Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 9 April 2012

KERIA....LAGIIIIII!!!!!

Assalamualaikum.......

Selamat pagi semua. Salam Satu Malaysia buat teman2 seangkatan yang diingati. Sarapan apa pagi nie? Saya makan kueteow goreng dengan ayam goreng seketul jer kat cafe tadi. Tengahari tak makan nasi kot sebab ada bawa bekal kuih keria buat malam tadi. Bangun pagi tadi baru sira dengan gula...nasib sempat.....

Resepi keria macam biasa la ikut resepi yang sebelum nie saya buat. Resepi asal dari Kak Wan , memang sedap dan mudah disediakan. Ikut jer resepi tu pasti jadi.....


KUIH KERIA

Oleh : Kak Wan Citarasawan

Bahan2 :
250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil garam

Untuk menyalut Keria
80 gm gula pasir - saya letak 2 sudu besar
3 sudu besar air - saya letak 1 sudu besar



cantikkan....bulat2 jer rupanya...buat bulat pakai jari tu..hihihi

Cara2 :
Rebus keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas.
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum. Uli hingga bergaul sempurna dan tidak melekit di tangan. (Jika dah tak melekat tak perlu habiskan tepung).
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu - saya agak2 je
Bulat2kan dan leperkan sedikit. Tekan tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan bentuk bulat kuih keria tu.
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana apinya. Masak hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk .


dapat banyak nie jer...cukup laa.....

Untuk menyalut Keria
Sediakan kuali. Masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula hancur dan berbuih2.
Masukkan keria dan gaul sebati dengan air gula tersebut.
Setelah semua keria disaluti air gula, tutup api dan terus mengacau keria sehingga air gula menjadi kering.
Hidangkan dengan segera.

* jika guna keledek oren perlu tambah sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut.


yang ini bekal untuk saya sorang....tapi saya tinggalkan 3 ketul je untuk che abang makan....cukup lah nanti dia gumukzzz......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan