Salam Jumaat......
Pada pagi ini saya nak kongsikan sedikit mengenai Adab Dan Sifat Berdoa Sebagai Kaedah Bagi Kemustajaban Doa. Setiap ibadat mesti mempunyai cara dan adab termasuklah berdoa. Ia mengandungi kaifiat dan adab supaya doa itu dimakbulkan dan diterima oleh Allah SWT dan tidaklah doa itu sia2 sahaja. Berzikir dan Berdoa adalah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah.
ADAB-ADAB BERDOA
1. Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat .
2. Dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah SWT dan menghadap kiblat.
3. Merendahkaan suara dan tidak mengganggu orang lain .
4. Jangan menggunakan lafaz berdoa yang bersajak .
5. Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT .
6. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu .
7. Memulakannya dengan memuji Allah SWT dan selawat (atas Nabi SAW) dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah SWT dan berselawat .
8. Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa .
9. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan .
10. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan silaturrahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut .
11. Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara mara yang beriman .
12. Hendaklah dengan penuh perasaan, pengharapan dan jangan cuba mengatakan, "Ya Allah, ampunkanlah aku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah aku sekiranya Engkau inginkan" .
13. Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW .
14. Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah .
15. Berdoa dengan suara perlahan .
16. Beriman kepada Allah SWT dengan sebenarnya dan mematuhi segala ajaran-Nya serta menjauhi larangan-larangan-Nya .
17. Tidak berputus asa dengan segala doa yang telah kita pohonkan walaupun sejak sekian lamanya kita berdoa .
18. Doa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, serta yakin akan terkabulnya doa tersebut baik cepat ataupun lambat .
Sabda Rasulullah SAW :
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ
Maksudnya : " Mintalah kepada Allah sedang kamu yakin terkabulnya. Dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa daripada hati yang lalai dan bimbang " .
(Riwayat Al-Tirmizi no 3479 dan Al-Hakim)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Apabila salah seorang daripada kamu berdoa, hendaklah bersungguh-sungguh " .
(Riwayat Al-Bukhari)
19. Berdoalah dengan kalimah ringkas, jelas dan meliputi maksud yang dihajatkan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan