Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 2 Januari 2012

KEK LAPIS CHEESE PERSONA

Assalamualaikum.....Selamat Tahun Baru 2012. Rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkannya. 

Bagi tahun 2012 saya mulai dengan resepi Kek Lapis Cheese Persona. Saya bukan lah orang yang begitu teruja dengan makanan yang berunsur dari cheese nie tapi untuk resepi yang ini saya boleh makan 2 potong sekali. Memang sedap seperti yang digembar gemburkan oleh mereka yang telah pun mencubanya. Memang seronok tengok ramai yang sudah mencubanya dan mendapat respon yang amat memuaskan. 

Dari apa yang saya tahu resepi asal adalah dari ryo, Dj Miri yang hencem tu. Antara yang sudah mencubanya adalah kak ummi, ita, azita, kak.nor, yatie dan ramai lagi la yang telah mencubanya. Sedap bila cheese kena ngap dengan biskut marie perisa kopi...perggghhhh!!!! Nak buatnya pun senang sangat sambil baring2 pun boleh buat  hihihi. Saya buat 1/2 adunan je sebab cheese tinggal separuh jer jadi tak dapatla nak makan berulang2 banyak kali...Jom tengok resepi mudah nie...
KEK LAPIS CHEESE PERSONA
by : Ryoazhar

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) - saya guna perisa kopi
500 ml susu segar,dipanaskan


Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus


Sediakan loyang berukuran 9x9.
Sebaiknya loyang loose pan supaya mudah kita nak keluarkan kek nanti.
Lapik dasar loyang dengan baking paper atau kertas minyak
 .
Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.


Panaskan susu segar, padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yang suam2 panas anggaran 1 saat dan terus susun dalam loyang.
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
Ulang proses melapis biskut dengan kaedah yang sama selapis demi selapis kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
Ulang proses melapis hingga habis.
Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese - saya tabur coklat rice saja.
Tekan2 sikit permukaan tu.
Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan selama sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.


* Tak rugi mencuba...besttttttt!!!!!

2 ulasan:

  1. Salam Khairiah...
    cantek dan menawan kek lapis persona tu..adeii..belum sampei seru lg nak wat kek ni...

    BalasPadam
  2. x pe Rahel....mesti akan dtg seru tu..Rahel kan pakar buat kek...Saya suka sgt dengan setiap kek yang Rahel buat...marvelossss n menawan sakan...

    BalasPadam