Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Disember 2014

SUP IKAN

Assalamualaikum

Salam Jumaat semuanya. Moga hari ini diberkati Allah S.W.T. hendaknya. Hari ini saya tak ada apa2 aktiviti samada aktiviti di rumah ataupun di luar rumah. Bila tak ada apa yang nak dikerjakan jadi dapatlah saya memasak hari nie. Selalu bila tinggal seorang kat rumah waktu2 hari jumaat, saya masak untuk diri saya sahaja. Tapi hari nie, masak siap2 untuk suami. Menu saya Sup Ikan Merah, Sambal Sotong dan ulam kobis. Simple2 jer......yang penting suami suka makan. 

Sebelum nie saya pernah buat sup ikan dan suami saya suka. Pada awalnya dia rasa macam pelik dengar lauk sup ikan, sebab tak pernah makan katanya. Pertama kali makan dia suka dan kali nie saya buatkan lagi. Semoga rasa pelik dia tu akan hilang hehehe................


SUP IKAN 

Bahan2
1 ekor ikan merah (saiz sederhana)
1 bungkus sup bunjut
sedikit rempah 4 sekawan
1 sudu besar rempah tok mak (x de pun x pe)
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *(*ditumbuk)
2 inci halia - dititik
1 sudu teh lada hitam
daun sup
daun bawang
garam
minyak

Cara2:
1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan, lada hitam, bahan tumbuk, halia dan rempah tok mak hingga naik bau.
2. Masukkan air dan sup bunjut. Apabila mendidih masukkan ikan dan garam, biarkan mendidih dan ikan masak.
3. Tutup api, taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan


jemput makan ye semua
 

yang ini saya gatah jer tak makan dengan nasi, macam makan sup tulang tu........






Ahad, 14 Oktober 2012

TULANG IKAN MERAH MASAK LEMAK NENAS

Assalamualaikum.....

Selamat tengahari. Masak apa pulak tengahari nie kawan2 ku. Saya masak Tulang Ikan Merah Masak Lemak Nenas tengahari ni tapi tak makan lagi, petang nanti baru makan nasi. Jadi tengahari nie makan sandwich tuna je. Malas nak makan nasi. Nak makan pun malas, mmmmm......

Masak pun ala kadar untuk che abang kita makan. Saya mengantuk kot tu yang tak berselera nak makan. Makan sandwich pun separuh jer. Kejap lagi nak pergi tengok rumah baru. Semalam tengok sekejap dan dah buat laporan pada pemaju pasal apa2 kerosakan dan dia janji nak buat semalam juga tu yang nak pergi tengok hari nie dah buat ke belum.

Jom layan menu saya hari nie.......



TULANG IKAN MERAH MASAK LEMAK NENAS

Bahan2 :
1 bungkus tulang ikan merah 
1 biji nenas (kecil) - hiris kasar
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah*
sedikit belacan* (*tumbuk halus)
serbuk kunyit
1 keping asam keping - optional
4 cawan santan (3 cawan santan cair + 1 cawan santan pekat 

Cara2 :
Masukkan ikan, nenas, cili kisar, bawang + belacan, serbuk kunyit, asam keping dan santan . Saya suka letak asam keping sikit untuk rasa lemak2 masam manis dari santan dan nenas.
Masak hingga kuah mendidih dan sedikit pekat mengikut citarasa sendiri. 

Sabtu, 7 Julai 2012

SIAKAP 3 RASA

Assalamualaikum.......

Salam berhujung minggu. Selamat tengahari....dah masak? Belum? Moh kita masak yang mudah2 sahaja hari nie....Siakap 3 Rasa pasti anda akan suka....^__^


SIAKAP 3 RASA

Bahan2 :
1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
5 biji cili merah*
5 biji cili hijau*
10 biji cili api*
3 batang serai*
5 biji bawang merah*(* blend kasar sedikit)
3 ulas bawang putih - dititik

1 inci halia - di hiris
2 biji tomato - cincang halus

1 biji bawang besar - dihiris
5 helai daun limau
Nenas - hiris kecil2
Lobak merah - hiris halus
Garam
Gula


Cara2 :
1. Cuci bersih ikan, kelar2 badan ikan, lumur dengan kunyit dan garam. Goreng hingga masak. Ketepikan
2. Tumis bahan blend, bawang putih, tomato dan halia hingga naik bau. Selepas itu masukkan garam, gula, bawang besar dan daun limau, tumis seketika. Masukkan ikan dan gaul sebati.
3. Jika kering masukkan air sedikit, angkat. Boleh masuk nenas dan carrot lagi sedap. Kali nie saya tak buat sebab tak ada stok, kalau ada lagi sedap.....






Ahad, 1 Julai 2012

SIAKAP MASAK MASAM MANIS

Assalamualaikum........

Selamat petang.....dah petang baru dapat bersiaran. Dari tadi asyik che abang jer yang guna laptop. Bila dia dah bosan dan nak berehat baru bagi kita pulak yang guna...sabar je la. Nanti nak beli la lagi satu, baru ler tak berebut...hehe...


N3 kali nie ialah Siakap Masak Masam Manis. Masak yang mudah2 je....sebab hari nie saya tak berapa sihat, rasa macam nak pitam sajer....tu yang minta che abang kita yang masakkan. Nasib lah sempat masak lauk masak lemak putih pucuk manis dgn keledek, goreng ikan siakap dengan sambal belacan, jadi dia masak satu jer la....dalam 2 minit dah siap.....senangkan.....


Bahan2 semua dah siap, jadi senang ler nak masak, tumis2 main campak2 jer......dah siap....Masak sikit jer....cukup le untuk berdua sahaja.



 SIAKAP MASAK MASAM MANIS

Bahan2 :
1 ekor ikan siakap - saiz sederhana
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - titik
1 inci halia - hiris halus
4 sudu besar soso cili
2 sudu besar sos tomato
2 biji cili merah - potong kasar
2 biji cili hijau - potong kasar
2 biji tomato - potong 6
1 biji nenas (kecil) - potong kecil2
Garam
Gula
Air

Cara2 :
1. Bersihkan ikan, lumur dengan garam dan kunyit serta sedikit tepung jagung. Goreng hingga masak. 
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan air, sos cili & tomato, cili merah & hijau dan nenas.
3. Setelah mendidih, masukkan garam, gula dan tomato. Kacau seketika dan kuah sedikit pekat baru angkat.











Ahad, 17 Jun 2012

IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU



Bahan2 :
4 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 biji bawang besar- potong 6
Taucu- ikut rasa
Air asam jawa
5 biji cili api
Halia

Cara2 :
1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit, goreng seperti biasa .
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masuk taucu, tumis seketika dan masukkan air asam jawa, ikan dan cili api.
3. Setelah kuah mendidih, masuk bawang. Kacau seketika dan angkat .


ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum......

Salam sejahtera semua. Tengah buat apa tu? Nonton tv ye....tengok jalan2 cari makan ke? Jom makan2 tak perlu jalan2 tau. Bila hujung2 minggu nie tak keluar ke mana2....maap yer sebab sat2 lagi nak gie jusco ada offerrrr hehehe....so kita main masak2 la kt rumah. 

Saya pagi tadi sarap hanya dengan Avokado Smoothie.....mmmm smoothie lagi...hukhuk, selagi tak jemu. Untuk menu tengahari pula saya masak asam pedas ikan pari lawan dengan cencaluk, kembung goreng taucu dan sayur campur. Pagi2 lagi saya dah masak sebab nanti nak keluar cuci mata dengan cuci $$$$ sekali...pwweeetttt!!!!



ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan2 :
6 ketul ikan pari
1 senduk cili kisar
5 biji bawang merah - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 batang serai - dititik
1 inci halia - dititik
1 tangkai daun kari
4 helai daun limau
2 batang bunga kantan
2 biji tomato
5 biji bendi
Air asam jawa

Cara2 :
1. Perap ikan dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau. Masuk pula cili kisar, daun kari dan daun limau. Tumis hingga cili terbit minyak. Masukkan ikan dan sebatikan dengan cili. 
3. Setelah ikan sebati dengan cili, masukkan air asam jawa. Masak hingga kuah mendidih.
4. Setelah kuah mendidih, masukkan tomato dan bendi. Setelah ikan masak boleh tutup api.


Ini lah menu tengahari saya.....jemput makan....cencaluk tu kena letak limau ye baru mmmmm...


tapiiiii....sebelum makan kita cuci usus dulu...yok makan buah dulu


Ahad, 29 April 2012

IKAN MERAH MASAK KARI

Assalamualaikum.......

Selamat malam semua. Dah makan malam ke? Saya baru sahaja selesai menjamu selera. Makan lewat sikit malam nie, baru balik dari rumah mak tadi. Sibuk sangat buat kek lumut sampai malas nak makan sebab tak sabar nak makan kek tu.

