Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Cucur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cucur. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2016

CUCUR UDANG RANGUP

Assalamualaikum
Image result for ucapan salam jumaat
Salam Jumaat buat semua Muslimin dan Muslimat. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih diberkati oleh Allah SWT di atas apa jua yang kita lakukan 

Bagaimana hari ini? Dah bersarapan semuanya, ataupun dah bersedia dengan menu makan tengahari hari ini. Saya macam biasa lah, dikesempatan yang ada nie........sewaktu bercuti dari kesibukan kerja, nak rehatkan badan dan minda serta perut juga. Kalau semalam, semasa Majlis Graduasi pelajar2 Kolej Vokasional, makanan sedap2 disediakan jadi hari nie, kita makan yang ala kadar sahaja.

Sarapan saya pagi nie, cucur udang. Kalau google tengok resepi cucur udang ada macam2 resepi tapi terpulang pada citarasa masing2. Ada yang suka tepungnya lebih, ada juga yang suka sayur2nya lebih. Bagi saya, mana2 resepi sedap jer yang penting masuk tekak nyum nyum........Saya buat cucur nie ikut belasah saya yang penting kenyang........kalau ada yang terberkenan boleh ler mencuba
CUCUR UDANG RANGUP

Bahan2
30 ekor udang - sederhana besar
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 bawang besar - hiris
beberapa tangkai daun kucai - potong2 dalam 1 inci
segenggam taugeh
1 tangkai daun sup/ketumbar - potong kasar
Garam
Gula
sedikit serbuk kunyit

Cara2
Buang kulit udang dan bersihkannya. 
Saya rebus sebentar dengan air yang mendidih yang telah dicampurkan bersama garam serta gula. Angkat udang.
Satukan tepung gandum, serbuk kunyit, taugeh, daun kucai dan daun sup. 
Pecahkan telur dan pukul sedikit, masuk ke dalam campuran tepung. Gaul bagi sama rata.
Tuangkan air rebusan udang dan udang ke dalam adunan tepung. Air rebusan tu jangan tuang semua. Boleh agak2 semasa gaulkan dengan tepung.
Dengan menggunakan garfu, ambil adunan dan goreng hingga kekuningan. Siap
Untuk pencicah sambalnya saya buat.....

3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
sedikit air asam jawa
gula
garam

Gaulkan semua dan panaskan. Setelah mendidih boleh hidangkan













Sabtu, 17 Mei 2014

CUCUR PISANG KELAPA

Assalamualaikum

Selamat malam semua. Selamat beristirehat bersama2 keluarga sementara menunggu untuk bersama2 makan malam. Menu saya malam nie, tak ada nasi dan lauk pauk. Hanya cucur sahaja atas permintaan tekak saya dan suami yang masih kenyang katanya jadi nak yang ringan2 sahaja. Saya lagi suka tak rgenyah kat dapur nak masak berbagai. Masak Cucur Pisang Kelapa, habis masalah kemalasan hihihihi.......

Saya memang selalu buat cucur pisang tapi untuk tambah kelapa memang jarang saya buat sebab tak ada stok kelapa. Ini pun beli kat kedai dapat sikit jer. Kalau nak amik kat kampung malas sebab tak ada orang nak tolong kait.  Jadilah, janji dapat lepaskan keinginan nak makan tercapai.


CUCUR PISANG KELAPA

Bahan2
2 cawan tepung gandum
1 sb serbuk penaik
1 cawan kelapa
4 biji pisang dole
4 sb gula merah
sedikit garam

Cara2:
1. Campurkan kesemua bahan, gaul hingga sebati. Goreng macam biasa. Hidangkan.






Ahad, 30 Disember 2012

CUCUR MANIS

Assalamualaikum

Selamat malam teman2 ku sekelian. Esok tinggal 1 hari je lagi kita semua akan menyambut Tahun Baru. Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013. Banyak sungguh perancangan akan dilakukan pada tahun hadapan. Pasal kerja, pindah rumah, pasal diri lagi, pasal keluarga dan macam2 hal yang akan dilakukan pada tahun hadapan. Tengok lah macam mane, mampu atau tidak untuk dilaksanakan dengan jayanya.....sama2 kita tengok....

N3 hari nie Cucur Manis. Kalau biasa kita guna gula kan tapi kali ini kita guna susu pulak. Saya selalu beli cucur nie petang2 bila balik kerja, satu cucuk ada dalam 6 ketul RM1 je....Bila makan tu terasa lemak manisnye, bila tanya kakak tu dia cakap dia guna susu. Memang cucur kakak tu manis sikit maklum ler orang kelate......hihi tapi saya suka garing di luar lembut di dalam. Resepi saya belasah ikut selera saya, kawan2 yang berminat boleh cuba.......


