Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 4 Februari 2012

CREAM PUFF

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua. Saya hari cuti ni tak ke mana2, duduk rumah saja tengok tv. Petang tadi keluar sekejap je pergi pasar malam nak beli barang dapur sikit. Badan tak berapa sihat, demam dah baik tapi batuk dan selsema dah seminggu tak baik2 nie. Ubat dah habis, malas pulak nak pergi jumpa doktor lagi. 
Tak dapat mc sebab panas badan dah kurang cuma hidung jer tak baik2 lagi. Kena pula duduk dalam office yang air cond dia jangan cakap la, badan nie seram sejuk dibuatnya, hidung tersumbat sampai tak boleh nak bernafas, dengan batuk lagi...gatal tak boleh nak kata, rasa macam nak masukkan jari kat dalam batang leher tu lepas tu garu..uhhhhhh!!! mesti bestkan...

Sebelum keluar pergi pasar malam tadi sempat la juga saya buat cream puff sikit. Resepi saya ambil dari dapur ita. Dah lama nak buat tapi tak terbuat2. Nie kali ketiga saya buat baru nak n3. Itu pun tak berapa nak cantik bentuknya sebab tak boleh nak buat hidung nie meleleh jer dengan batuk2 lagi tapi nak juga buat sebab dah lama sangat nak buat. Dapat sepiring je, makan dengan che abang sorang 6 ketul..jadi lah buat hilang kempunan. 

Mohon share kat sini ye ita. Jom tengok resepinya.....
CREAM PUFF

by : Yani
Sumber : masam manis

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana, kemudian kuatkan hingga mendidih. Bila mendidih tutup api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
Masukkan telur, kacau cepat-cepat. (saya biarkan adunan suam baru masukkan telur sebab takut telur nanti masak pulak sebab saya tak boleh nak kacau cepat2 macam ita, tangan tak kuat sakit)
Masukkan adunan ke dalam piping bag.


Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm.
Pipe kan ke atas dulang.
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2. Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin. (saya masak atas dapur saja)


Tiada ulasan:

Catat Komen