Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 14 Januari 2012

NASI GORENG NENAS

Assalamualaikum....

Selamat malam semua...Hari ini tak ada apa2 aktiviti yang dilakukan hanya jalan2 kat Mydin dan beli apa2 yang patut. Ramai sungguh orang tadi sampai berlaga2 troli tapi parking macam lengang je tapi orang bukan main lagi. Dari mana datangnya ntah. Datang naik bas kot..hehehe...

Rasa macam barang dah naik nie...beli sikit je barang2 dapur sampai beratus2..ishhh!!!Nampaknya kena jimat2 sikit nie, duit nak pakai bulan depan. Nak renew lesen, roadtax lg, insuran lg, nk pergi jalan2 lg...aduhaiiii!!!!mana dan nak kumpul duit nie. Takkan nak ikat perut....mmmm...boleh juga nanti boleh kurussss!!!

N3 malam nie Nasi Goreng Nenas. Che abang nak makan nasi goreng nenas. Eh eh, pelik sungguh macam mana boleh nak makan nasi goreng nenas pulak nie. Fikir punya fikir rupa2nya dia dok skodeng resepi kat dalam buku Chef Hanieliza. Nasib ada bahan2 kat peti ais kalau tidak kena tunggu besok la jawapnya...:). Jom tengok resepinya...

NASI GORENG NENAS
Sumber : 1 Hari 1 Resepi
Resepi :Chef Hanieliza

Bahan-bahan :
4 cawan nasi putih sejuk (diperoi)
1/2 cawan nenas di dalam tin (diasingkan airnya)
1 biji telur (di pukul sedikit)
5 ekor udang besar
100 gm sotong (di potong kecil)
2 ulas bawang putih (di hiris)
3 biji bawang merah (di hiris)
100 gm kacang panjang
100 gm lobak merah
1 pokok daun bawang
1 biji cili merah (di cincang)
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan lada hitam
2 sudu makan majerin

Cara-caranya :
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris .
2. Masukkan sotong, udang, kacang panjang, lobak merah dan cili merah. Kemudian kacau rata .
3. Masukkan telur dan biarkan masak sedikit baru dihancurkan.
4. Masukkan nasi, sos ikan dan nenas. Kemudian kacau rata .
5. Apabila sudah masak bolehlah diangkat dan tabur hirisan daun bawang dan hidangkan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan