Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 15 Januari 2012

PARU GORENG CILI vs TEMPE TAUHU LEMAK PUTIH vs SAMBAL BELACAN MAK MERTUA

Assalamualaikum......

Selamat petang semua. Apa perancangan untuk hari nie? Walaupun sekarang bukan lagi waktu cuti persekolahan tapi masih ada banyak lagi jemputan perkahwinan. Malasnya nak pergi tapi kena pergi juga. WAJIB ditunaikan kecuali jika ada halangan yang tak dapat dielakkan. Makan2 lagi, dah tak larat nak makan nasi minyak jer hari2..jemuu!!!

Ingat hari nie nak pergi Tesco Melaka nak pergi cari Bread Maker. Dah lama nak beli tapi tak jumpa2 tapi hari tu ternampak kat dapur CMG. Siap tunjuk promosi BM lagi kat Tesco rasanya, murah...jadi tu yang nak pergi cari..kalau ada lagi la...Jadi, sebelum nak pergi bersenang lenang masak la dulu apa yang patut. Masak yang mudah2 jer. Masakan yang ringkas tapi amat menyelerakan tekak saya.

Menu saya hari nie....Masak Paru Goreng Cili sama Tempe/Taugeh/Tauhu Masak Lemak Putih sama Sambal Belacan Mak Mertua. Hehehe....jangan marah saja letak nama resepi mak mertua hahaha....Balik kampung 3 bulan lepas tengok mak mertua buat sambal belacan blend jer semua...senang dan sedap...bertambah2 menantu dia makan tak ingat orang lain dah.

Nak resepi boleh tengok apa yang patut.....
PARU GORENG CILI

Bahan-bahan :
150 gm paru (potong saiz ikut suka)
4 biji cili merah*
10 biji cili api hijau*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih* (*tumbuk bersama)
1 biji bawang besar - potong bulat
1 inci halia - hiris halus
Garam
Gula

Cara-cara :
1. Bersihkan paru yang telah di potong. Lumur dengan garam dan kunyit. Goreng paru hingga masak .
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan paru, garam, gula dan bawang besar, kacau sebentar dan angkat. Hidangkan .
TEMPE/TAUGEH/TAUHU MASAK LEMAK PUTIH

Bahan-bahan :
2 keping tauhu putih
3 keping tempe
100 gm taugeh
1 sudu besar udang kering* - rendam
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih* (* tumbuk halus)
1 helai daun kunyit
1 biji cili merah
2 cawan santan cair
1/2 cawan pati santan
Garam
Gula

Cara-cara :
1. Masukkan bahan tumbuk, daun kunyit, garam, gula dan santan cair ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau sentiasa untuk mengelakkan lauk bertahi minyak.
2. Setelah mendidih masukkan tauhu, tempe, cili merah dan pati santan. Masak hingga mendidih. Tutup api dan masukkan taugeh. Hidangkan .
SAMBAL BELACAN MAK MERTUA

Bahan-bahan :
5 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji bawang besar (sederhana)
1 inci belacan - bakar
Garam
Gula
1/4 cawan air asam jawa(pekat)

Cara-cara :
1. Blend semua bahan dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Komen