Selamat pagi wahai teman2ku. Apa perancangan untuk hari ini? Memandangkan che abang tak pergi hotel hari nie ,
(gambar dari Gelanggang Foto)
Saya nie kalau tak keluar rumah dalam seminggu tu memang rasa macam blurrrr kecuali pergi kerja la...tu lain la kan .....Sebenarnya jalan2 itu perlu walaupun orang selalu cakap hanya buang masa sahaja, duduk rumah lagi best tak penat, tapi itu cara masing2, tapi bagi saya sebenarnya, kalau keluar rumah bukan sahaja boleh cuci mata tapi boleh cuci minda dan jiwa......
Kalau lah asyik duduk dalam rumah lagi ler bosan sebab hanya buat dan tengok benda yang sama.....sesuai dengan perumpamaan...katak bawah tempurung...bosan kannnnn.....Nanti kecergasan otak akan berkurangan sebab otak kurang bekerja......itu akan boleh mendatangkan tanda2 pelupa @ nyanyuk. Tak nak macam tu...kena elakkan segera...ini pun rasa macam dah nak jadi pelupa...waduh2....
ehsan dari pakcik google
Apakah punca kita jadi pelupa? Betul ke pelupa antara tanda untuk mendapat penyakit Alzheimer. Takut juga...Ya Allah...mohon dijauhkan....Aminnnn!!!!. Antara amalan yang boleh diamalkan ialah berpuasa. Dalam ilmu biologi, ketika usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja2 penghadaman makanan, oleh sebab itu apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. labih lanjut boleh tengok di sini .
Ini mungkin salah satu puncanya yang dapat saya kesan.....peningkatan berat badan. nampaknya memang kena berdiet juga nie. kena kuatkan semangat supaya semangat untuk berdiet tidak hanya menjadi angat2 taik ayam.....cayok...cayok.....Jadi lepas ini senaman akan dilakukan secara konsisten. Kalau sebelum ini 3 kali dalam satu minggu tapi kali ini nak buat hari2 ler jawabnya. Mulakan pada petang ini dengan aktiviti senamrobik...hehehe......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan