Selamat petang dan Selamat berhujung minggu.....Kemana hujung minggu nie? Saya macam biasalah, kalau tak balik rumah mak...jalan2 cuci mata ler jawabnya....Waktu hujung minggu nie, kat Melaka banyak sangat aktiviti, jalan pun bertambah2 sesak. Banyak sangat rombongan sekolah dari merata tempat, mahupun negeri. Pelancong luar negeri, dalam negeri jangan cakap ler...bersepah2....
Walaupun sesak2 saya tetap juga nak merayap2, nanti duduk rumah jer cepat busannn!!!!!. Cuaca agak panas sikit, jadi dok tengok2 barang jer kat dalam shopping kompleks, kalau ada yang berkenan angkut juga lah sikit2. Bila petang, dah redup sikit baru rayau2 kat luar, mak aiiii!!! rimas pulak tengok orang ramai2 nie, boleh kena magrain tengoknya.
Balik jer rumah terus luruskan badan sambil ngap sikit2 moist chocolate cake yang saya buat malam tadi bersama2 air sirap + sunquick ais...wooooooo...lega tekak sejukkkkkk!!!!!...Resepi Moist Chocolate Cake saya ambil di dapur Che Mat Gebu. Memang tergoda kalau tengok resepi2 kat dapur CMG. Saya kalau nak cari resepi kek memang DTS adalah antara dapur rujukan saya, pasti tak mengecewakan.
Jom kita layan kek sedap nie..........
MOIST CHOCOLATE CAKE.....
Resepi : Datin Jun
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik* (*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair* (*disatukan hingga menjadi pes coklat)
BAHAN COKLAT GANACHE :-)
200 g coklat masakkan
150 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega
KZ....Khairiah & Zilfikri...hihihi = Khaizu...boleh gitu...(^__*)
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
chocolate ganache....sedap tau, mesti cuba kek nie....
UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.
sedap makan kek coklat + cheese + coklat ganache + strawberry.....wahhhhh!!!!
masa ambil gambar letak 3 biji jer, sebab beli x banyak.....tapi bila nak makan potong dua letak penuh2 kat tepi tu sebab sedap sangat.....hihihi
Assalamualaikum Khairiah,
BalasPadamgeramny tengok strawberry tu... keknya pun comel!!!
Amie...kek tu memang comel dlm 5" jer.....strawberryy nmpak segar kan....manis sgt2 tau br sampai dr korea youuu....budak jj tu tgh susun saya dh ngap satu....(^__^)
BalasPadam