Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 16 Januari 2012

SLICE CHEESE CAKE

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah, dah puas berehat2 sekejap tadi sekarang baru lah boleh nak n3. Hari nie saya nak kongsi satu resepi cheese cake yang ringkas dan menyelerakan. Slice Cheese Cake yang mudah untuk disediakan dan barang2 keperluan pun memang sentiasa ada tersedia. Resepi nie saya jumpa di dapur Izah Muffin Lover dan Dapur Tanpa Sempadan. Ini kali ke dua saya membuatnya dan baru nie nak buat n3.

Rasanya jangan cakap la...memang sedap. Baunya  pun dah menyelerakan sampai Che Abang asyik tanya 'dah masak ke belum?. Hehehe...baru tau....Bagi mereka2 yang tak berapa suka makan cheese...boleh cuba kek nie...InsyaAllah akan jatuh hati...(^_^). Tak percaya cubalahhhh........

Kalau nak cuba boleh tengok resepi nie....

SLICE CHEESE CAKE
Resepi : Ros Onigiri
Sumber :CMG , IMF

Bahan-bahan :
4 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gm butter/majerin
70 gm tepung gandum - diayak
70 gm gula
4 biji telur
1 sudu teh vanila

Cara2nya :
1. Carik2 slice cheese dan campurkan dengan susu segar. Masak dengan api perlahan sehingga cheese cair. Sentiasa kacau .
2. Masukkan butter dan kacau hingga larut. Tutup api dan sejukkan .
3. Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga menjadi meringue. 
4. Dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan campurkan adunan cheese, kacau rata. 
5. Masuk tepung sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak berketul2. Akhir sekali masukkan meringue dan esen vanila, kacau secara kaup balik.
6. Glis loyang dengan butter dan bakar secara water bath (letak loyang adunan ke dalam loyang yang lain yang berisi air panas). Bakar pada suhu 170C selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu kepada140C dan bakar lagi selama 40 minit. bergantung pada oven masing2. Saya bakar 170C selama 1 jam. Untuk 30 minit yang terakhir saya tutup atas loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan atasnya menjadi rentung sebab oven saya comel jer, itupun hitam sikit tapi sedap garing.
7. Hias ikut kreativiti sendiri atau boleh juga dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan .

*gambar besok2 yer....

2 ulasan: