Salam Sejahtera & Salam Satu Malaysia... Hari ini Melaka bercuti sempena Melaka Bersejarah. Che abang tak kerja jadi duduk rumah sorang2.....jadi surirumah. Jangan lupa kemas rumah ye...masak apa yang patut, nanti che kak balik kerja nak makan..hakhak....Sebab saya kerja di Johor, terpaksa lah kerja hukhuk.... tak syukkkkk.....jeles betul tau.....
Hari ini tak ada kelas, kerja pun tak berapa banyak...jadi hari ini nak buat 5S sikit2. Bulan Jun nanti ada audit. Apa itu 5S? Kenapa kena buat 5S? Sebenarnya banyak manfaat yang akan kita dapat dengan melakukan 5S bukan sahaja di pejabat tapi dirumah juga. Semuanya untuk mempermudahkan segala urusan .
Apa itu 5S?
SEIRI @ SUSUN
- Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.
SEITON @ SUSUN
- Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan .
SEISO @ SAPU
- Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas .
SEIKETSU @ SERAGAM
- Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa .
SHITSUKE @ SENTIASA AMAL
- Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya .
Pada 10/4/2012 yang lalu pegawai2 dari ILP Ledang bersama beberapa pelajar yang dipilih telah membuat satu lawatan 5S ke ILP Pedas yang telah menerima Sijil 5S buat kali kedua pada April 2012 yang lalu.
Melihat sahaja keadaan sekeliling untuk ke bilik seminar, hati saya dah cukup terpesona dengan susun atur dan penggunaan peralatan di Bahagian Pusat Sumber. Susunan peralatan dan tagging, semuanya nampak cantik dan kemas. Memang layak pun dapat persijilan tu.
Jom tengok antara tempat2 yang sempat saya rakamkan......
ehsan dari web ilp pedas....terbaikkk.....
kata2 aluan dari Pengarah ILP Pedas En Noor Ariffin Bin Mohd Ariff
Ucapan ringkas dari Pengarah ILP Ledang Adnan Bin Ismail
senarai lampu yang ditanggingkan...kalau ada kerosakan senang nak buat laporan....
susun atur di dalam bilik mesyuarat.....semua ada tagging, kemas sangat2 dan tak perlu nak letak bunga berbagai
tong sampah di dalam pantri.....berada di kawasan bertanda....jangan letak tempat lain ye....alamak!!!ternampak pulak kain buruk tu....issshhhhh
siap ada tanda min & max sebelah kiri tu.....bagus sangat2, kalau kurang kena tambah dan jangan letak lebih2 pulak.....
ini gambar sepenuhnya rak tu.....tersusun rapi
ini adalah status pegawai.....ini pegawai atas.....sedang kerja di luar ILP kot
pegawai di bahagian pentadbiran.....ada bekerja sekitar kawasan ILP
yang ini tak pasti pulak kat mana, tak ingat........dalam bilik stor kot
sesi soal jawab dengan pegawai ILP Pedas di dalam bilik stor
tanda diletakkan di bawah lantai.....jangan cuba nak letak benda lain kat bawah tu ye......
ini di dalam bilik fail....Pn Nurul dan Pn Norehan sedang berkira2 nak buat apa nanti kat ILP Ledang.....
penandaaras bagi fail BKKL.....banyak nie je ke failnya.....mmmmm,
meja staff........semua dalam keadaan bersih dan kemas
keadaan dalam laci...cantik luar cantik dalam juga...(^__*)
carta pegawai yang bertanggungjawab pada sesuatu tempat tersebut
ini pulak bilik cetak......puas hati youuuu....tengok lagi bawah tu memang kelasssss....
ini di meja pengajar @ unit2
ini Motto 5S ILP Pedas
Ok....puas hati tak dengan kerja yang pihak ILP Pedas lakukan. Saya memang cukup puas hati. Nampak sahaja mudah tapi pegawai Pedas cakap memang nampak mudah tapi nak memulakannya sahaja dan rasa cukup susah....mmmmmm. Itu maksudnya kita kena kerja lebih keras lagi.....cayok....cayokk ILP Ledang!!!!!!!!!
5s tempat anda terlampau lampau bagus!! Tahniah!! Tapi jangan sampai tak nak mengajar sbb taknak serabut kembali. Yang seronok masa nak susun sisih bagai. Tapi yang susah ialah nak maintain. Itu yg kita masih gagal. Bukannya masalah nak biasakan yang betul. Tapi nak kekalkan ketrampilan.
BalasPadamBetul2......
Padam