Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 29 Januari 2012

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Assalamualaikum.....

Apa aktiviti hari nie? Saya nak pergi shopping tapi malas nak keluar. Che abang pulak malas nak pergi jalan2, penat katanya. Penat? Kerja apa agaknya yek, yang sampai penat sangat....Malas la tu. Semenjak saya dah berani bawa kereta nie, dia dah malas nak layan sangat. Dia suka dok rumah saja, bosan kat luar tu katanya...Alahaiiii!!! Sapa nak teman pergi shopping nie. Bosannya dok rumah.....

Bosan2 pun saya sempat lagi buat puding. Tengok resepi puding tu tak der letak telur, ini sudah cukup bagus. Sekarang nie saya memang nak kurangkan makan makanan yang banyak berunsurkan telur. Diet? Slow2 la ye....!!!!
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber :ALKIRAM.net

Bahan:
A - 2 senduk gula (saya letak 1 senduk)
B - 1 bungkus agar2 serbuk
      4 cawan air 
      2 ½ senduk gula (saya letak 2 senduk)
C - 1 tin susu cair (dalam 400gm)
      2 sm tepung kastard
      1 st vanilla
(campur sebati semua bahan C)
pewarna kuning - saya tambah
 
Cara
Hanguskan gula macam buat karamel. Ketepikan.
Didihkan Bahan B dalam periuk. Kecilkan api dan masukkan Bahan C. kacau  rata (dalam 3 min) hingga sedikit pekat.
Matikan api dan tuangkan adunan ke atas acuan gula hangus. Sejukkan dan hidang .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan