Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 4 Januari 2012

BREAD BUTTER PUDDING vs VANILLA SAUCE

Assalamualaikum....Selamat petang dan moga sihat ceria hari ini. Saya tak kerja hari nie minta EL kat bos, hari nie tak berapa nak sihat. Dari ahad lagi dah demam selesema, sampai sekarang tak baik2 lagi. Malas nak jumpa doktor ambik mc, nanti bagi ubat yang sama jugak. Harap2 akan bertambah baik bila dah makan ubat selesema dan demam nanti. 
Hari nie tak de selera nak makan. Tadi che abang balik tengahari nak belikan nasi tak nak pulak, tak der selera. Tapi dah petang tadi lapo pulak. Tengok roti ada sikit. Memang dah lama nak buat puding roti nie dengan sos vanila tapi baru nie nak berkesempatan buat. Nak buat pun senang jer tak susah, ada bahan semuanya beres. Resepi nie saya tengok kat dapur Hairul, lama dah dok simpan je tak terbuat2. Pudingnya garing di luar dan lembut di dalam. Jom sama2 tengok resepi nie....
BREAD BUTTER PUDDING
Resepi : Hairul.com

Bahan-bahan : (saya buat yang berwarna merah-dapat sikit je la )
800 ml susu segar - 160 ml susu segar
10 biji telur - 2 biji telur gred A
220 gm gula pasir - 45 gm gula halus
1 sudu perisa vanila - 1 sudu teh esen vanila
1 - 2 buku roti - 6 keping roti gardenia (saya belah 2)
1 buku butter - 50 gm butter
sedikit kismis @ kurma - 3 biji kurma cincang kasar
Coklat chips - saya tambah
Cara-caranya: 
1. Panaskan oven pada suhu 150C.
2.Campurkan susu, telur, gula dan esen vanila ke dalam bekas dan pukul sehingga sebati dan gulanya hancur. Anda boleh celup dengan jari untuk memastikan samada gulanya telah hancur. Ketepikan.
3. Sediakan loyang dan sapu butter pada loyang tersebut. Kemudian susu roti yang telah disapu butter (pada kedua2 belah roti) ke dalam loyang. Kemudian taburkan kismis @ kurma di atasnya.
4. Ulangi sehingga lapisan roti habis. Untuk lapisan roti yang paling atas saya taburkan kurma dan coklat chip. 
5. Curahkan adunan susu tadi ke atas roti yang disusun. Bakar secara steam bake (letak loyang adunan ke dalam loyang yang berisi air). Bakar lebih kurang 45 minit hingga 1 jam bergantung pada oven masing2 .
VANILLA SAUCE

Bahan-bahan : 
200 ml susu segar
4 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila

Cara2nya :
Bancuh tepung kastard dengan sedikit air, ketepikan. Kemudian panaskan susu segar, gula dan esen vanila di dalam periuk. Panaskan sehingga gula cair. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung kastard dan kacau sehingga adunan sedikit pekat. Boleh tambah sedikit butter untuk sos kelihatan lebih berkilat .

*untuk resepi asal boleh tengok ke web Hairul.com. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Komen