Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 14 Januari 2012

SERIMUKA WARNA WARNI

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, dapat lagi bersua di alam maya nie. Dah sarapan ke belum? Mesti la sudah kan dah nak masak untuk makan tengahari kejap lagikan. Pagi tadi sarapan bihun goreng seafood dengan kuih serimuka warna warni je. Pagi2 lagi saya dah buat kuih serimuka sebab malam tadi teringin sangat nak makan tapi dah pukul 10.30 pm, takkan la saya nak masak malam2 kan. Jadi sebelum tidur malam tadi rendamkan pulut dulu, pagi2 bangun terus kukus. Tak sabau nak makan hehehe.....

Untuk bihun goreng seafood tak buat n3 sebab malas nak ambil gambar bihun tu, tak puas hati, bihun tu kosong je tak der sayur...alahaiiii.... Bukan apa che abang kita tak makan sayur...huwaaaaaa!! Kita nie dah la kan tak ade kamera yang canggih2, nak fokus2 lagi ler tak tau (walaupun geram tengok n3 kat dapur ita tu...(*_*)...cantikkkkkk!!!!), nak hias2 pun macam tak kena bila tengok bihun tu kosong jer. Malas nak layan ngap jer terus....habis citer...padan muka aku...:(
Cuma dapat la n3 kuih serimuka ni yang resepinya saya amik dalam buku resepi Chef hanieliza 1 Hari 1 Resepi. Baru beli you minggu lepas hasil dari penyelongkaran di dapur kak ummi, yang mana mereka berkawan baik...agaknya laaa. Saya memang peminat tegar kak ummi dengan ita, termasuk gak Che Mat Gebu...walllaaaweeiiiii!!!! tak rugi tengok resepi2 dia orang semua memang best sampai saya punya itu berat badan aarrr...gedebak gedebuk youuuu...hahahaha!!!!! Salahkan orang pulak ye...mmmmm..

Kalau nak resepi jom tengok.....
SERI MUKA WARNA WARNI
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : 1 Hari 1 Resepi

Bahan-bahan :

Bahan A : (Lapisan Bawah - Pulut)
2 cawan pulut - saya rendam semalaman
2 1/2 cawan santan cair - saya cuma letak 2 cawan
1 sudu teh garam

Bahan C : (Pewarna)
Pewarna kuning, hijau dan merah - saya x letak warna merah, dah habis

Bahan B : (Lapisan Atas - warna warni)
4 cawan santan pekat - 1 cawan saya letak air 
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Cara-cara Membuat :
1. Masukkan bahan A ke dalam loyang dan kukuskan .
2. Apabila masak, tekankan ke dalam loyang sehingga mampat .
3. Bancuhkan bahan B dan tapiskan .
4. Bahagikan adunan lapisan atas kepada 3 mangkuk. saya buat 2 bahagian sahaja .
5. Masukkan pewarna yang berbeza untuk setiap mangkuk .
6. Kukus semula pulut yang telah ditekankan tadi .
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api yang sederhana kecil .
8. Buat lapisan seterusnya sehingga habis .
9. Apabila sudah habis masak semua adunan , sejuk dan potongkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan