Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 29 April 2012

IKAN MERAH MASAK KARI

Assalamualaikum.......

Selamat malam semua. Dah makan malam ke? Saya baru sahaja selesai menjamu selera. Makan lewat sikit malam nie, baru balik dari rumah mak tadi. Sibuk sangat buat kek lumut sampai malas nak makan sebab tak sabar nak makan kek tu.

Adik saya cakap sedap kek tu.....tu yang dia tak sabar2 nak buat dengan saya. Resepi kawan dia bagi, banyak juga ler sampai 2 kali kukus untuk loyang 6". Katanya kukus 2 hingga 3 jam tapi baru 1 jam setengah dah angkat, punya ler tak sabar....tapi dah masak angkat je la kan. Sebenarnya nak balik cepat, nak makan ikan merah masak kari saya buat tengahari tadi.

Lauk kari nie mak mertua saya selalu masak, kira resepi mak mertua la nie. Saya selalu tolong2 sahaja sebab cara masak lain2 kan, takut saya masak nanti bukan selera dia, nanti tak laku pulak lauk saya. Yang penting kena masak ikut resepi mak mertua untuk selera suami la kan. 


IKAN MERAH MASAK KARI

Bahan2:
2 kelar ikan merah
3 biji bawang putih*
5 biji bawang merah* (*tumbuk halus)
1 inci halia - titik
1 batang serai - titik
1 tangkai daun kari
1 sudu teh rempah tumis
2 sudu rempah kari 
Air asam jawa
2 biji tomato
2 biji terung
Garam

Cara2:
1. Tumis bahan tumbuk, halia, rempah tumis dan serai sehingga naik bau wangi .
2. Setelah itu masukkan rempah kari dan daun kari, tumis seketika baru masukkan ikan dan air asam jawa. Kalau terasa masam sikit lagi sedap.
3. Setelah kuah mendidih masukkan terung. Sebelum ditutup api, masukkan tomato dan kacau seketika, baru diangkat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan