Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 29 Januari 2012

MEE GORENG UDANG


Assalamualaikum.....

Dah makan tengahari? Makan tengahari saya hari nie cuma nasi lawan dengan sup ekor saja. Sakit perut tak larat nak masak macam2. Che abang pun nak makan sup jer. Masak sup main campak2, senangkann...Pagi tadi pun sarapan dengan Mee Goreng Udang, dah melantak banyak jadi sudah kenyang sangat. Meh kita tengok resepinya yang biasa2 tu....

MEE GORENG UDANG

Bahan-bahan :
1/2 kg mee kuning
10 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih* (*tumbuk lumat)
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
2 biji telur 
2 tangkai sayur sawi
taugeh segenggam
Daun kucai

Cara-caranya :
1. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. Masukkan cili dan tumis hingga masak. Masukkan udang dan kacau hingga masak.
2. Masukkan kicap, sos cili dan sos tiram. Setelah sebati masukkan telur. Biarkan seketika barulah dikacau supaya telur tidak terlalu hancur.
3. Setelah telur masak, masukkan mee, sawi dan kucai dan kacau hingga sawi agak layu. Masukkan taugeh, kacau sebentar dan angkat . 


Tiada ulasan:

Catat Komen