Adik saya cakap sedap kek tu.....tu yang dia tak sabar2 nak buat dengan saya. Resepi kawan dia bagi, banyak juga ler sampai 2 kali kukus untuk loyang 6". Katanya kukus 2 hingga 3 jam tapi baru 1 jam setengah dah angkat, punya ler tak sabar....tapi dah masak angkat je la kan. Sebenarnya nak balik cepat, nak makan ikan merah masak kari saya buat tengahari tadi.

Lauk kari nie mak mertua saya selalu masak, kira resepi mak mertua la nie. Saya selalu tolong2 sahaja sebab cara masak lain2 kan, takut saya masak nanti bukan selera dia, nanti tak laku pulak lauk saya. Yang penting kena masak ikut resepi mak mertua untuk selera suami la kan. 


IKAN MERAH MASAK KARI

Bahan2:
2 kelar ikan merah
3 biji bawang putih*
5 biji bawang merah* (*tumbuk halus)
1 inci halia - titik
1 batang serai - titik
1 tangkai daun kari
1 sudu teh rempah tumis
2 sudu rempah kari 
Air asam jawa
2 biji tomato
2 biji terung
Garam

Cara2:
1. Tumis bahan tumbuk, halia, rempah tumis dan serai sehingga naik bau wangi .
2. Setelah itu masukkan rempah kari dan daun kari, tumis seketika baru masukkan ikan dan air asam jawa. Kalau terasa masam sikit lagi sedap.
3. Setelah kuah mendidih masukkan terung. Sebelum ditutup api, masukkan tomato dan kacau seketika, baru diangkat.





Jumaat, 27 April 2012

SAMBAL SARDIN

Assalamualaikum..........

Selamat malam semua. Selamat bersantai2 bersama keluarga. Sekarang nie tengah kemaruk tengok Astro. Memandangkan pihak astro bagi siaran secara percuma untuk semua channel selama seminggu...jadi, apa lagi semua cerita nak tengok ler.....

Jom kita tengok ramai2 semua siaran secara percuma. Gunakan peluang ada sebaiknya....hehehe. Tapi sebelum tu kena lah masak untuk makan malam dulu, nanti lapo pulak...takkan tengok astro boleh kenyang dok...Menu saya malam nie cuma sambal sardin. Dah lama tak makan sambal sardin...tau2 dah dua pinggan licin.......mmmmmm!!!!

Saya masak sejenis jer, penat lah tak larat sebab hari nie kat pejabat sibuk sangat dengan aktiviti 5S. Makan pun terpaksa makan sebab tengahari tadi tak makan. Saya kalau tak makan takut esok bangun pagi2 sakit perut...takut nanti sakit lain pulak.....

Resepi saya nie yang paling mudah sekali, tak perlu banyak bahan....jom tengok...
 

SAMBAL SARDIN

Bahan2:
1 tin sardin - lebih kurang 3 ekor ikan (sed besar), ambil kuahnya sedikit
1 biji bawang besar
3 sudu besar cili kisar
Air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara2:
1. Hiris bawang besar bulat2 dan tumis hingga sedikit layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili terbit minyak.
2. Setelah itu masukkan ikan dan masak dengan cili agar sebati ( boleh menghilangkan hanyir juga) . Setelah sebati baru masukkan sedikit kuah sardin dan kacau rata.
3. Masukkan air asam. Apabila kuah mendidih dan sedikit pekat, tutup api.


Ahad, 18 Mac 2012

SAMBAL TUMIS IKAN TONGKOL

Assalamualaikum.....

Ini N3 seterusnya sambal tumis ikan tongkol yang saya ngap tengahari tadi.....Cuba juga nak n3 walaupun dah keletihan nie. Sekejap lagi nak berehat untuk lurus2kan tulang temulang nie lepas tu nak cuba buat swissroll...kalau terdaya la ye....


SAMBAL TUMIS IKAN TONGKOL

Bahan2:
1 ekor ikan tongkol - sederhana besar
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
Belacan
1 senduk cili kisar
Air asam jawa
Garam
Gula

Cara2:
1. Bersihkan ikan. Tumbuk lumat bawang merah dan belacan. Belah 8 bawang besar.
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga bahan tumis terbit minyak.
3. Masukkan garam, gula dan ikan, kacau hingga sebati dengan bahan tumis.
4. Masukkan air asam jawa dan biarkan hingga kuah mendidih. Sebelum tutup api, masukkan potongan bawang besar dan kacau sebentar. Boleh diangkat.


Khamis, 9 Februari 2012

JENAHAK KARI....MAK MERTUA

Assalamualaikum.....

Hari nie sakit kepala....berputar2, tak boleh nak buka mata....rasa macam nak muntah. Hari ini saya EL, tak larat nak bangun....Lepas makan ubat tadi, masih ada rasa mamai2 lagi tapi denyut2 dah kurang. Perut bukan main berbunyi lagi, makan cucur jer tadi, dah itu je yang mampu dibuat.

Lepas dah berehat2 sekejap, basahkan kepala biar segar sikit, perut dah berbunyi....lapar lagi!!!! Masak yang simple2 sahaja. Ikan Jenahak Masak Kari, cara mak mertua saya. Sudah tu yang anak dia suka makan. Tak cair dan tak pekat, senang sahaja nak membuatnya pun.

JENAHAK MASAK KARI

Bahan-bahan:
2 kelar ikan jenahak
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih* (* tumbuk lumat)
1 inci halia - dititik
1 sudu teh rempah tumis
2 sudu besar serbuk kari
1 batang serai - dititik
2 tangkai daun kari
Air asam jawa
Garam
8 biji Bendi
2 biji tomato

Cara-cara :
1. Tumis bahan rempah tumis dahulu. Masukkan pula bahan tumbuk, halia dan serai, goreng hingga naik bau.
2. Masukkan kari, garam dan daun kari, goreng sebentar dan masukkan sedikit air dan ikan. Renehkan ikan sebentar, biar sebati dengan bahan2 tumis baru masukkan air asam jawa.
 3. Setelah mendidih masukkan tomato dan bendi. Setelah agak masak, tutup api.


Sabtu, 31 Disember 2011

TENGGIRI MASAK KICAP

Assalamualaikum......Salam tengahari. Makan apa tengahari nie? Saya simple2 je ikut selera che abang, udang goreng tepung, ikan kerisi goreng kunyit dan ikan tenggiri masak kicap. Che abang suka la tu....

IKAN TENGGIRI MASAK KICAP

Bahan-bahan :
4 kelar ikan tenggiri 
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 st halia kisar
2 biji bawang besar - hiris bulat
6 biji cili api
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk
3 sb sos cili
2 sb kicap manis
2 sb sos tiram
Air asam jawa secukupnya
Daun bawang
2 biji kentang - potong kasar dan goreng hingga separuh masak
Minyak secukupnya

Cara-cara :
1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau, masukkan sedikit bawang hiris, cili padi dan tumis lagi. 
3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan air asam jawa. Bila mendidih masukkan kentang goreng dan ikan. 
4. Apabila kuah agak sedikit pekat masukkan daun bawang dan tutup api. Hidangkan.


Sabtu, 17 Disember 2011

ASAM PEDAS IKAN PARANG


Assalamualaikum…..Alhamdulillah kesihatan bertambah baik nampaknya, dapatlah buat aktiviti2 yang tertangguh….Seminggu dua nie rasa tak berapa sihat mungkin kerana terlalu banyak perkara yang difikirkan. Budak2 dah start cuti sem, jadi dapatlah berehat sikit kepala nie..Nak berehat dengan bersenang lenang memang tak boleh la…3 minggu budak2 cuti..tapi start minggu depan sampai hujung bula nie akan dipenuhi dengan program bagi pengajar dan staff…Apa programya? Ber’KURSUS’ la…Setiap hari akan ada kursus yang dijalankan bagi setiap staff atau pengajar yang nak menambah ilmu pengetahuan tentang kerja mahupun tentang perkara2 lain (yang berkaitan dengan kerja jugak la)
Sekarang tak nak berceloteh banyak…N3 hari nie ialah Asam Pedas yang sinonim dengan orang2 Melaka dan juga orang2 Johor.Jom layan…

ASAM PEDAS IKAN PARANG
Bahan-bahan:
Ikan parang (4 kelar)
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih*
2 inci belacan * (*tumbuk bersama)
1 senduk cili kisar – boleh tambah untuk rasa lebih pedas
3 batang serai – titik sedikit
2 inci halia – titik sedikit
3 helai daun limau
Setangkai daun kari
1 st halba
Air asam jawa
10 batang bendi
2 biji tomato

Cara-cara:
1. Tumis halba ,bahan-bahan tumbuk, halia dan serai hingga naik bau. Masuk cili dan tumis hingga cili betul2 masak. Masuk daun kari dan daun limau kacau sebentar.
2. Masukkan ikan dan masak sebentar dengan bahan tumis . Masukkan air asam jawa dan garam.Setelah mendidih masukkan bendi dan tomato, kacau sebentar dan boleh tutup api.