biji telur rebus
1 ikat daun selom
1 batang bunga kantan
10 biji cili api

Rebus ikan hingga masak. Asingkan isi dan tulang. Blend isi ikan dan masukkan ke dalam periuk. Blend tulang ikan dan tapiskan ke dalam periuk.
Masukkan air, cili, bahan tumbuk, daun kesum,asam keping dan garam.
Setelah mendidih masukkan bunga kantan dan masak lagi. Kalau suka pekat boleh biarkan didih lama sikit . 
Tutupkan api. Hidangkan bersama bahan2 sampingan .
ini la rupanya laksa yang saya beli kat kuala kangsar masa balik ke Perak hari tu....macam rupa spageti sikit2.....lembut...