CUCUR MANIS

Bahan2 :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar susu pekat manis
Air 
Garam

1. Campurkan semua bahan. Agak2 dia punya air, jangan cair sangat.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Hidangkan


lemak manis cucur nie, makan 3 ketul saya dah muak......yang pasti sedap di tekak saya hihi......





Sabtu, 8 Disember 2012

CUCUR PISANG KELAPA

Assalamualaikum......

Selamat pagi semua. Selamat beristirehat di hujung minggu bersama keluarga. Selamat bersarapan bagi yang sedang bersarapan. Apa menu agaknya ye? Saya menu mudah je pagi nie bihun goreng dengan cucur pisang kelapa. Saya memang suka sangat makan apa sahaja makanan yang ada unsur2 pisang nie, sedap makan bila ada rasa manis2 masam sikit.

Resepi saya nie mudah je, main agak2 tau, tepuk dada tanya selera......hihihi


CUCUR PISANG KELAPA

Bahan2 :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan pisang lecek
1/2 cawan kelapa parut muda
1/2 sudu teh baking powder
Garam
Gula

- Gaul semua bahan hingga sebati. Goreng hingga masak.


ini bihun goreng saya untuk sarapan pagi nie.....


jemput makan semua........



Ahad, 11 November 2012

CUCUR NASI IKAN BILIS

Assalamualaikum.........

Dah sembahyang isya' ke belum? Sekarang dah masuk waktu jadi elok disegerakan jika dari tadi asyik dok hadap pc jer.....mmmmmm.....nak hadap pc ke tv ke pastikan sembahyang dulu takut nanti terlupa plak tak pasal2 tv @ pc nanti disalahkan.....huhuhu.....sabar je la....

Untuk makan malam, saya buat Cucur Nasi je hari nie. Tengok nasi ada tak luak2 pun, che abang pun tak nak makan nasi jadi saya tengok2 apa resepi yang boleh saya buat dengan nasi nie. Ingatkan nak search nasi goreng kat blog yatie, tup2 ternampak pulak resepi cucur nasi. Ini sudah bagus, amat menarik resepi nie sebab tak pernah dengar dan makan pun. Kiranya nie resepi lain dari yang lain. Cucur nie lembut jer bila dimakan.

Baguskan......kalau kita nie rajin menerjah dapur orang, macam2 menu akan kita jumpa. Ada resepi yang tak disangka2, begitu mudah dan kita tak terfikir pun nak membuatnya.....sebenarnya saya nie tak kreatif pun bab masak2 nie hahaha.....untuk resepi yatie nie saya ada tambah udang sikit baru besttttt.....jom layan..


CUCUR NASI IKAN BILIS

By: Yatie

Bahan2 :
2 cwn nasi 
2 cwn air - saya tak habiskan
10 ekor udang sed - saya tambah
1 biji bwg besar - saya hiris2
2 biji bwg putih 
1/2 cwn ikan bilis 
2 1/2 cwn tepung gandum 
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) 
Daun sup/bawang (di hiris halus) 
sedikit garam 
Minyak untuk mengoreng

Cara2:
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bawang putih dan bawang besar (saya tak blend bawang besar).....kisar sebati. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Panaskan minyak dan goreng. Hidang dengan sos pilihan anda.




Sabtu, 28 Januari 2012

CUCUR CHEESE CAKE.....?

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah s.w.t. kerana saya dipanjangkan usia sehari lagi dan masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini. Dah sarapan ke belum? Sarapan saya pagi nie Nasi Lemak Hujan Panas, Sambal Sotong, ikan bilis goreng dengan kacang tanah. Makan sampingan yang lain Cucur Kek Cheese. 

Aikkk!!! mesti tertanya2kan kenapa kek cheese boleh dibuat cucur pulak. Rasa macam rugi pula kan, tapi sebenarnya ada cerita disebalik kejadiannya itu. 2 hari lepas konon2 nak buat lagi slice cheese kek yang mudah dan sedap tu. Sebelum nie ada buat kat sini tapi tak ada gambar sebab dah terdelete, salah sendiri nak padam lain terpadam sekali gambar kek tu. Nak dijadikan cerita masa kek tu tengah proses pembakaran, elektrik tak de...waduhh2 kek baru masak 30 minit. Potong stim betul lah,orang tengah syok2 hidu bau cheese yang semerbak harum tak de karen pulak.

Tengok kek tu baru masak separuh, atas dah ok tapi bahagian bawah dia macam nak jadi bingka pulak. Fikir punya fikir, akhirnya malas nak bakar, nak kukus pun malas...sudahnya makan saja yang bahagian atas yang bawah tinggal dok pikiaq nak di buat apa. Nak buang saya sayang, rejeki...Tiba2 dok terfikir pulak nak buat cucur sebab sebelum nie pernah buat cucur roti, sedap sangat resepi kak ummi . Jadi apa salahnya kan kita buat. Bila dah goreng tu memang cucur tu terasa sedap..lemak2 gitu. Diet? Tak pe weekend no diet2....waktu kerja jer diet ye....(*__*)

Resepinya mudah jer : cheese kek tak jadi dalam 2 cawan, 2 sudu besar tepung jagung, 3 sudu besar tepung gandum, garam dan air secukupnya. Goreng macam biasa. Tekak saya cakap sedapppp....Moralnya kat sini, kalau masakan tak jadi janganlah dibuang2, tak baik tau. Kalau makanan tu rosak dan memang tak boleh nak makan jangan ler simpan pulak..hukhuk!!!

Ahad, 25 Disember 2011

JEMPUT-JEMPUT ROTI

Assalamualaikum.....sejuknya hari nie. Walaupun sudah nampak cahaya matahari tapi angin bertiup sepoi2 sejuk gila terasa sampai ke tulang. Mandi dengan air panas pun terasa juga sejuknya sampai biru bibir nie dibuatnya. 
Hari nie sarapan buat cucur roti saja dari hasil skodeng kat blog kak ummi. Memang tak rugi sedap sangat....garing di luar dan lembut di dalam, memang sesedap rasa. Ini kali ke 3 saya buat, tak rugi bestttttt....Jom tengok resepinya yang begitu mudah....Kak Ummi mohon share kat sini ye...TQ.

JEMPUT-JEMPUT ROTI
Resepi : BroRozzan
Sumber : kak Ummi

Bahan-bahan: (saya buat separuh je)
14 keping roti - koyak2kan menjadi kepingan kecil
80 gm isi ayam - dipotong dadu kecil - saya x letak
80 gm udang - dicincang/dihiris
1 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji telur - di pukul sedikit
1 labu bawang besar - di potong dadu
2 biji cili merah - di hiris halus
50 gm jagung dalam tin - x letak
sedikit daun sup/bawang - di hiris
2 sudu teh serbuk lada sulah - x letak
garam secukup rasa
8-10 sudu besar tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara:
1. Masukkan roti tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Tuangkan air dan susu dan biarkan sebentar sehingga air/susu meresap ke dalam roti.
3. Masukkan telur, isi ayam. udang, cili, bawang, jagung dan daun sup/bawang. Gaulkan sebati.
4. Akhir sekali masukkan serbuk lada sulah, garam secukupnya dan tepung jagung. Gaulkan rata.
5. Jika adunan cair, bolehlah ditambahkan lagi roti atau tepung jagung.
6. Panaskan minyak dan gorengkan adunan seperti menggoreng jemput-jemput. Angkat dan hidangkan dengan sos cili. 



Ahad, 20 November 2011

CUCUR JAGUNG

Assalamualaikum.....selamat pagi semua kepada penghuni alam maya ini. Hari nie bosan nyeee..cek abang kena kerja plak pada sabtu dan ahad nie. Hari cuti duduk rumah sorang-sorang bosan betul...semalam dah pergi Mydin...ramainya umat kat situ sampai Mydin pun dah jadi panas. Belum gaji lagi bukan main gamai lagi...kalo gaji alamatnya parking penuh laa..


Semalam sarapan pagi buat cucur bawang ikan bilis dengan mee goreng untuk sorang punya makan,jadinya simple je buat. Tengahari pulak buat ayam masak rendang dan daging masak merah. Masak sikit jadi malas nak ambil gambar. Sebelah petang teringin nak makan puding buatlah puding roti karamel....campur sekali dengan fruit koktel tapiiiiii cek abang tak suka plak katanya dah basi. Alamakkkk!!!! memang tak sedap la ble dicampurkan jadi rasanya macam masam2 sikit. Terpaksa lah makan sorang2 nasib buat sikit je. Lain kali tak nak campur dengan adunan tak sedap langsung.


Hari nie cek abang masuk kerja lambat sikit, start pukul 9 pagi jadi buat la nasi goreng cili padi dengan cucur jagung cicah kuah lada. nasi goreng dah habis tak dapat nak ambik gambar. Cucur yang ade lagi jadi tunjukkan gambar cucur je laa.....

CUCUR JAGUNG


Bahan :


2 biji jagung - dihiris halus
tepung gandum - anggaran lebih sedikit dari jagung
1 biji bawang besar
daun kucai - potong kecil2
air
garam


Cara :


1. Campurkan semua bahan dan bancuh dengan air. Agak-agak ssehingga adunan sebati dan sesuai untuk dogoreng.
2. Goreng dengan minyak sehingga kekuningan. Hidangkan bersama kuah lada .


KUAH LADA


Bahan :


2 sb cili kisar
1 sb bawang merah kisar
1st bawang putih kisar
1 sb asam jawa
gula
garam


Cara :


1. Campurkan semua bahan dan didihkan. Rasa dan hidangkan .